Assalamualaikum wbkt..
Bukan sesuatu yang baru tetapi satu sejarah yang patut menjadi iktibar oleh kita dan pemimpin yang mengaku islam khasnya... Tak kisahlah dah tahu dan dan lancar sejarah Turki tetapi jika mendatangkan iktibar kepada diri, patut dijadikan satu teladan yang berguna sepanjang kita menjejakkan kaki di bumi Allah ini..jangan nak mendongak ke langit tanpa sedar kaki kita menghentak tanah yang akan menghimpit kita bila mati kelak..
Tercetus idea nak letak kisah tokoh Bapa Kemodenan Turki setelah melihat satu rancangan dari channel Oasis. Rancangan berkaitan dengan makanan dan pengacaranya ialah Heliza AF... Heliza ini sempat pergi ke Muzium Peringatan mengingati tokoh ini... tetapi walaupun di ingati sebagai tokoh tetapi semasa hayatnya banyak perkara yang dia telah lakukan menyimpang dari ajaran islam...
Kegemilangan islam dan sistem khalifah telah berakhir di bumi Istanbul pada tahun 1922 yang lalu. Rakyat Turki pada mulanya bangga dengan pemerintah yang bernama Mustafa Kamal Ataturk kerana telah menerapkan unsur kemodenan di dalam pemerintahannya (zaman dahulu atau sekarang bila ikut barat jer dikatakan moden).
Akhirnya rakyatnya mula sedar bahawa Bapa Kemodenan Turki mereka sebenarnya adalah pemusnah agama di mana beliau telah sesuka hati membuat undang undang islam sendiri tanpa mengikut al Quran dan Hadis...ada juga yang menyamakan beliau seperti Firaun kerana sikap kejamnya terutama kepada Ulama Sufi yang tidak setuju dengan caranya itu..mereka telah dibunuh.
Mustafa Kamal Ataturk |
Bila mulut ulama telah tertutup, beliau makin bermaharajela. Beliau terang terangan menolak dasar islam bahkan berazam untuk menghilangkannya dari rakyatnya dan bumi Turki itu sendiri. Beliau mengatakan islam hanya memundurkan sedangkan cara barat akan memajukan Turki. Untuk membuktikan kepada rakyat yang beliau telah memajukan Turki, beliau telah membina pelbagai tugu dan mengupah arkitek dari luar negeri... maka terbinalah tugu wajah beliau dengan gahnya.
Tempat hiburan dibina tanpa had dan akhirnya Masjid yang melaungkan azan bahasa Turki (atas arahan beliau) tidak dihiraukan oleh rakyat Turki yang hanyut dengan idealogi pemimpinnya itu...
Antara idealogi yang diperkenalkan oleh Mustafa Kamal Ataturk ialah;
1. Membolehkan perempuan memakai tudung dengan syarat pakai skirt.
2. Membolehkan lelaki memakai seluar panjang dengan syarat pakai tali leher dan topi(sesuai dengan kehendak barat).
3. Menyuruh wanita dan lelaki menari di khalayak ramai. Beliau sendiri pernah menari dengan seorang wanita di satu parti umum yang pertama di Ankara.
4. Beliau pernah menegaskan bahawa "negara tidak akan maju kalau rakyatnya tidak cenderung kepada pakaian moden."
5. Menggalakkan minum arak secara terbuka.
6. Mengarahkan Al-Quran dicetak dalam bahasa Turki.
7. Menukar azan ke dalam bahasa Turki. Bahasa Turki sendiri diubah dengan membuang unsur-unsur Arab dan Parsi.
8. Mengambil arkitek- arkitek dari luar negara untuk memodenkan Turki. Hakikatnya mereka diarah mengukir patung-patung dan tugu-tugunya di seluruh bandar Turki.
9. Satu ucapan beliau di bandar Belikesir di mana beliau dengan terang-terangannya mengatakan bahawa agama harus dipisahkan dengan urusan harian dan perlu dihapuskan untuk kemajuan.
10. Agama Islam juga di buang sebagai Agama Rasmi negara.
11. Menyerang Islam secara terbuka dan terang-terangan.
12. Menggubal undang-undang perkahwinan berdaftar berdasarkan undang-undang barat.
13. Menukar Masjid Ayasophia kepada muzium, ada sesetengah masjid dijadikan gereja.
14. Menutup masjid serta melarang dari bersembahyang berjemaah.
15. Menghapuskan Kementerian Wakaf dan membiarkan anak-anak yatim dan fakir miskin.
16. Membatalkan undang-undang waris, faraid secara islam.
17. Menghapus penggunaan kalendar Islam dan menukarkan huruf Arab kepada huruf Latin.
18. Mengganggap dirinya tuhan sama seperti firaun. Berlaku peristiwa apabila salah seorang askarnya ditanya "siapa tuhan dan di mana tuhan > tinggal?" oleh kerana takut, askar tersebut menjawab 'Kamal Atartuk adalah tuhan" beliau tersenyum dan bangga dengan jawapan yang diberikan oleh askar itu.
Akhirnya pada tahun 1938, beliau telah diambil nyawanya oleh yang Maha Esa. Namun pemergiannya tidaklah mudah, sebelum mati, Allah telah turunkan azabnya supaya terlihat oleh rakyat dan dunia supaya menjadi peringatan kepada yang mahu berfikir. Antaranya ialah;
1. Didatangkan penyakit kulit hingga ke kaki dimana beliau merasa gatal-gatal seluruh badan.
2. Sakit jantung.
3. Penyakit darah tinggi.
4. Panas sepanjang masa, tidak pernah merasa sejuk sehingga terpaksa diarahkan kepada bomba untuk menyiram rumahnya 24 jam.
Pembantu-pembantunya juga diarahkan untuk meletak ketulan-ketulan ais di dalam selimut untuk menyejukkan beliau.
Maha suci Allah, buat macam mana pun rasa panas tak hilang-hilang. Oleh kerana tidak tahan dengan kepanasan yang ditanggung, beliau menjerit sehingga seluruh istana mendengar jeritan itu.
kematiannya diringi airmata bahagia dari rakyatnya yang tertindas |
Oleh kerana tidak tahan mendengar jeritan, mereka-mereka yang bertanggung jawab telah menghantar beliau ke tengah lautan dan diletakkan dalam bot dengan harapan beliau akan merasa sejuk.Allah itu Maha Besar, panasnya tak jugak hilang! Pada 26 september 1938, beliau pengsan selama 48 jam disebabkan terlalu panas dan sedar selepas itu tetapi beliau hilang ingatan.
Pada 9 November 1938, beliau pengsan sekali lagi selama 36 jam dan akhirnya meninggal dunia. Sewaktu beliau meninggal, tidak seorang pun yang memandi, mengkafan dan menyembahyangkan mayat beliau.Mayatnya diawetkan selama 9 hari 9 malam, sehingga adik perempuan beliau datang meminta ulama-ulama Turki yang masih bersisa memandikan, mengkafankan dan menyembahyangkannya.
Tidak cukup dari itu, Allah tunjukkan lagi balasan azab ketika mayatnya di bawa ke tanah perkuburan. Bila mayatnya hendak ditanam, tanah tidak menerimanya (tak dapat nak bayangkan bagaimana tanah tidak menerimanya).
Disebabkan putus asa, mayatnya diawetkan sekali lagi dan dimasukkan ke dalam muzium yang diberi nama EtnaGrafi (kalau tak silap dengar) selama 15 tahun sehingga tahun 1953). Selepas 15 tahun mayatnya hendak ditanam semula, tapi Allah Maha Agung, bumi sekali lagi tak menerimanya. Habis ikhtiar, mayatnya dibawa pula ke satu bukit ditanam dalam satu binaan marmar beratnya 44 tan. Mayatnya ditanam di celah-celah batu marmar. Apa yang menyedihkan, ulama-ulama sezaman dengan Kamal Atartuk telah mengatakan bahawa jangan kata bumi Turki, seluruh bumi Allah ini tidak menerima Kamal Atartuk!
Wallahualam.
Wallahualam.
Muzium sempena nama beliau terletak di Ankara |
tempat bersemadinya Firaun Moden |
salam kak...
ReplyDeletesorry sbb mencelah...seingat sy ni bukan original version of kamal attarturk...
ori version leh cek kat library kat Turkey or direct tya org turkish...
Terimakasih Fatiha... tetapi sejak dahulu sampai sekarang ini jer versi yang mama tahu..kalau Fatiha tahu original version tu diharap dapat kongsi kat sini..takut juga jadi fitnah..
ReplyDeleteBuku terbaru Abdul Latip Talib juga mengatakan tentang Mustafa Kamal Ataturk dan penulis tersebut mengunakan versi yang sama juga..