Mama copy dari seorang rakan FB..selain untuk diri sendiri diharap dapat memberi manafaat kepada semua..InsyaAllah..
Amalan solat sunat yang paling utama di sisi Islam adalah solat Tahajjud. Ini sebagaimana sabda Nabi s.a.w.
أَفْضَلُ الصِّيَامِ بَعْدَ رَمَضَانَ شَهْرُ اللَّهِ الْمُحَرَّمُ. وَأَفْضَلُ الصَّلاَةِ بَعْدَ الْفَرِيضَةِ صَلاَةُ اللَّيْلِ.
Maksudnya:
Puasa yang paling utama setelah puasa Ramadan adalah puasa (sunat) pada bulan Allah iaitu bulan Muharram. Sedangkan solat yang paling utama setelah solat wajib adalah solat malam (Tahajjud). - Hadis riwayat Imam Muslim
2. Imam al-Thabari berkata: “Tahajjud adalah berjaga setelah tidur terlebih dahulu.”… Ibnu Faris berkata: “Al-Mutahajjid bermaksud orang yang solat di malam hari.” Sedangkan al-Kurra’ menyatakan: “Tahajjud adalah solat malam secara khusus.”
3. Dalil Solat Tahajjud ialah dari al Quran yang bermaksud
Dan bangunlah pada sebahagian dari waktu malam serta kerjakanlah "solat Tahajjud" padanya, sebagai solat tambahan bagimu; semoga Tuhanmu membangkit dan menempatkanmu pada hari akhirat di tempat yang terpuji. - al-Israa’ (17) : 79
4. Dalil darpada Hadis Nabi Muhammad sa.w. ialah
Maksudnya:
Rabb kita Tabaraka wa Ta’ala turun pada setiap malam ke langit dunia ketika tersisa sepertiga malam yang akhir. Allah berfirman: Siapa yang berdoa kepada-Ku, nescaya Aku akan mengabulkannya; siapa yang meminta kepada-Ku, nescaya Aku akan memberinya; siapa yang memohon ampun kepada-Ku, nescaya Aku akan mengampunnya. - Hadis riwayat Imam al-Bukhari
5. Berapakah bilangan rakaat solat tahajjud?
Dalil Hadis:
Maksudnya:
Sesungguhnya seorang lelaki berkata: Wahai Rasulullah, bagaimanakah solat malam? Baginda bersabda: Dua-dua (rakaat), apabila engkau khuatir (masuk waktu subuh), maka laksanakan solat witir satu rakaat. - Hadis riwayat Imam al-Bukhari
Ini bermakna, kalau kita tidak sempat nak buat solat Tahajjud dua rakaat kerana kesuntukkan masa (akibat terjaga lambat) boleh lah diteruskan dgn solat Witir satu rakaat. Namun rakaat yang terbaik ialah tidak melebihi 11 atau 13 rakaat seperti yang biasa dilakukan oleh Baginda.
6. Waktu yang paling afdal ialah selepas Isyak iaitu selepas kita tidur sebentar. Dan adalah afdal melambat2kan solat Tahajjud.
7.Kelebihan Melakukan Solat Tahajjud
Di tempatkan di akhirat nanti di tempat yang terpuji.
Mendapat keredhaan daripada AllahSubhanahu wa Ta‘ ala.
Dapat mendekatkan diri kepada AllahTa‘ala.
Dikabulkan doa dan permohonan serta diampunkan dosanya.
Terhindar daripada segala penyakit tubuh badan dan mncegah daripada melakukan dosa dan kejahatan.
Dijanjikan masuk syurga dengan selamat sejahtera.
Mendapat syafa‘at baginya dan ahli keluarganya.
Dijadikan orang yang bijaksana dengan dikurniakan pengetahuan yang tinggi.
Dibangkitkan daripada kubur dengan wajahnya yang putih bercahaya.
Diringankan hisabnya.
Dipermudahkan baginya meniti shirat (jambatan) seperti kilat.
Diberi buku amalan dengan tangan kanan di akhirat kelak
8. Cara melaksanakan Solat Tahajjud
Niat: Shj Aku solat sunat Tahajjud 2 rakaat krn Allah Taala
9. Bacaan ketika solat sunat tahajjud itu:
Pada rakaat pertama baca surah Fatihah dan Surah Alkafirun atau surah2 lain yg anda tahu kerana iainya tidak ditetapkan.
Dan pada rakaat kedua selepas Surah Fatihah bacalah surah Al-Ikhlas selepas selesai solat bacalah doa yg khusus jika kita tidak tahu kita bacalah apa2 sahaja doa yang kita tahu atau mintalah apa sahaja hajat atau permintaan dalam bahasa kita sendiri.
9. Boleh dilakukan dalam keadaan duduk walaupun mampu berdiri, namun pahalanya adalah separuh darpada berdiri..
wallahualam
No comments:
Post a Comment