buah lempato |
Tak semua orang tahu tentang buah ni. Mama pun hanya tahu tentang kewujudannya apabila melawat seorang sahabat di Kampung Sg. Dua, Kuala Pilah. Biasalah orang melayu kan...kepantangan membiarkan tetamu datang tanpa menjamah apa apa. Kebetulan hanya nasi dan gulai lemak cili api ikan tenggiri bersama buah lempato ni aja yang ada..jadi ini lah rezeki mama ketika itu. Dapat laa merasa akan keenakan buah lempato ni...kata mereka payah nak cari..ada musimnya..tak banyak bekalan tetapi permintaan tak boleh dimintak mintak...nasib nasib laa.
Buah lempato sebesar hujung jari telunjuk itu dibelah dua dan dicampur ke dalam gulai. Rasa dia lemak lemak masam dan tak dapat mama gambarkan kat sini. Sekali jamah..amboi sedapnya bukan kepalang. Maklum lah orang tua yang masak, dengan pedasnya, dengan pekatnya, masam dan masin seia sekata....tak pandang kiri kanan dah..malu pun hilang. Bertambah tambah..hahaha..
Kalau kau orang nak tahu di Sabah buah ini dikenali sebagai buah kesusu. Selain nama kesusu, nama lain yang digunakan ialah seperti Buruni, Ematak, dan Karon.
buah lempato tengah berputik..sekali pandang macam tunggul petai..yer takk. yang mengerutu tu buah lempato nak keluar dari tunggul dia laa tu |
kata si blogger gambar ni..yang masak ni boleh dimakan gitu jerr..katanya masam masam manis |
Malam ni hubby ajak balik pilah sebab mertua dah telefon kg ada stok buah lempato..tungguu...
No comments:
Post a Comment