Wednesday 11 July 2012

MARI MENGENALI BABA ALI

Assalamualaikum wbkt..

Pertama kali menyaksikan beliau ketika melihat satu rancangan TV,  tapi mama lupa tajuk dia.  Terpesona melihat cara penyampaian beliau yang bersahaja dan lucu tetapi penuh dengan ilmu...sebenarnya dia dah lama popular kat Youtube melalui dakwahnya.  

Baba Ali
 
Baba Ali @ Ali Aderkani dilahirkan pada tahun 1975 dan dikatakan dari keluarga kaya Iran.  Asalnya beliau tidak mempunyai pegangan agama walaupun asal keturunannya adalah Islam, tetapi telah tertarik dengan Islam selepas membuat kajian dan pembandingan pelbagai agama, akhirnya memilih islam dan memeluk agama Islam ketika berumur 20 tahun.  Keluarganya tidak menerima akan tindakannya itu tetapi itu bukanlah penghalang baginya untuk menjadikan dirinya seorang muslim sejati.

Bekerja dibidang IT di California adalah satu kelebihan pada dirinya.  Menjadi warganegara Amerika tidak menyukarkan dirinya untuk berdiri sebagai Muslim dikalangan orang bukan islam.  Kesedaran akan betapa masyarakat bukan islam yang memandang rendah atau tidak mengetahui tentang islam telah menyebabkan dia menghasilkan satu siri web di bawah label UmmahFilms bersama rakannya Mahdi Ahmad.  Diantaranya ialah "Reminder", "Ask Baba Ali" Series..bukan sahaja berdakwah untuk bukan islam malah memberi kefahaman kepada orang islam itu sendiri akan bab bab dan persoalan berkaitan islam dan cara hidup..

Diantara projek yang telah disiarkan di Youtube..lain lain boleh lihat kat sana..


Muslim Extrimists
Memperolehi lebih 8 juta paparan, dimana penontonnya bukan sahaja dikalangan orang Islam malah bukan Islam juga..
  

No comments:

Post a Comment