Thursday 1 December 2011

POPIA BASAH KU KUKUS JERR..


Malas wehh..bila nengok orang buat kulit popia basah...mama guna kulit popia biasa yang siap terjual di pasaran jerr..inti kita guna carrot, sengkuang dan kacang tumbuk pastu selet dengan sos dan kukus jerr..tetapi tak boleh biar sejuk..makan time panas panas..dah sejuk takut liat..hehehe..orang rajin rasakan laa..

Ada juga yang kukus dahulu kulit popia segera baru letak inti. Selain mengukus ada orang celop jerr  kulit popia di dalam air..tak payah kukus.  Lepas tu baru letak inti.  Pilih jerr laa mana mana kaedah yang kau orang suka..sendiri nak makan..

Cara buat popia

  1. Sagat halus sengkuang dengan carrot--suka hati kau orang laa banyak mana.  Lagi banyak inti lagi gemuk laa popia kau orang..
  2. Jika suka boleh tambah udang basah yang siap direbus dan dicincang halus, gaul sekali dengan sayuran tadi,  jangan lupa gaul dengan sedikit garam
  3. Pastu bungkus macam biasa..alaa macam kita buat popia goreng,  tetapi sapukan dahulu sos dia pada kulit popia baru laa kita letak inti dan mengulungnya yerr.
  4. Opss..nak sedap lagi sila tabur kacang tumbuk pada inti..baru gulung
  5. Dah siap..kukus sekejap dalam 5 - 7 minit...angkat
  6. Jika suka letak sedikit sos dan tabur kacang tumbuk di atasnya pulak..hidang masa masih panas


Sos Popia
  1. seulas bawang putih ditumbuk halus
  2. cili kering yang dah dimesin, lebih kurang semangkuk cili boh yg berharga 50 sen tu.. 
  3. secawan air asam jawa, asam jawa tu lebih kurang sebesar ibu jari atau lebih sikit
  4. setengah cawan gula atau lebih
  5. sedikit garam

Cara
  1. masukkan air asam jawa ke dalam kuali atau periuk, 
  2. masukkan cili boh (cili mesin), bawang putih, masukkan gula kemudian masak sehingga pekat.. tak lupa juga sedikit garam, agak-agak rasa masam, masin, manis, pedas semua tu...

No comments:

Post a Comment