Saturday, 14 July 2012

AJARLAH ANAK BERPUASA SEDARI KECIL

Assalamualaikum wbkt..

"Eleeh kau kecik kecik dulupun bukannya puasa..hari hari bawa botol air pergi sekolah"

"Alahh..budak tahu apa..biarlaa..besar nanti tahulaa dia"

"Apaa laa kau ni..budak tu belum baligh lagi..biar laa"

Antara ucapan ucapan yang sering kita dengar dari segelintir masyarakat yang kurang mengambil berat tentang melatih anak anak kecil seawal 5 ke 6 tahun berpuasa. Terus terang mama kata mama hanya benar benar berpuasa apabila teman baligh telah tiba..Masa itu barulaa rasa nak berpuasa betul betul kalau tidak bermacam alasan tak mahu berpuasa...terasa berat sungguh hati itu nak berpuasa dan rasa susah hati takkala bulan Ramadan tiba..ohhh..tidak harus diamalkan hingga ke anak cucu...

Mama tak mahu anak anak mama jadi macam mama.  Untuk merealisasikan harapan itu mama telah melatih anak anak mama bermula dengan yang sulung seawal 5 tahun.  Siapa kata tak kesian bila melihat dia balik sekolah di dalam keadaan letih, lapar dan kehausan...Allah swt sahaja yang tahu luluhnya hati seorang ibu tetapi demi mendidik mama teruskan juga.  Cuma pada tahun awalnya berpuasa mama tidak menitik beratkan sangat tentang makruh ker..batal ker..puasa anak kecil yang baru nak belajar berpuasa...


Pada hari pertama mama melatih anak mama berpuasa sekerat hari maksudnya berpuasa sehingga dia balik dari sekolah tadika.  Sebelum subuh kejutkan di sahur sama sama,  mama akan masak sesuatu yang kanak kanak suka..apalagi..tak hotdog, nugget atau ayam goreng.  Bersemangatlaa dia nak bangun sahur... Bila ke sekolah tiada lagi dibekalkan dengan air dan makanan.  Jadi dia kenalaa tahan makan sampai tengahari.  Kalau masa balik itu dia mengadu lapar dan haus mama akan beri dia berbuka..dari hari ke sehari menjadi kebiasaan pada dia.  Seminggu selepas itu mama melambat lambatkan waktu berbuka puasa 1/2 hari dia..dengan pelbagai cara.  Antaranya suruh dia mandi,  bukakan cerita kartun, suruh mewarna buku dan suruh dia keluar bermain dengan kawan kawan...biasalaa budak budak, perkara begini akan melekakan mereka.  Bila teringat balik akan kelaparan dia, dia akan datang minta berbuka dengan mama..jadi waktu puasa dia semakin panjang sehinggalah di pertengahan Ramadan anak mama dapat memenuhkan puasanya sedari Imsak hingga Waktu Berbuka yang sebenar benarnya...dia telah terbiasa dan terlatih.


InsyaAllah..dengan latihan sebegini, di tahun tahun yang mendatang..tak susah untuk menyuruh mereka berpuasa...

Mama juga tidak straight sangat bab dia duduk lama lama di dalam bilik air..mama hanya bersangka baik.  Sudah tentu kita pun pernah melakukan semasa kecil dulukan..biarlaa..lama lama nanti dia akan rasa bersalah pada diri sendiri dan faham akan bahawa Allah swt itu Maha Melihat..satu hari nanti dia akan malu dengan yang Maha Melihat...  

Mama tidak pernah meletakkan imbuhan seperti "1 hari puasa dapat 1 ringgit" atau "kalau puasa penuh nanti abah dan mama bagi duit raya 1 hari 10 ringgit"..memang tidak pernah diamalkan.  Sebenarnya anak anak kecil ni nampak jer macam mereka tidak faham..tetapi kalau betul cara penerangannya mereka akan ingat sampai ke tua akan pesan kita.

Untuk menarik hati mereka supaya seronok berpuasa,  mama ajak mereka pergi ke Bazaar Ramadan dan pilih apa yang mereka mahu makan ketika berbuka.  Selalunya mama tidak beli berlebihan sebab hari hari masak, cuma sejenis dua hidangan istimewa meraikan anak anak yang seharian berpuasa..tentu hati mereka berbunga bunga dan bersemangat untuk meneruskan keesokkan harinya...Murtabak dan Ayam Percik .. makanan kesukaan anak anak takkala bulan puasa..hari biasa tak pula..

Jangan kata anak kecil tidak faham apa apa.  Mereka sebenarnya sangat bijak cuma cara penerangan kenalaa sesuai dengan usia.  Selain mengenalkan agama mereka, Nabi mereka, Tuhan mereka,  kita patut menerangkan akan rukun Islam kepada mereka dengan cara yang mudah difahami.  Salah satu sudah tentulaa berpuasa di bulan ramadan,  kita jelaskan tentang puasa yang diperintahkan kepada kita, hikmahnya, fadilatnya dan bertapa kasih dan sayangnya Allah swt dan Rasulnya kepada orang yang berpuasa dan balasan syurga..dan sesuatu yang kita lakukan bukan kerana imbuhan wang ringgit tetapi imbuhan pahala dari Allah swt..memang mereka faham.  Sudah tentu mama masih ingat akan kata kata anak lelaki mama "abang ngah puasa kerana Allah..bukan sebab duit.." takkala menyuakan duit raya kepadanya...puas paksa akhirnya dia ambil juga apabila memahami kenapa mama beri duit raya..bukan sebab dia berpuasa tetapi untuk sedekah di hari raya..

Mama yakin kerana ketiga tiga anak mama telah mama praktikkan..mereka bijak dan mudah faham...InsyaAllah...anak anak jiran yang pada mulanya tidak berpuasa turut berpuasa apabila melihat anak anak mama berpuasa..Alhamdulillah...dan mereka sangat bangga apabila dapat melunaskan puasa hingga ke maghrib dan berlawan lawan siapa paling banyak berpuasa..dan mentertawakan rakan rakan sebaya yang tidak mahu berpuasa..akhirnya yang malas jadi rajin sebab malu dengan kawan kawan.  Tidak mengapa laa begitu..lama lama perkara paksaan akan menjadi amalan dan amalan yang berterusan akan bertemu keikhlasan....InsyaAllah..bila menginjak baligh tidak menjadi masalah untuk mereka berpuasa..

  

No comments:

Post a Comment