inilaa biskut bulat @ nama nama yang tak sama tapi serupa biskutnya |
Macam macam nama diberi kepada biskut ini, keenakannya tetap sama cuma nama sahaja yang membezakan situasi di mana dia berada. Dahulu biskut ni hanya Bai Bai (bengali) jer yang jual guna basikal masuk kampung, sebab mereka expert bab buat roti bengali, roti inti dan biskut bulat yang istimewa....dahulu biskut ni tawar, cuma sekarang dah ada dua tiga melayu yang jadi pengusaha yang tahu buat. Untuk melazatkan lagi si biskut bulat mereka ubah ada berlemak sedikit..agaknya untuk merapuhkannya kot. Sebab dahulu biskut ni ada liat liat sikit. Kalau cicah air panas payah nak jadi lembik. Dengar cerita roti tu mereka goreng dan keringkan minyaknya..entah macam mana..mama pun tak pernah melawat kilang dia.
Sedari kecil..semenjak kenal rupa dan rasa biskut ni, mama tidak pernah jemu untuk menikmatinya lagi dan lagi. Syok dimakan bersama air halia, kopi o atau teh o...ermmm. Di kampung mama biskut ni lebih dikenali sebagai Biskut Bulat, tetapi tak bulat pun, panjang jer dan bersimpul sedikit di badannya (gambar badan dia tak bersimpul). Agaknya di namakan bulat sebab kepala dia bulat kot..agaknya laa.
No comments:
Post a Comment