Tuesday 29 November 2011

NASI CLAYPOT

nasi claypot  gerai style
Salah satu keistimewaan nasi claypot tu bukan sahaja terletak pada rasanya yang sedap malah ia dinikmati kerana keraknya yang ranggup...tetapi bila diamati betul betul macam kita makan nasi putih dengan lauk kicap jerr..tapi specialnya nasi claypot ni semua di hidang di dalam satu..makan panas panas..tu yang syokk..

Kalau takda periuk tanah macam kat gerai tu kita boleh guna periuk biasa atau periuk eletrik tetapi tak syok macam periuk tanah..jadi kalau nak kesyokkannya itu pi beli periuk ni..murah jerr..kedai RM 2.00 pun ada.

Mula mula meh kita buat lauk dia..

Bahan Lauk

Ayam mentah @ ayam siap bergoreng kat pasar raya tu pun boleh    1/4 ayam
Bawang Putih        2 ulas
Halia Muda            1 inci 
Sos Tiram              1 sudu besar
Kicap Pekat          1 sudu kecil
Kicap Manis          1 sudu kecil
Lada Hitam            guna jerr serbuk lada hitam ajishio..taburkan sedikit
Cendawan butang hitam  ..jenis yang besar tu @ yang kering kita rendam dulu sehingga kembang
Tepung Jagung       1 sudu kecil bancuh dengan sedikit air
Daun Bawang
Daun Sop
Cili Padi @ Cili Merah hiris

Cara
  1. Kisar bawang putih dan halia,  tumis sehingga wangi.
  2. Masuk ayam dan sedikit air ..tunggu sehingga ayam masak (ayam goreng tu takyah laa tunggu hingga masak sebab dah siap masak)
  3. Baru masukkan sos tiram, kicap pekat , kicap manis dan serbuk lada hitam dan tambah sedikit lagi air
  4. Diikuti dengan cendawan dan tunggu sehingga kuah mengelegak
  5. Masuk adunan tepung jagung dan tunggu kuah kelihatan pekat
  6. Jika kamu suka boleh masukkan sedikit minyak bijan..tetapi tak masuk pun tak apa\
Cara Masak Nasi Claypot

Periuk Tanah
Beras       1 cawan
  1. Masak macam biasa....tunggu sehingga nasi masak.  Bila nasi dah masak tuangkan lauk tadi dan masakkan balik..pastikan tutup balik periuk tu..guna api perlahan.  Atau masak nasi guna rice cooker biasa dan masukkan sejumlah nasi panas ke dalam periuk tanah dan letak lauk atasnya dan masak kembali..
  2. Tunggu di dalam 10 minit,  kita angkat dan tabur daun bawang, daun sop dan cili yang telah dihiris
  3. Makan ketika masih panas..


No comments:

Post a Comment