Monday 7 November 2011

TIDAK AMANAH DALAM PENGAGIHAN DAGING KORBAN

Alhamdulillah....Mama baru balik dari kampung meraikan Hari Raya Korban bersama keluarga mertua dan ipar duai.. Tersangatlah meriah.

Bukan main seronok rasanya sebab tahun ini kali kedua surau wakaf kampung menjalankan aktiviti berkorban, sebanyak 6 ekor telah ditumbangkan.  Bukan main ramai yang datang membantu untuk merebahkan lembu, melapah,  membahagi daging, memasak dan makan tengahari bersama sama.

Muai sungguh dagingnya,  tiada yang pulang dengan tangan kosong.  Bukan sahaja penduduk kariah..luar kariah pun dapat...jangan kata dapat bawa balik lebihan lauk malah dibekalkan tulang kepada yang setia membantu. Masing masing tersenyum puas hati walaupun ada sedikit kecacatan tetapi tetap sempurna..Alhamdulillah kerana majlis diberkati Allah dan AJK yang amanah di dalam menjalankan pengagihan daging korban.  

Ketika menghantar agihan daging korban ramai orang kampung bersuara.."eh..selama raya korban ni tak pernah merasa daging korban,  kira pertama kali ni.."  Bukan orang lain jerr..keluarga mertua sendiri selama tinggal di kampung tidak pernah menerima daging korban yang dijalankan oleh pihak masjid...Apa yang peliknya masjid menjalankan korban sebanyak 5 ekor lembu tetapi orang kampung tidak menerima walau 1/2 kg daging pun..Mertua mama bercerita pernah terjadi ketika mengemas kawasan dapur masjid mereka terjumpa daging yang telah busuk disurukkan di dalam cerek air...masing masing tidak mengaku.  

Pernah sekali Allah nak tunjukkan agaknya,  orang ni rumah dia bersebelahan dengan masjid.  Peti sejuk dia rosak angkara overload simpan daging...busuk satu rumah dan minta tolong jiran untuk membersihkan peti sejuk dia...

berebut nak daging korban..bukan tidak pernah makan tetapi
nikmat mendapat dan merasa daging korban tersangat berbeza..sepatutnya kena beratur ni..
AJK kena fikir untuk menguna cara yang lebih efektif dan teratur supaya tidak kelihatan seperti di atas

Akhirnya terpecah rahsia,  AJK kongsi sesama sendiri...dan sebahagian kecil jerr diagihkan  kepada penduduk setempat..Ermm..patutlah tak merasa.  Walau rumah tak sampai 1/2 km pun dari masjid penduduk masih tidak menerima agihan tersebut.

Cerita masjid tidak amanah bukan sahaja berlaku di kampung mertua,  terjadi di mana mana walaupun begitu tidak semua bersikap sedemikian.  Pelik juga sebab macam tidak pernah makan daging..atau nak buat meniaga..tak tahu laa pulak.  Belum lagi cerita bab tulang tulang, kepala, ekor, segala isi yang boleh dimakan,  semua sapu bersih...oleh seorang dua individu di dalam istilah AJK.

Lagi satu ada pulak yang buat undang undang sendiri.  Terjadi di kawasan mama sendiri.  Daging korban hanya diagihkan kepada yang hadir sahaja,  yang tidak hadir tidak layak menerima daging korban tersebut.  Penduduk islam di tempat mama hanya 120 rumah sahaja,  tetapi masih ramai yang tidak menerima daging korban sebab tidak menghadirkan diri ketika ibadah korban itu dijalankan. Atas alasan tidak cukup.  Masih tidak cukupkah bila 4 ekor ditumbangkan,  boleh imagin berapa banyak daging yang ada..mana pergi agaknya yerr..? kegagalan AJK atau kurang amanah di dalam menjalankan tugas..Allah juga yang tahu.












No comments:

Post a Comment