baru masak terus snap gambar.. |
Kalau kau orang nak tahu semasa anak dara mama bukan main geli geleman bila dengar orang makan sop ekor ni. Al maklumlah belum kenal jadi tak cinta laa.. Mama diperkenalkan dengan sop ini oleh seorang rakan sekerja, dia bawa mama pergi makan di sebuah kedai masakan Thailand yang terletak di Wangsa Maju.
Dia order laa sop ni..pada mula mama tak mahu makan sebab kegelian tetapi bila tengok dia makan bagai nak rak dan macam makanan yang baru turun dari langit jadi mama pun test laa sikit..ermmm...terus mama terpesona dan jatuh hati dan sangat setia sebagai peminat nombor satu sehingga ke hari ini.
Suami mama pun suka jadi kalau asyik nak beli jerr...semput juga..makluum laa semangkuk sop ekor sekarang lebih RM 7..ada laa 3 ketul di dalamnya..lain lain sayur dan cili. Jadi buat sendiri..sila laa try resepi mama..bukan yang asli tetapi boleh lerr..hehehe
Bahan
Ekor 1/2 kg
Bawang Besar 1 biji
Bawang Putih 2 ulas
Halia 2 inci
Sop Bunjut Tulang 1 pck (siap dengan penumis sekali)
Daun Calery 1 batang
Tomato 1 biji
Daun Sop 1 Tangkai
Limau Nipis 1 biji
Cili Padi 5 biji
Bawang Goreng hiasan dan aroma wangi
Cara
- Rebus ekor sampai empuk
- Tumis penumis, bawang besar yang dihiris dan bawang putih dan halia yang dikisar halus
- Masuk air dalam 2 mug, masuk ekor tadi dan sop bunjut tulang, tunggu hingga mengelegak
- Potong calery dan tomato ikut suka, masuk ke dalam sop dan padam api
- Diikuti daun sop dan cili padi yang telah di titik
- Perah asam limau, dan jangan lupa garam dan perasa
- Hidangkan dengan bawang goreng, hirup ketika masih panas..ermmm
No comments:
Post a Comment