Tuesday, 22 October 2013

JOGET LAMBAK HAMPEH

Assalamualaikum wbkt..

Baru baru ni jiran mama menyambut sulung menantu.  Sebagai jiran yang baik, sudah tentu segala tenaga dikongsikan bersama untuk menjayakan majlis yang akan dikenang sepanjang hayat.  Alhamdulillah..segalanya berjalan lancar sehinggalah pada hari langsung...

Malamnya tuan rumah telah menjemput kumpulan tah mana punya band muzik..mama kurang pasti atau malas nak ambil tahu.. bagi mama..biar laa..asal tidak mengundang maksiat..sekadar seronok sesama anak beranak depa..macam yang lepas lepas..kami sekadar menonton dan ketawa melihat telatah jiran bersama keluarga mereka melepas stress selepas penat menguruskan majlis..faham faham jerr laa..

Selepas Isyak, berlentung lentung muzik live dimainkan. Encik Hubby sibuk ajak mama tengok konsert live + free, tapi ada movie lagi best kat tv..mama kata tunggu movie habis dahulu..anak anak mama pun macam tak minat nak pergi tinjau..sama sama melopong depan tv..

Usai movie mama pun menurut Encik hubby yang dah pergi dahulu menyaksikan persembahan band jemputan tersebut. Bukan jauh pun..selang dua buah rumah jerr..bukan main kuat lagi..

Mama perhatikan kerusi penonton hanya diisi dua tiga orang jerr..yang ramainya kat kumpulan band tersebut..rupa rupanya mereka bawa geng sendiri..dekat dua puluh orang..menari di bawah lampu neon macam orang tak ingat.. baik lelaki mahu pun perempuan..

Aik..!, mana tuan rumah bersama keluarga dia..takda seorang pun yang tampil..sakan sungguh "orang luar" tersebut, dah macam kelab dangdut pulak mama tengok.. baik yang bertudung (hakikatnya baju dan seluar ketat membalut badan), yang dah tua ganyut..rambut mengerbang macam cik ponti, yang berhias macam GRO..mengelip ngelip dan seksi, bapok, jantan miang tak hingat..semua ada..macam berok kena belacan lagaknya..

Meluat betul mama..tekak kembang semacam selepas melihat aksi yang memualkan..mama tinggalkan Encik Hubby yang leka melihat telatah mereka dari belakang pentas..

Sekejap kemudian Encik Hubby balik...ambil bantal..layan tv..kami terlelap tanpa menyedari pukul berapa mereka berhenti..

Esoknya mereka meninggalkan kotak samsu dan sebotol whisky yang masih ada baki..




No comments:

Post a Comment