Tuesday 27 December 2011

MASALAH KULIT DAN ECONAZIN

sesuai untuk radang kulit disebabkan kulat seperti kurap,  gatal gatal, ruam dan sebagainya..segalanya dengan izin Allah juga
Alhamdulillah yang tidak terhingga ke hadrat Allah yang Esa.  Baru seminggu pakai ubat ini dengan izin Allah  kaki mama sembuh dari kudis yang tidak diketahui apa nama penyakitnya.  Seronok sesangat sebab tinggal parut jerr tetapi masih meneruskan rawatan menyapunya setiap hari pada kaki mama takut penyakitnya berulang kembali.

Naik muak bila jumpa kawan kawan,  mereka pasti tegor pasal kaki mama,  mana nak suruk.. kat hujung jari kaki jer letaknya kudis tu.  Bermacam macam petua mama terima,  bermacam petua telah dicuba tetapi masih sama dan bertambah gatal lagi ada.

lebih kurang macam ini laa masalah yang timbul pada kaki mama

Sudah bermacam macam jenis ubat,  dari yang mahal sampai yang murah.  Dari yang berbayar sampai yang free.  Dari doktor pakar sampai doktor cikai...sama jerr.  

Dah malas nak jumpa doktor,  semua kata bukan sebab kencing manis tetapi masalah darah dan alahan.  Doktor pun tak boleh buat apa,  dia kata kena pantang makan.  Puas pantang makan,  naik terliur tengok orang makan seafood. Ada yang kata semua makanan berprotein kena pantang habis mama nak makan apa..WHUAAGGG..nangis.

Mama pujuk hati kata semua kifarat,  mungkin Allah nak uji dan nak ampunkan segala dosa dosa.  Sambil sambil tu berdoa juga semoga kulit kaki sembuh dan bersyukur sebab mama masih ada kaki untuk berjalan.

Mama hanya guna losyen Johnson & Johnson jer untuk melegakan kegatalan tetapi masih berkeruping.  At last ada seorang sahabat terkena alergik kat tangan dia dan takut terkena macam mama yang tak sembuh bertahun tahun,  tak salah mama hampir 7 tahun.  Dia mengadu dengan jiran sebelah rumah yang kebetulan seorang jururawat di KPJ Seremban.  Jiran tu kata anak dia pun ada masalah kulit,  puas guna ubat hospital tapi tak elok juga, at last pergi farmasi beli Krim Econazin ni dan tak sampai seminggu dah sembuh...

Cepat cepat dia beri tahu mama,  dan dengan separuh hati mama pergi juga ke farmasi dan cari ubat ni.  Jauh di sudut hati semoga ubat ini jodohnya yang dicari.  Tu la kisahnya,  tak sampai seminggu kudis di kaki mama tinggal parut jerr...









JERUK BUAH BAMBANGAN


Kalau kakak ipar mama balik Ranau, Sabah..mesti pesan dengan dia kalau ada jeruk bambangan jangan lupa bawa balik...al maklum laa kat sini mana ada..kalau ada cuba ceciter...

Beginilaa rupa buah bambangan itu...



rupa bambangan yang telah dijeruk..yang putih putih tu biji dia disagat halus,  ada kalanya dicampur dengan cili padi yang sangat halus dan pedas..

ini laa rupa biji buah bambangan 
Macam mana nak makan..?  Hahaha...senang jerr..buka mulut..ngupp. Bukan main masin, masam dan sedikit kelat sebab biji dia.  Pengajarannya tak boleh makan gitu..dia kena dimakan dengan nasi dan ikan goreng atau apa sahaja.  Tersangat menyelerakan bila dilayan dengan nasi panas..purghh..

Pada yang tak biasa tentu tak suka bau dia yang sangat kuat tetapi kepada yang suka...ermmm...baunya amat mengiurkan...

Pah..bila ko nak balik Sabah..aku rindu jeruk bambangan...











IKAN TAHAI

Pernah dengar pasal ikan Tahai..?  Mama pun baru dengar tentangnya selepas menonton rencana di TV1.  Ermm..macam sedap jerr..sapa sapa yang tak tahu tentangnya meh sini mama cerita...

ikan ni khabarnya boleh didapati di Limbang dan Lawas, Sarawak atau di Brunei
Ikan Tahai bermaksud Ikan Salai,  hanya Ikan Tamban sahaja dipilih untuk dibuat Ikan Tahai ini.  Ikan ini akan disiang dan disalai di atas api di dalam sebuah dapur yang memerangkap haba dan asap.  Setelah masak dan benar benar kering ikan ini siap untuk dijual.

Katanya enak dimakan begitu sahaja sebab dah siap dimasak.  Selalunya mereka olah bermacam macam resepi dengan mengunakan ikan ini.  Antaranya ;

sambal Ikan Tahai,  ikan ini dikupak kulitnya dan dibuang tulang.  Isinya ditumbuk sehingga  hancur dan dibuat sambal kering


sop Ikan Tahai

atau disambalkan sekor sekor 




MENGANTUK..? MENGUAP..KENAPA..?


bila mengantuk selepas makan..itu tandanya anda…

bila baby mengantuk dia akan menguap dengan comelnya...kalau  orang tua mengantuk hurrgg...jangan lupa tutup mulut anda kerana syaitan sedang berbondong bondong hendak masuk ke dalam mulut dan menetap di dalam badan anda
 
bila mengantuk selepas makan…itu tandanya anda…..
Filed under: bila mengantuk selepas makan..itu tandanya anda...
jangan lupa minum air terutama air putih sekurang kurangnya 8 gelas sehari

Apa yang akan anda lakukan bila terasa mengantuk selepas makan? Tidur… silap, minum air.
Mengantuk selepas makan adalah menandakan badan anda tidak cukup air.

Paras garam akan meningkat apabila air semakin berkurang. Otak akan mengesan perubahan keseimbangan ini dan akan memberi isyarat kepada buah pinggang untuk mengurangkan kehilangan air dan seterusnya akan mencetuskan rasa dahaga. Namun cetusan rasa dahaga ini berlaku agak lewat sehingga badan kita sudah kehilangan kira-kira dua cawan cecair badan dan ianya boleh menimbulkan perbagai implikasi.
Kehilangan banyak air menyebabkan tekanan darah turun mendadak, bekalan oksigen ke otak menurun dan jika terlalu serius, ia boleh membawa maut.

Sebenarnya ramai mengalami masalah kekurangan air tanpa disedari. Malah, ramai juga berkata tidak mahu kerap berulang ke tandas sebagai alasan untuk tidak minum banyak air. Tindakan ini sebenarnya meracun diri kerana tanpa air yang cukup, badan sukar mengeluarkan bahan toksik dan boleh berkumpul membentuk batu karang

Jika terlalu banyak minum, tidakkah akan berlaku keracunan air? Memang boleh, tetapi ia jarang berlaku. Malah, individu yang alami masalah berat badan berlebihan perlu minum lebih banyak air, iaitu segelas bagi setiap 11 kilogram melebihi berat badan unggul.

Mereka yang bercita-cita mengurangkan berat badan juga digalakkan minum banyak air. Kekurangan air merendahkan kadar metabolisma dan badan tidak boleh memecah dan menggunakan lemak dengan berkesan. Akibatnya, proses menurunkan berat badan menjadi lebih sukar.

Masalah ketidakbolehan badan mengeluarkan air dari pundi kencing menjadi lebih buruk jika kita tidak mendapat cukup air. Ada kalanya masalah ini boleh diatasi dengan minum lebih banyak air untuk menggalakkan pembuangan air berlebihan.

Oleh kerana kebanyakan zat makanan larut dalam air, mungkin ada yang risau ia dibuang melalui air kencing. Masalah ini tidak berlaku kerana buah pinggang kita mempunyai sistem penapisan yang cerdik. Hanya bahan tidak berguna dibuang. Semua khasiat makanan diserap ketika dalam usus dan dimasukkan ke dalam darah untuk diagihkan ke seluruh badan.

Tanpa air yang cukup juga, nutrien daripada makanan tidak dapat diagihkan dengan baik dan menyebabkan lebih banyak lemak terkumpul dalam badan. Bentuk dan saiz otot turut berubah. Paling malang , jika kekurangan air meningkatkan paras bahan toksik hingga membahayakan nyawa.

Kesan kekurangan cecair

Kajian menunjukkan kehilangan dua peratus cecair badan boleh menyebabkan:

Lemah daya ingatan (ingatan jangka pendek)

Sukar membuat kiraan, walaupun yang mudah

Sukar memberi tumpuan terhadap perkara dilakukan terutama pada skrin komputer atau bahan bacaan bercetak

Tekanan darah menurun

Jumlah oksigen yang sampai ke otak berkurang menyebabkan rasa mengantuk

Lesu pada waktu siang

Sakit belakang

Dehidrasi

Sakit kepala

Memperlahankan kadar metabolisma

Meningkatkan risiko kanser usus, pundi kencing dan payu dara

Sendi dan otot mengalami kekeringan

Menyukarkan penyingkiran bahan toksik

Meningkatkan keinginan untuk makan

Darah menjadi pekat

Mudah keliru.

Degupan jantung meningkat

Menjejaskan tindak balas kimia dalam badan

Jadi jika anda merasa mengantuk selepas makan minumlah air! Semoga anda mendapat manfaat daripada info sihat ini.

Tuesday 20 December 2011

COUSCOUS..APA TU..?

Mama memang suka dengan channel Food Channel AFC 703 kat Astro..kalau ada kelapangan terponggok depan TV sambil menelan air liur melihat pelbagai resepi yang menarik..yang halal ajer laa..kalau ada cik tonyok tu..terus kembang tekak ku 360 darjah..cepat cepat tukar channel lain..cehhh potong steam betul.

Bermacam macam makanan dan resepi dapat kita lihat dan ketahui yang wujud di seluruh dunia.  Mama tertarik dengan satu makanan yang dipanggil Couscous...sangat popular di negara negara Arab dan Eropah termasuk India dan Afrika.  Boleh dikatakan salah satu makanan ruji manusia kat dunia ni selain nasi dan roti.

Beginilah rupa couscous tu....

rupa dia sebelum dimasak..halus jerr..katanya diperbuat dari gandum..macam mana diproses  mama tak pasti...tapi cara nak masak dia kena gaul dengan air panas dan wapkan dahulu...atau kukus sampai dia kembang dan lembut

periuk tanah morocco atau periuk tajine..selalunya couscous yang telah siap dikukus diletak didalam bekas ini dan diletakkan lauk pauk di atasnya...lepastu mereka letak atas api sekejap dan dihidang panas panas..
apa yang pasti couscous sesuai dihidang dengan apa sahaja lauk yang kita suka;  paling sesuai lauk berkari atau berempah seperti kari ayam, kari kambing, dalca dan sebagainya mengikut selera kita.

KARAMEL TANPA TELOR




Puding Karamel Tanpa Telur 
sumber : Kak Fida (MyResipi)

Bahan-bahan

ini utk gula hangusnya :-
1 cawan gula
sedikit air

Pudingnya pulak :-

4 cawan air
1 packet serbuk agar-agar (7gm) / 4 sudu kfc (rata) serbuk agar-agar
1 cawan gula **** jika suka manis boleh tambahkan sikit lagi
1 tin susu cair
2 sudu besar tepung kastard
1 sudu kecil esen vanilla


Cara-cara
  1. Masak gula dengan api yang perlahan. Kacau sentiasa.Setelah gula cair dan keperangan masukkan sedikit air. Selepas masukkan air, kacau segera supaya gula tak berketul. Tuang dalam bekas atau loyang. Ketepikan .... ***** (HATI-HATI semasa masukkan sedikit air selepas gula keperangan kerana wap panas akan terpercik)
  2. Didihkan 4 cawan air bersama serbuk agar-agar , gula dan esen vanilla. Masak hingga benar-benar mendidih.
  3. Dalam mangkuk yang lain, tuang susu cair dan tepung kastard. Kacau hingga larut. 
  4. Setelah air mendidih, kecilkan api. Masukkan susu cair + tepung kastard yang telah dikacau sebati.
  5. Kacau hingga likat dan pekat dalam 5-7 minit.
  6. Tuangkan adunan ke dalam bekas atau loyang . (di atas gula hangus tadi).  Sejukkan dalam peti ais
  7. Sedia dihidangkan. ....... 

JEMPUT JEMPUT ROTI

Mama terserempak dengan resepi ni..copy and paste jerr...dari blog SiNggAhSaNa KiTcHen.  Macam sedap jerr..meh laa cuba...

jemput jemput roti

Bahan-Bahan :

14 keping roti (wholemeal atau plain white bread)-koyak2kan menjadi kepingan kecil
8-10 sudu besar tepung jagung
1 ½ cawan air
½ cawan susu cair
3 biji telur (saiz besar) >iza guna 2 biji jer
80 gm isi ayam (potong dadu kecil2)
80 gm udang sederhana (buang kulit dan cincang kecil)
2 batang cili merah (potong kecil2)-kurangkan jika tak mahu pedas
1 biji bawang besar (dadu halus2)
50 gm jagung (whole kernel corn) >iza guna lebihan jagung rebus
sedikit daun sup/bawang (hiris)
2 sudu teh serbuk lada putih
garam secukup rasa


Cara Penyediaan :

❀ Masukkan roti ke dalam mangkuk yg besar. Tuang air dan susu cair lalu biarkan sebentar supaya air/susu meresap ke dalam roti. Pastikan kesemua kepingan roti itu telah diresapi air/susu.
❀ Kemudian masukkan telur, isi ayam, udang, cili merah, bawang, jagung dan daun sup/bawang. Gaul rata-rata. (iza kurangkan jagung dan tambahkan cendawan tiram yg disiat-siat)
❀ Akhir sekali, masukkan garam, lada putih serbuk dan tepung jagung. Gaul lagi sehingga adunan sebati. Jikalau adunan cair, tambahkan sedikit roti atau tepung jagung. (adunan kelihatan cair, agak sukar utk digoreng jadi iza tambahkan sedikit lagi roti & sedikit tepung jagung)
❀ Gorenglah seperti anda menggoreng jemput-jemput biasa.
❀ Hidangkan bersama sos cili yg anda gemari.











Monday 19 December 2011

JERUK PETAI

Siapa yang tak kenal petai..ni laa rupa dia. Nostalgianya masa kecik kecik mama selalu tolong mak jual petai keliling kampung.  Takat 3 km berjalan kaki sambil mengandar buluh yang disangkut petai yang telah disanding bukanlah satu hal yang sukar.  Ditemani oleh anak saudara kami berjalan sambil menyanyi lagu "POTAI..POTAI.." semerdu mungkin...dan .."POTAI..mari sini.." uhhuuu..nama kami automatik jadi potai..adehh..sabar jerr laa janji petai kami terjual.  Alhamdulillah petai kami habis terjual dan berlari lari balik ke rumah untuk tunjuk hasil jualan kat mak.  Ada sekali tu duit hasil jualan petai mama tercicir..kecewa sangat dan mak tak marahpun..sian kat mak.  Lepas kejadian tecicir duit tu mama lebih berhati hati..

abang mama makan petai macam makan kacang..loyer tekak..kalau ulam ngan nasi barulaa masyukkk

petai yang telah diolah menjadi jeruk..kulit dia tak payah buang..sedap

siapa siapa yang tak suka boleh jeruk isi dia jerr..nampak boleng "bogel" jerr..

ermmm.....
Nak cuba buat jeruk petai..?  senang jerr...rendam petai di dalam air garam.  Tiada sukatan, terpulang kepada kita nak masin bagaimana..tetapi dinasihatkan jangan terlalu masin sangat..jerukkan di dalam 2 ke 3 minggu..kita simpan di dalam peti ais untuk jangka hayat yang lebih lama.  Buat ulam atau gulai tetap memikat hati..terutama kepada pencinta petai.


GLORY BEACH RESORT DECEMBER 17/18 2011

Alhamdulillah dapat juga bawa anak-anak pergi bercuti..takat kat PD jerr..jadilah.  Program Hari Keluarga bersama kakitangan Islam,   Dynea (M) Sdn Bhd berjalan dengan lancar dan tidak akan terlupakan.  Acara Hari Keluarga ini adalah kali kedua sejak ia ditubuhkan.


Kehadiran kami pada 17hb disambut dengan hari hujan tetapi reda bila senja tiba.  Selepas makan malam kami lepak kat tepi pantai..laut sangat tenang..kami bakar satay sambil berbual mesra dengan kawan kawan.  Anak anak melayan gigi pantai yang lembut menyentuh jari kaki.

Ada juga dikalangan pengunjung memecah suasana apabila beramai ramai menjalankan aktiviti poco poco dan karaoke di tepi pantai..lantak kau orang laaa..



Suasana apartment dengan 3 bilik juga agak selesa...malas betul nak bangun pagi..sejuknyerrr...mana taknya suhu aircorn dipasang serendah 16 darjah celcius..keh keh keh..terasa macam kat genting laa pulak..Satu malam mereka charge RM 250..okey tak..?


Hubby kata pantai dia bahaya untuk mandi tapi ramai juga yang turun ke laut bermain air.  Ahh..kalau takut mandi laut kita mandi kat kolam air Glory Beach Resort tu..tutup pukul 7 petang.  Gambar rumah kat belah kiri tu sebenarnya rumah jetty...cantik juga..rumah atas air.

Bab makan kau orang jangan risau..banyak kedai makan di kawasan berhampiran.  Takpun bawa jer dari rumah..masak kat tempat kita menginap boleh juga.  Paling seronok kita boleh barbeque kat tepi pantai..bawa banyak banyak stok...makan sampai kenyang.










Tuesday 13 December 2011

BRUSCHETTA ..APA TU..?




Hahaha...puas nak nyebutnya..berbelit belit lidah..tapi macam gini laa rupa Bruschetta.  Makanan ni selalunya dijadikan sebagai pembuka selera atau sangat sesuai untuk dihidangkan ketika majlis hari jadi atau saja saja untuk minum petang bersama keluarga dan kawan kawan.

Asalnya dari Perancis...jadi roti yang sesuai ialah roti perancis yang panjang dan kulit yang keras tu..meh jadi orang French pulak...

 roti perancis yang mendapat hak kerakyatan kat Malaysia ni..

Boleh topping dengan apa saja yang kita suka..telor, ayam, tomato, hotdog, cendawan butang...any..tapi mesti ada sos dengan cheese baru masyukkk....




potong tebal mana yang kita suka...paling sesuai 1/2 inci...kasi panggang sampai garing dahulu..baru letak topping kesukaan kita dan panggang balik dalam 5 minit untuk mencairkan cheese
Alaa..macam buat pizza roti juga...cuma mesti dihidang dengan si roti perancis yang dibakar garing..pastu letak topping kesukaan...

Topping dimasak berasingan boleh juga..bila nak makan baru letak atas roti dan ngupp..cuma kalau dibakar sekali lagi dengan ditabur cheese di atasnya lagi errmmm...

............................................................................................................

Bahan2 - dipotong dadu :
  1. Buah tomato
  2. Cili bengala
  3. Chicken frankfurter
  4. Bawang besar
  5. Bawang putih 
  6. Minyak masak
  7. Cili sos @ tomato sos
Cara
  1. Panaskan sedikit minyak
  2. Tumiskan bawang putih + bawang besar yg telah di dadu td
  3. Masukkan cili atau tomato sos
  4. Tumis sekejap
  5. Masukkan franfurter
  6. Kacau hingga masak
  7. Masukkan sayur yg tlh didadu...tutup api
Cara penyediaan :
  1. Sapu roti perancis yang telah siap dipotong tadi dengan mentega..panggang hingga garing
  2. Kemudian letakkan bhn2 yg telah dimasak td sbg topping...
  3. Dah siap untuk dimakan..sila letak topping semasa hendak menghidangkan
  4. Nak syokk lagi..lepas letak topping..tabur oregano dan cheese ..(apa saja jenisnya) dan bakar dalam 5 minit..boleh bawa ke mana mana sebab topping dah disaluti cheese dan tahan lebih lama..cara ini juga kita boleh hidang lebih awal