Monday 28 October 2013

TETIBA TERINGAT PEPATUNG

Assalamualaikum wbkt..

Selepas makan tengahari tadi, mama tonton rancangan Discovery Channel berkenaan dengan Pepatung atau orang putih panggil Dragon Fly..

Oh yerr..baru mama teringat akan kewujudan haiwan kecil yang seakan akan helikopter nii..


Barulah mama tahu kenapa payah nak jumpa dah haiwan yang bergetar getar bila dipegang ini.. Rupa rupanya dia hidup berdekatan dengan air sungai, tasik, kolam atau sawah..sebab mereka bertelor dan menetas kat dalam air..

Masa kecil dahulu, mama suka sangat tangkap pepatung, seronok tengok dia mengibas sayapnya dengan laju dan getarannya sangat kuat hingga kita tak sanggup nak pegang dia lama lama..

Kat pekan mana ada pepatung..al maklumlaa..sungai jauh dari rumah..bila balik kampung pun payah nak jumpa sebab sawah dah kering, sungai pulak jauh dari rumah..jadi nak tengok pepatung kena selak album cik google..macam macam rupa ada..tapi takda getar..takda bunyi..







Sunday 27 October 2013

BUDGET 2014

Assalamualaikum wbkt semua..

Seronok ke dengar pembentangan budget 2014 PM kita tuu..? Sebenarnya mama tak tahu sepatah haram ape cer nya budget 2014..cuba cuba baca kat laman sesawang..buka macam macam blog tapi macam tak faham gak..

Takda mood nak ambil tahu..letih amat sebab berturut turut ada majlis untuk dibantu..

Tapi pasang telinga gak takkala ramai yang tak puas hati...katanya nak bagi BRIM empat angka tapi tak pun..tambah ciput jerr, sebab GST, penghapusan subsidi dan kenaikan harga gula..kengkonon boleh mengurangkan kadar kencing manis kat Malaysia ni..

Tapi seingat mama tiap kali harga gula dinaikkan, itu jer idea meka..boleh turunkan bilangan pesakit kencing manis...eehh..iyerr kerr boleh kurangkan..samer jerr..makin tinggi kot..

Ahh..malas nyer nak ambil tahu..nanti laa..dah ada mood baru study pasal budget 2014..


Tuesday 22 October 2013

ROJAK PILAH..KENAPA KAU BERUBAH..?

Assalamualaikum wbkt..

Sesiapa yang tak tahu tentang Rojak Pilah tentu mereka bukan orang Kuala Pilah, Negeri Sembilan.  Hanya orang Kuala Pilah jer yang tahu tentang Rojak Pilah..

Tidak lengkap balik ke kampung kalau tak ke pekan Kuala Pilah semata mata nak melepas rindu dengan Rojak Pilah yang terletak di belakang Pasar Besar Kuala Pilah..

Walaupun mama hanya berpengalaman hampir 17 tahun menikmati Rojak Pilah, mama dapat mengesan akan perubahan resepi Rojak Pilah milik keluarga Pak Ibrahim ini..

Opss...En Hubby mama telah menikmati rojak ini sejak kecil lagi...lebih 40 tahun lamanya..dia pun beranggapan begitu..

Mama rasa elok anak anaknya yang mewarisi kedai tersebut meneruskan resepi lama..sebab resepi ayahbonda mereka sangat sedap berbanding dengan sekarang..seperti kurang lemak, kurang manis dan ape yerr..tentu mereka sendiri tahu..apa bahan yang telah mereka ubah atau kurangkan...








JOGET LAMBAK HAMPEH

Assalamualaikum wbkt..

Baru baru ni jiran mama menyambut sulung menantu.  Sebagai jiran yang baik, sudah tentu segala tenaga dikongsikan bersama untuk menjayakan majlis yang akan dikenang sepanjang hayat.  Alhamdulillah..segalanya berjalan lancar sehinggalah pada hari langsung...

Malamnya tuan rumah telah menjemput kumpulan tah mana punya band muzik..mama kurang pasti atau malas nak ambil tahu.. bagi mama..biar laa..asal tidak mengundang maksiat..sekadar seronok sesama anak beranak depa..macam yang lepas lepas..kami sekadar menonton dan ketawa melihat telatah jiran bersama keluarga mereka melepas stress selepas penat menguruskan majlis..faham faham jerr laa..

Selepas Isyak, berlentung lentung muzik live dimainkan. Encik Hubby sibuk ajak mama tengok konsert live + free, tapi ada movie lagi best kat tv..mama kata tunggu movie habis dahulu..anak anak mama pun macam tak minat nak pergi tinjau..sama sama melopong depan tv..

Usai movie mama pun menurut Encik hubby yang dah pergi dahulu menyaksikan persembahan band jemputan tersebut. Bukan jauh pun..selang dua buah rumah jerr..bukan main kuat lagi..

Mama perhatikan kerusi penonton hanya diisi dua tiga orang jerr..yang ramainya kat kumpulan band tersebut..rupa rupanya mereka bawa geng sendiri..dekat dua puluh orang..menari di bawah lampu neon macam orang tak ingat.. baik lelaki mahu pun perempuan..

Aik..!, mana tuan rumah bersama keluarga dia..takda seorang pun yang tampil..sakan sungguh "orang luar" tersebut, dah macam kelab dangdut pulak mama tengok.. baik yang bertudung (hakikatnya baju dan seluar ketat membalut badan), yang dah tua ganyut..rambut mengerbang macam cik ponti, yang berhias macam GRO..mengelip ngelip dan seksi, bapok, jantan miang tak hingat..semua ada..macam berok kena belacan lagaknya..

Meluat betul mama..tekak kembang semacam selepas melihat aksi yang memualkan..mama tinggalkan Encik Hubby yang leka melihat telatah mereka dari belakang pentas..

Sekejap kemudian Encik Hubby balik...ambil bantal..layan tv..kami terlelap tanpa menyedari pukul berapa mereka berhenti..

Esoknya mereka meninggalkan kotak samsu dan sebotol whisky yang masih ada baki..




Thursday 17 October 2013

HELLO..UMURKU MAKIN MENINGKAT

Assalamualaikum wbkt..

Eh!..baru perasan..sehari dua lagi umur mama akan naik lagi satu tingkat..macam naik lift..tahu tahu jer "TING"..dah sampai ke tingkat 43..ish tinggi tu..tapi KLCC 88 tingkat..kot panjang umur boleh sampai kat puncak nun..

Dah terbiasa dengan panggilan, mak cik, untie, cek As tetapi awas bukan nenek atau uwan..tapi lift tetap bergerak ke atas walau tak ditekan butang dia..

Tetap mengharapkan untuk menjejak puncak tinggi, berhajat melihat anak berkahwin dan menatang cucu di dalam tangan..


AIDIL ADHA YANG DULU BUKAN YANG SEKARANG

Assalamualaikum wbkt..

Usai sudah ibadah korban untuk tahun 2013 ini..kepada yang telah melakukannya dengan ikhlas..alhamdulillah..beruntung sesangat sebab banyak imbuhan dari Nya sedang menanti..

Tahun ini mama tak balik kampung seperti selalu. Mama hanya beraya di rumah mama jerr..maklumlaa cuti sehari jerr..esoknya anak anak kena sekolah sebab peperiksaan akhir tahun masih belum selesai, tetapi Encik Hubby kena balik juga sebab dia AJK surau, jadi banyak tugas sedang menanti dan perlu diselesaikan sepanjang majlis korban di adakan.. Usai majlis tersebut, Encik Hubby bergegas balik semula ke rumah kami sebab dia pun dapat cuti hanya sehari jerr..penat sungguh nampaknya..

Anak anak mama kata.."tak best laa raya haji ni..best lagi raya puasa." Bukan mungkin lagi tetapi sebabnya ialah tak dapat berziarah ke rumah saudara mara seperti hari raya puasa, tak dapat colect duit raya, tak dapat makan biskut raya pelbagai jenis, tak dapat bertemu kawan kawan terdiri dari sepupu sepapat yang jauh dan yang dekat..dan banyak lagi perkara "tak dapat"..ianya telah membudaya di dalam masyarakat kita..dan mama tidak terkecuali..bukan lupa tetapi terikut rentak semasa masyarakat sekeliling..

Terkenang kenang semasa arwah mak dan abah mama masih ada, walaupun raya haji..kami tetap menyambutnya seperti hari raya puasa.. Bezanya disambut meriah hanya pada hari raya pertama dan kedua sahaja.  Kami tetap berkumpul adik beradik, bersalaman dan bermaaf maafan. Selepas sembahyang raya, kami akan menziarah saudara mara. Ianya menjadi kewajipan yang sukar untuk ditinggalkan..Sepanjang hari menikmati pelbagai hidangan hari raya di rumah saudara mara dan opss..anak anak kecil tetap dapat duit raya walau hari raya haji..masa itu takda laa si pemberi berkira kira ni raya haji..takda duit raya seperti pendapat sekarang..

Ziarah kami dibalas pula oleh saudara mara.  Datang bersilih ganti pada petang harinya sampai ke malam..maklumlaa..cuti sehari dua jerr..masing masing mengejar masa yang ada ketika berada di kampung..

Lemang dan rendang satu kemestian disamping tapai sebagai desert yang amat digilai oleh kami sekeluarga. Kuih muih jangan cerita, semuanya ada tetapi terdiri dari jenis kuih lama seperti kuih denderam, dodol, wajik, kuih kering, kuih karas, kerepek dan bahulu dan beberapa jenis lagi yang mama lupa namanya..bukan kat rumah mama jerr..nak dikatakan sekampung begitu adatnya..