Mama memang suka dengan channel Food Channel AFC 703 kat Astro..kalau ada kelapangan terponggok depan TV sambil menelan air liur melihat pelbagai resepi yang menarik..yang halal ajer laa..kalau ada cik tonyok tu..terus kembang tekak ku 360 darjah..cepat cepat tukar channel lain..cehhh potong steam betul.
Bermacam macam makanan dan resepi dapat kita lihat dan ketahui yang wujud di seluruh dunia. Mama tertarik dengan satu makanan yang dipanggil Couscous...sangat popular di negara negara Arab dan Eropah termasuk India dan Afrika. Boleh dikatakan salah satu makanan ruji manusia kat dunia ni selain nasi dan roti.
Beginilah rupa couscous tu....
rupa dia sebelum dimasak..halus jerr..katanya diperbuat dari gandum..macam mana diproses mama tak pasti...tapi cara nak masak dia kena gaul dengan air panas dan wapkan dahulu...atau kukus sampai dia kembang dan lembut |
periuk tanah morocco atau periuk tajine..selalunya couscous yang telah siap dikukus diletak didalam bekas ini dan diletakkan lauk pauk di atasnya...lepastu mereka letak atas api sekejap dan dihidang panas panas.. |
apa yang pasti couscous sesuai dihidang dengan apa sahaja lauk yang kita suka; paling sesuai lauk berkari atau berempah seperti kari ayam, kari kambing, dalca dan sebagainya mengikut selera kita. |
No comments:
Post a Comment