Sunday 18 May 2014

KOYOK NYAH TOKSIK GUNA BAWANG SEGAR

Assalamualaikum wbkt..

Terjumpa kat satu laman group fb mama, mungkin memberi manfaat kepada semua...

Selalunya kita beli koyok rega sepuluh hinggit tu kan... nak buang toksik dalam badan.. lepas ni kita cuba bawang yang kita selalu masak tu untuk buat koyok... jangan lupa pakai stoking supaya bawang tu steady kat situ jerr..heheh..




Raw ONION on bottom of the feet to take away illness.

''During the night, I started feeling good. I mean really good! I felt tingly, like my blood was being cleansed (it was). It was so cool!
My bedroom smells like a casserole, but it was totally worth it!
***Here is the deal:::
So last night Evan (11) was keeping everyone awake with his cough. I got up, went to the kitchen and sliced a purple, make me cry onion, at 3am. I got some snug socks and put it on the bottom of his feet. To boost my own immunity, I decided to try this too. During the rest of the night, I started feeling good. I mean really good! I felt tingly, like my blood was being cleansed. It was so cool!

This works in 2 ways.
1.) Onions are known to absorb toxins. In fact, during the days of the Plague in England, folks would keep chopped onions around to absorb toxins and clean the air. This helped protect them, against getting the plague.

NEVER SAVE AN ONION. It will absorb all the toxins in the air of your refrigerator. Eat that and you eat the toxins. Instead: Chop your left over onion, put it on a plate and keep it in your kitchen as a natural air purifier. I do this all the time! If someone is ill, place a chopped onion on the night stand, next to the bed. They'll be better in the morning. I placed the remaining onion, next to Evan last night.

Onions are toxin absorbers. Thus why they are great internal mops for the body. Eat plenty of onions!

2.) The onion and garlic families are anti-microbial and anti-bacterial. Placing them on the bottom of the foot gives them access to your internal organs through meridians in your body. The onion can be directly delivered. Transdermal delivery (on the skin) is one of the best delivery mechanisms, as it will bypass the stomach acids and go directly into the blood. The bottom of the feet and the forearm are great places to put high powered foods and essential oils into the body. Sliced garlic on the bottom of the feet will work nicely too.''

Source: Nature :):):)

Tu dia... translate sendiri yerr..hahaha











Friday 16 May 2014

TIBA TIBA TERBAU MINYAK ATTAR

Assalamualaikum wbkt..

Al kisahnya, pagi rabu yang lepas, agak agak dalam pukul 7 pagi, mama lepak depan rumah mama.  Masa itu mama seorang diri, manakala jiran sebelah menyebelah tak ada.. En. Hubby baru berlepas menghantar anak ke sekolah..

Tiba tiba mama terhidu bau wangi menyengat seperti bauan minyak attar..lamalah jugak, lepas tu mama masuk dalam rumah.. ermm.. bau apakah..? dari manakah..? apakah..? sampai sekarang tertanya tanya..

Mama cerita dengan En. Hubby,dia kata jiran selang sebuah rumah dari rumah kami mengalami peristiwa yang sama juga.. tapi bukan hari yang sama laa..kira dia dulu mengalaminya.. ermmm... tapi takda laa takut..cuma pelik jerr.. 


PETUA KEBAIKAN RUMAH TANGGA OLEH USTAZAH NURHAFIZAH

Assalamualaikum wbkt..

Tengahari tadi layan Tanyalah Ustazah kat TV 9,  berkenan sungguh nengok ustazah yang lemah lembut menawan nih.. terpesona mama mendengar ceramah dia...

Hari ini topik pasal bab penceraian, hak wanita dan sebagainya..

Mama tertarik nak kongsi pesan ustazah tadi..

Katanya untuk kebaikan rumah tangga, amalkan petua atau resepi satu ayat, dua ayat, tiga ayat dan empat ayat.. iaitu;

1. satu ayat..iaitu maaf atau sorry
2. dua ayat..iaitu terima kasih atau thank you
3. tiga ayat..iaitu saya sayang awak atau i love u
4. empat ayat..iaitu boleh saya tolong awak atau can i help you

Ayat ayat ni bukan nyer mahal, bukan nyer nak kena beli..kenapa sukar sangat nak melafazkan kepada pasangan kita sebagai tanda kita menghargai mereka, bertolak ansur, pernyataan kasih sayang yang menghiburkan hati pasangan dan ringan tangan membantu pasangan..jika kita amalkan 4 teori ini..InsyaAllah..rumah tangga akan berpanjangan hingga ke anak cucu..



PENGALAMAN PERTAMAKU DENGAN NASI ARAB

Assalamualaikum wbkt..

Hehehe..macam orang mengandung sungguh.. Merenggek jerr..En. Hubby terus sempurnakan keinginan mama untuk menikmati Nasi Arab yang sibuk digembar gemburkan oleh rakan taulan..sedap..sedap..sedap..ermmm...jom bang..

Maka berangkatlah kami sepasang merpati sejoli ke restoran yang ada terpampang Nasi Arab.. Kat Seremban nii..tak cukup jari tangan dan kaki untuk mengira..banyak macam cendawan busut tumbuh masa hujan petir..Al Maklumlaa... tengah popular dan menjadi trend lepak kat kedai yang ala ala Arab gitu...

Kami tak pergi jauh.. dekat Senawang jerr... adalaa satu kedai nama dia.. kena beri tahu kerr..tak yah laa kan..sebab..

Sebab dia cam gini,  Masa mama dapat hidangan pertama Nasi Arab di dalam hidup mama tu.. mama macam terkedu..sebab dalam kepala otak..macam kat tv tu haa.. ada periuk tajini bagai..heheh..

Rupanya sekadar nasi beriyani menggunakan beras panjang giler tu.., ayam goreng kukus seketul, manakala En. Hubby makan lauk Kambing yang dimasak kukus kot..kosong dan pucat jer dan dua jenis lauk sampingan seperti sos tomato dan salat timun yang dioleh dengan mayonis dan lada hitam..itupun sikit sangat..sesudu sorang... Tapi rega belas ringgit untuk sepinggan nasi yang hanya secawan jer kadar dia..

Tapi kami nikmatilaa juga sebab nasi dia sedap bangat..cuma lauk dia macam kurang sesuatu..kering jerr anak tekak menelan..  Tapi Alhamdulillah...merasa jugalaa akan Nasi Arab itu.. cuma lepas nih nak cari kedai lain pulak..nak cari yang ada kuah bagai..

Antara koleksi rupa Nasi Arab kat Malaysia nih...






opss..apatu..?



kuss semangat..




TERINGIN NAK MAKAN KARI KEPALA IKAN

Assalamualaikum wbkt..

Hai..entah kenapa..teringat kari kepala ikan kat Central Market..alaa..kat Restoran Kg Pandan..ker apa nama dia..mama tak hinggat..sebab dah berbelas tahun tak ke sana.. Sedap giler..

Dah duduk seremban nih..mana nak cari kari kepala ikan macam tu punya power.. Puas tanya kengkawan..sorang pun tak tahu.. sebab meka tak suka makan kepala ikan.. Teringin sangat, beli gak kepala ikan kat kedai, masak sendiri.. Tapi bayangkanlah sebiji kepala berpuluh hinggit rega dia, pastu kena masak sendiri, pastu tak sesedap macam kat kedai mamak walaupun En. Hubby kata boleh tahan.. 


pinjam gambar En. Blogger MrJocko

Sekarang nih tengah survey.. ada cadangan..?


HUBBYKU NAK KE PADANG, BUKIT TINGGI

Assalamualaikum wbkt..

Bila nengok gambar gambar depa pi melancong ke sana..macam best jerkan..

En. Hubby..jangan lupa beli telekung renda renda sorang satu nanti tau...

Depa kata lagi.. kain sulam dia cantik cantik dan murah bagai nak rak...

Belilaa yer En. Hubby..sebab En. Hubby sekarang dah jadi Jutawan Segera.. berjuta Juta Juta.. Hahaha...


UCAPAN SELAMAT HARI GURU 2014

Assalamualaikum wbkt..

Mama ingin mengucapkan Selamat Hari Guru kepada semua para guru kat dunia nih.  Bukan kat sekolah jer ada guru tau, kat mana mana pun ada, apabila dia memberi dan berkongsi ilmunya kepada orang lain, mereka juga adalah guru kita.

Jangan tak tahu, kita yang dipanggil suri, ibu, isteri dan sebagainya adalah guru juga.  Tanpa disedari atau sengaja tidak menyedari kita juga adalah Guru sejati yang mengajar anak anaknya semenjak dilahirkan sehingga anak itu besar dan mempunyai keluarga sendiri... Jadi kita juga patut diraikan sebagai Guru yang berjasa.. jadi wahai kaum ibu sedunia..mama ingin ucapkan juga Selamat Menyambut Hari Guru..semoga perjuangan dan pengorbananmu yang tidak akan pernah selesai akan dihargai..

Allah swt juga yang membalas di atas segala keikhlasan..

BUKAN MEMERAM

Assalamualaikum wbkt..

Lamakan mama tak interframe kat blog nih..ada banyak nak kongsi tapi aduhh.. line tenet jenis murah..fefaham jerr lah..hahaha..

Semoga pelawat pelawat yang sudi singgah kat sini sentiasa sehat sejahtera hendaknya..aaminn...