Monday, 30 July 2012

MERDEKA DAN LAGU

Assalamualaikum wbkt..

Esok dah masuk bulan lapan..maknanya sebulan lagi kita akan menyambut Hari Merdeka yang ke 55 tahun.  Bagi yang hidup atau lahir sebelum tarikh Merdeka iaitu pada tanggal 31 Ogos, 1957 pastinya akan merasakan bagaimana nikmatnya Merdeka berbanding dengan kita yang lahir selepas Merdeka.  

Walau mama dilahirkan selepas Merdeka,  masa zaman sekolah dahulu para guru telah menerapkan perasaan cintakan negara dan bangga dengan tarikh keramat itu.  Walau seusia kanak kanak atau dikala remaja,  kami masih berbondong bondong pergi meraikan Sambutan Kemerdekaan di Padang Pahlawan Melaka.  Seronok sesangat melihat perbarisan sambil menyanyikan lagu Kemerdekaan yang sangat bersemangat dan menyentuh jiwa..apa lagi..tentulah lagu 31 Ogos.. 

lirik 

31 Ogos 

Tanggal 31
Bulan lapan lima puluh tujuh
Merdeka ! Merdeka !
Tetaplah merdeka
Ia pasti menjadi sejarah

Tanggal 31
Bulan lapan lima puluh tujuh
Hari yang mulia
Hari bahagia
Sambut dengan jiwa yang merdeka

Mari kita seluruh warga negara
Ramai-ramai menyambut hari merdeka
Merdeka !
Tiga satu bulan lapan lima puluh tujuh
Hari mulia negaraku merdeka



Asalnya lagu ini dinyanyikan oleh Ahmad CB, mama pernah jumpa dia masa zaman sekolah dahulu.  Dalam tahun 80 an, masa itu sekolah hantar mama dan beberapa pelajar mengikuti satu Majlis, berkaitan dengan Kemerdekaan dan Sejarah di Melaka..cuma mama lupa nama acara itu.  Dia sempat memberi ucapan dan menyanyikan lagu ciptaannya itu 31 Ogos.  Selepas itu namanya tenggelam dan pastinya telah dilupakan walau lagu ciptaannya saban tahun dinyanyikan oleh rakyat Malaysia.  Jasanya juga tidak mendapat sebarang anugerah dan penghargaan dari kerajaan kita.  Khabarnya dia balik ke Medan, Indonesia dan menyepi sehingga sekarang.  

Masa itu Allahyarham Sudirman sangat popular, jadi sangat sesuailaa dia nyanyikan balik 31 Ogos.  Tergambar jiwa patriotik yang ada pada dirinya takkala mendendangkan lagu 31 Ogos dan semakin sedap bila diberi nafas baru.  Teringat mama akan baju bendera yang Allahyarham Sudirman pakai..

Walau dah besar,  masih terjerit jerit menyanyikan lagu 31 Ogos...ibarat macam nyanyi lagu raya bila tiba musim raya.. dan Allahyarham menjadikan lagu 31 Ogos lagu di mana sahaja dan tak kira masa... menjadikan lagu itu nadi di dalam diri peminatnya dan rakyat Malaysia khasnya..

Laa ni..sempena nak sambut Ulang Tahun Kemerdekaan yang ke 55,  ada pula lagu baru untuk menyambut Hari Keramat ini.. Terujalaa mama nak tengok dan dengar lagunya..



Mama tidak dengar lagi lagu dia tetapi bila baca lirik ni..mama ketawa sensorang.  Maaf kata.. tah mana perginya perkataan Merdeka... satu perkataan pun tak sebut.. macam mana nak kata lagu Merdeka.  Ibarat kata macam lauk kurma ayam tapi takda ayam kat dalam periuk yang penuh dengan kuah kurma ..adehh..

Dengar kata lagu dia sebijik macam lagu gereja cuma rentaknya dicepatkan..entahlah..malas pula rasa nak dengar.  Tak teruja..

Bila baca sekali lagi...mama tertanya tanya "ini lagu patriotik ker lagu politik..?"..errr...

Oh yer..tak lama lagi kita nak mengundi agaknya.. 









 

No comments:

Post a Comment