Tuesday, 17 July 2012

MARI BERBURUK SANGKA DI BULAN RAMADAN

Assalamualaikum wbkt..



Haa..hambik kauu..tentu ada yang dah menjegil biji mata takkala membaca tajuk entry kali ini..  Tetapi jangan cepat marah marah..tak baik tau..

Sudahkah kita mengkaji dan muhasabah diri selama ini akan jiwa Ramadan yang saban tahun kita hadapi..?  

Terpukul dengan penulisan seorang blogger http://angelwearsgucci.blogspot.com.., mama nak kongsi juga dengan kau orang.. agak agak ada kena tempias tak..?

Tidak beberapa hari sahaja lagi akan tiba bulan Ramadan yang mulia..tentu pelbagai reaksi yang kita lihat dan dengar..dan sudah tentu kita tidak dapat menolak akan maksud yang tersirat disebaliknya..namun bukan semua begitu dan diharapkan kita juga bukan dikalangan mereka yang mempunyai maksud tersirat yang songsang ini..

Copy paste sepenuhnya..

1) "Wah! Seronoknya Ramadhan dah tiba..! Inilah peluang untuk kita beramal jariah..!"

Maksud tersirat: "Wah! Seronoknya Ramadhan dah tiba..! Inilah peluang untuk aku tukar langsir dan kusyen baru..! Hoyeaaahhh!"

2) "Alhamdulillah, akhirnya aku berpeluang untuk melatih nafsu makan aku yang rakus ni.."

Maksud tersirat: "Alhamdulillah, dapatlah aku kurangkan tujuh lapan kilo kali ni! Ahah!"

3) "Meriahnya Ramadhan nak tiba! Inilah peluang untuk kami yang berjiran ni beramal jariah, dengan bertukar-tukar makanan. Senyum."

Maksud tersirat: "Kau siaplah Enon oii! Kali ini, kau sure tak dapat nak celen daging salai masak lemak cili api aku, kau tahu..??" Err..

4) "Kali ini saya berazam untuk bersederhana je semasa berbuka. Bukankah itu yang dituntut oleh agama..?"

Maksud tersirat: "Ok tahun ni saya nak ke bazar Ramadhan Kampung Baru untuk beli ayam bakar, lepas tu singgah bazar Taman Melawati nak beli jagung cincau, kemudian singgah sekejap di..."

5) "Gua tahun ni bro, gua azam tak nak tinggal tarawih! Full, tiga puluh malam!"

Maksud tersirat: "Bro, masjid mana yang bagi makan moreh paling sedap bro..?"

6) "Awak, tahun ni kita berjimat-cermatlah sikit ye? Tahun lepas saya tengok, banyak betul kita membazir. Jadi tahun ni, cantiklah kalau kita sambut Ramadhan dengan penuh keinsafan." Usap rambut isteri.

Maksud tersirat: "Matilaaaah aku tahun ni. Anak sedara bertambah ramai. Kuih raya nak beli berbalang-balang. Nak beli baju raya untuk anak-anak lagi. Bini aku pulak nak tukar karpet baruuuuu! Aduhaaaaii. Mana nak cekau duit..??"

7) "Insha-Allah, tahun ni aku berazam nak khatam Quran sempena Ramadhan! Apalah sangat tiga puluh juzu' tu! Insha-Allah boleehhh! Ayuh!"

Maksud tersirat: "Aku dengar masjid PQST tu, dia bagi RM100 untuk setiap orang yang khatam al-Quran. Tu belum campur Quran percuma dan kain pelikat cap Mangga Dua! Untunglaaaaahh!"

8) "Ayang, Ramadhan tahun ni abang ingat kita lebihkanlah sikit sedekah kita pada anak-anak yatim dan orang miskin ye..? Alhamdulillah rejeki kita pon berlebih juga tahun ni.."

Maksud tersirat: "Ayang, Ramadhan tahun ni abang ingat nak berbuka kat hotel lebih sikitlah dari tahun lepas. Tapi ayang pilihlah hotel yang ada buat majlis berbuka dengan anak-anak yatim dan orang miskin! Takdelah obviyes sangat nanti.. Eheh." 

9) "Kamariah, aku ingat sepuluh malam terakhir Ramadhan kali ni aku nak beriktikaf kat masjid je la. Rugi sangat tahun lepas kita terlepas iktikaf perdana tu. Kau nak ikut tak..?"

Maksud tersirat: "Yok kita iktikaf kat Masjid India yokkkkk! Rugiilaaahh terlepas jualan runtuh perdana tahun lepas..!!" Peluh besar.

10) "Ya Allah, kau sampaikanlah aku kepada Ramadhan kali ini. Kau jadikan aku hambaMu di Ramadhan kali ini jauh lebih baik daripada Ramadhan yang lepas. Ampunkan dosa-dosaku ya Allah. Kau tutupkan pintu neraka dan bukakan seluas-luasnya pintu sorgaMu untuk aku. Moga segala amalanku nanti diterima dan diredhaiMu. Moga Ramadhan kali ini sudi menjadi tetamu agungku! Amiin, ya robbal a'lamin!"

Maksud tersirat: Maaf, tiada maksud tersirat. Ini betul-betul ikhlas tahu..??

Semoga kita menjadi hamba Robbaniyyun dan bukannya Ramadhaniyyun...! Ayuh kita sambut Ramadhan kali ini dengan tangan terbuka, penuh riang gembira dan senyuman sampai ke telinga!

-gabbana-

Barangsiapa yang terlalu seriyes dengan post kali ini, anda memang tidak kool. Saya nasihatkan anda segera mendapatkan rawatan di klinik panel yang berdekatan. Wahahahaha. 


Tinggal lagi empat hari sebelum Ramadhan tiba. Sudahkah kita bersedia untuk menyambut ketibaan tetamu agung ini..?

No comments:

Post a Comment