Tuesday, 17 July 2012

ATAP NIPAH DAN BULAN PUASA

Assalamualaikum wbkt..


Tengok tang title, ada kaitan ker antara dua perkara ini..takda sebenarnya.  Cuma bila tiba bulan puasa membuatkan mama terimbau zaman 70 an..masa itu mama masih kecil lagi.  

Di sebabkan terlampau manja,  mama memang liat nak berpuasa sebab tak tahan dengan cuaca panas kat kampung.  Tekak boleh jadi kering dan pahit, badan pula jadi lesu sesangat..rasa macam nak pengsan.  Bibir akan menjadi pecah pecah dan ini menjadikan mama tidak seronok untuk berpuasa dikala itu.

Tetapi kadang kadang digagahkan diri juga memandangkan rakan sebaya dan sepupu sepapat juga berpuasa.  Bila musim hujan legalah sikit..sejuk dan boleh tidur sepanjang hari.  Tetapi jika panas berdenting..mama alah duduk di dalam rumah sebab panas gila..atap rumah atap zink jadi haba yang diserap dari matahari benar benar menjadikan rumah seperti tempat sauna..

Masa itu mama akan pergi ke rumah sepupu kat sebelah rumah. Kerana rumah mereka masih menggunakan atap nipah.  Lega rasanya bila berada di bawah teduhan atap nipah,  sejuk dan nyaman..bertandanglah mama di situ sampai ke petang..


Tetapi sekarang dah tak jumpa orang kampung menggunakan atap nipah. Rata rata menggunakan zink atau atap genting...untuk mengurangkan kepanasan mereka akan memasang siling untuk mengurangkan kadar kepanasan serapan matahari.  Selain daripada itu ditambah kipas siling atau air-con bagi yang berkemampuan..rata rata orang kampung dah kaya kaya..

laa ni..orang kaya pulak gila nak lepak kat bawah teduhan atap nipah..
baru mereka tahu nikmatnya berada di bawah teduhan atap nipah

No comments:

Post a Comment