Semenjak mengenali buah ini rasanya baru dua kali mama dapat menikmati masakan buah lempato. Jadi ini kali ketiga...payah betul nak mendapatkannya. Alhamdulillah mertua kat kampung dapat juga cari buah ini kat pekan ahad di Tanjung Ipoh. Sekilo RM 8.00. Peniaga tu kata dia dapat bekalan dari Kampung Dioh Kuala Pilah.
Sizenya kecil sedikit berbanding masa mama beli di pasar Kuala Pilah, tunggul tengah dia besar "gedang penumbuk". Buah lempato ni tunggul tengah dia besar telor jer tapi size buah dia sama...besar hujung jari kita.
buah lempato...kecik kecik jerr..cukup untuk melepas rindu |
gulai ikan tenggiri dengan buah lempato...sedap sesangat |
Pagi pagi dah ajak hubby pergi Tesco. Fuhh mahal gila ikan tengiri. Sekilo RM 28...mama ambil isi 3 keping RM 21.00. Nak gulai dengan lempato punya pasal mama beli jer..puas dapat makan gulai lempato..nak resepi..? Sama jerr macam gulai lemak cili padi biasa cuma masukkan buah lempato tu..pastikan buahnya dibelah dua supaya cepat masak. Dia tak mudah hancur.
No comments:
Post a Comment