Thursday 10 November 2011

JANGEK @ KULIT DARI LEMBU ATAU KERBAU

ni laa rupa jangek...kulit lembu yang dibakar seperti kita bakar
kaki (artikel mama sebelum ni)
Tentu kau orang tertanya tanya kan..takda benda lain ker nak makan.  Anak kampung seperti mama tiada persoalan seperti itu yang keluar dari mulut masing masing,  selalunya kami akan menikmati apa sahaja yang boleh dimakan dan dimasak oleh ibu di rumah.  Kira makan jangek ni dah jadi seperti satu makanan tradisi orang kampung terutama semasa musim korban atau musim kenduri kahwin sebab masa itulah ada lembu atau kerbau yang akan ditumbangkan dan hanya najis, bulu dan kulit badan saja yang tidak dimakan.  Tetapi ada sesetengah tempat keseluruhan kulit tidak dibuang begitu sahaja,  mereka akan bakar untuk buat jangek.

Bagi keluarga mama,  kalau nak buat jangek kami lebih suka part kaki, kulit kepala dari pangkal tengkuk, telinga hinggalah kulit pipi.  Selalunya kita bakar sampai hangus supaya tiada ruang untuk lalat bertelor jadi jangek ni kira boleh simpan bertahun tahun,  dengan syarat sentiasa di salai dan dijemur supaya sentiasa kering.

Bila nak masak barulah kita kikis kulit yang hangus tadi.  Bagi jangek yang telah lama dibuat,  kita kena rendam dahulu semalaman supaya kulit tu jadi kembang. Bila dah kembang mudahlah kita nak hiris.

Cara masak sama macam kita nak masak kaki lembu,  rajin rajin cek kat artikel mama sebelum ni


kulit lembu yang telah siap dijangek dan digulai

Ada jangek yang abang mama tolong buatkan,  tetapi belum dihantarnya ke rumah mama, jadi sebab tak sabar nak syer artikel baru kat sini,  mama pinjam jer gambar dari file cik google...

Kalau dah ada nanti mama load gambar baru yerr...


No comments:

Post a Comment