Friday 16 May 2014

PETUA KEBAIKAN RUMAH TANGGA OLEH USTAZAH NURHAFIZAH

Assalamualaikum wbkt..

Tengahari tadi layan Tanyalah Ustazah kat TV 9,  berkenan sungguh nengok ustazah yang lemah lembut menawan nih.. terpesona mama mendengar ceramah dia...

Hari ini topik pasal bab penceraian, hak wanita dan sebagainya..

Mama tertarik nak kongsi pesan ustazah tadi..

Katanya untuk kebaikan rumah tangga, amalkan petua atau resepi satu ayat, dua ayat, tiga ayat dan empat ayat.. iaitu;

1. satu ayat..iaitu maaf atau sorry
2. dua ayat..iaitu terima kasih atau thank you
3. tiga ayat..iaitu saya sayang awak atau i love u
4. empat ayat..iaitu boleh saya tolong awak atau can i help you

Ayat ayat ni bukan nyer mahal, bukan nyer nak kena beli..kenapa sukar sangat nak melafazkan kepada pasangan kita sebagai tanda kita menghargai mereka, bertolak ansur, pernyataan kasih sayang yang menghiburkan hati pasangan dan ringan tangan membantu pasangan..jika kita amalkan 4 teori ini..InsyaAllah..rumah tangga akan berpanjangan hingga ke anak cucu..



No comments:

Post a Comment