Tuesday 29 November 2011

ROTI HAMPIR EXPIRED..JANGAN MEMBAZIR

Pernah tak terjadi dekat rumah kau orang bila dah beli roti lepas tu roti tu tak dimakan habis.  Akhirnya tiba saat nak expired kau orang bengang lalu buangkan di dalam tong sampah..ha'a..tak mo camtu..tak mo camtu..apa kata kita olah kasi roti tu jadi produk lain..bukan sahaja sedap malah tahan lebih lama lagi..
pelbagai jenis roti..semua boleh kita olah balik
Idea buat talam roti tu biasa laa...tetapi kuih camni tak tahan lama...tetapi kalau kita bakar..roti akan bertukar menjadi biskut roti..bukan tahan sehari dua malah berminggu minggu.  Di rumah mama kalau buat cam gini tak sempat nak simpan..buat pagi petang dah tinggal abuk jerr..
 
potong ikut suka..kalau rajin tekap dengan acuan pelbagai bentuk
lepas tu kita sapu marjerin dan tabur gula
bakar sampai garing..guna oven biasa tauu bukan toster roti biasa tu
Kalau Tesco Extra dekat dengan rumah rajin rajin laa pi melawat selepas pukul 9 malam sebab mereka suka  buat sale untuk menghabiskan produk yang hampir expired terutama roti dan kek...Oh yerr kek pun boleh kita olah jadi biskut..bakar jerr sampai garing.

Kalau kat Giant mereka akan bakar sendiri dan jual dengan harga yang murah terutamanya kek tetapi roti yang telah dibakar semula harganya tetap maintain..jadi baik buat sendiri..

No comments:

Post a Comment