Monday 4 February 2019

SALAM 2019

ASSALAMUALAIKUM WBKT..

ALLAHUAKHBAR..BARU DAPAT BUKA "POST" BLOG MAMA..

MOGA SIHAT SEMUANYA DAN DIRAHMATI OLEH ALLAH SWT.

"MALU APE BOSSKUU..."  ðŸ˜Š

Monday 12 December 2016

ISTILAH MAIN BACA TAPI TAK TAHU MAKNA

Assalamualaikum wbkt..

Sering kali kita terjumpa istilah saw, swt, as, ra pada penghujung nama Allah dan nama tokoh tokoh di dalam islam.  Kita sering baca dan kebanyakan tidak ambil peduli.  

Pernah tak kita ambil tahu akan makna singkatan istilah tersebut..?. Kadang kadang ada yang "tersyasyul" sebut Allah swt sebagai Allah Sallallahuwataala yang sebenarnya Subhanallahuwataala..

Jadi kita kena peduli supaya setiap kata kata kita adalah ilmu bukan omong kosong semata ... dan paling tak best dapat dosa kering jerr..


Ada beberapa istilah yang umum digunakan :

1.  ra : Radhiallahu anhu / anha / anhum

“Semoga Allah Reda kepadanya (laki-laki / perempuan / mereka) “

Ini digunakan jika kita menyebut nama sahabat Nabi Shallallahu’alaihi wasallam sebagai penghormatan dan pujian kita kepada mereka kerana Allah pun memuji mereka :


2. Rahimahullahu


“Semoga Allah Mengasihinya”


Ini digunakan jika kita menyebut nama orang-orang yang dengan ilmunya menegakkan dan membela kalimatullah, membela Islam dan Sunnah.

3. Almarhum 


"Allah Mengasihi Mereka"

Istilah ini umum kepada semua masyarakat kita dan maksudnya itu tidak ada yang tahu memastikan apakah orang yang meninggal ini pasti mendapatkan “rahiim” Allah atau tidak.


3. Hafidzahullah



“Semoga Allah Menjaganya”

Ini digunakan jika kita menyebut nama orang-orang yang dengan ilmunya menegakkan dan membela kalimatullah, membela Islam dan Sunnah dan sampai sekarang mereka masih hidup



4. as : Alaihi salam

"damai padanya"


Selalu digunakan untuk para para Malaikat, Nabi dan Rasul terdahulu 


5. saw : Sallallahu Alaihi Wasallam



"semoga Allah memberi selawat dan salam kepadanya"

Disunnahkan untuk menyebutnya selepas menyebut nama Baginda saw


6. swt : Subhanallah Wa Taala



"Allah Maha Suci dan Maha Tinggi"


7.Naudzubillahi Mindzalik



"Moga dilindungi Allah"

Seringkali diucapkan moga Allah melindungi kita dari sebarang bahaya atau bencana seperti mana peristiwa yang menimpa orang lain..



8. Wallahu A'lam

"Hanya Allah yang Tahu"

Hanya Allah sahaja yang tahu akan kebenaran tiap tiap sesuatu



9. Jazakumullah Khairan Khatsiran

"Semoga Allah membalas kamu dengan kebaikan yang banyak"

Atau Jazakallah Khairan sahaja. Seringkali diucapkan untuk mengucapkan terima kasih kepada orang yang berbudi kepada kita..ia juga adalah satu doa..ucapan ini lebih baik dari perkataan terima kasih..



Harap dapat memberi manfaat. Saya pun masih berlajar..terkurang harap maafkan..jika ada lebih ilmu harap berkongsi..jazakallah khairan..







SAKIT ITU KIFARAH DAN KASIH ALLAH SWT

Lebih setahun rasanya tapi macam baru berlalu dan mama takkan dapat melupakan apa yang mama rasa sepanjang kesihatan mama ditarik seketika.  AllhuAkhbar..nikmatnya hidup selama tidak sakit..

Segalanya bermula masa mama dan ahli keluarga pergi ke Uniti PD untuk mendaftar anak yang sulung masuk ke kolej berkenaan. Mama dah siap masak makanan tengahari kononnya nak berkelah di tepi pantai. Khabarnya Uniti dekat dengan laut..kalau dekat dengan laut mesti ada pantai kan.. jadi kami rancang lepas daftar kami nak berkelah di tepi pantai..

Apabila tiba di sana jangankan laut..pantai pun tak kelihatan. Oh rupanya ada tapi pantainya berpagar...semak pulak tu...ish camne nak piknik..

Akhirnya En Hubby kata kita makan kat kedai jerlah. Memandangkan banyak kedai makan di kiri kanan jalan kami pun main pilih secara rambang. Sebuah kedai makan yang agak sederhana dan kelihatan baru menyusun hidangan untuk makan tengahari.

Nampak lauk semuanya masih berasap. Mama pilih gulai lemak putih dan sambal belacan..sikit jer..macam sedap walau pantang nak rasa juga, En Hubby makan gulai siput campur keladi dan anak anak biasalah semua ambil sambal ayam...

Sambil makan hati macam tak sedap jer. Tapi mama buat tak peduli jer. Masa menjamah sambal belacan..rasanya pelik sangat..macam sambal belacan dah basi. Mama diamkan jer..mama tolak sambal tu ke sisi pinggan. Lepastu mama capai seketul siput En Hubby..uwekk..siput dah busuk..lepastu mama telan..kenapakah..sebab orang ramai masa tu..takkan laa mama nak terjeluak depan orang..entah apa apa dalam fikiran mama masa itu..lepastu mama perasan ada seorang tua asyik renung kat mama..kenapakah..? jadi mama buat buatlaa takda apa yang berlaku..

Ketika menghantar anak mama kembali ke kolej, lepas ucap selamat tinggal kami tinggalkan dia buat kali pertama.  Perasaan itu tak dapat nak cerita sebab dah lama tapi tipulah kalau tak rasa sedih dan macam kurang sesuatu..

Ketika dalam perjalan balik ke rumah tiba tiba mama rasa gatal tekak dan batuk batuk. Batuk tu pulak diiringi dengan bunyi nafas ter erkk erkk kat dada ni.. sempat lagi gelak gelak dengan anak mama yang kecil sebab dia pun dengar sama bunyi yang lahir dari dada mama...

En Hubby keletihan dan tertidur selepas kami sampai ke rumah. Mama pulak rasa tak sedap badan..letih sangat. Selepas itu En Hubby suruh rasa dahi dia..rupanya dia demam..panas sangat.  Mama pon kata kat hubby..mama pun rasa tak sedap badan..

Esoknya En. Hubby kerja pagi dan balik dalam pukul 3 petang. Alhamdulillah demam dia dah okey. Mama kat rumah dah rasa macam nak demam, lalu suruh anak pergi kedai belikan panadol. Selalunya dua biji dah kebah demam. Lepas makan panadol itu panas mama makin turun tapi dua jam kemudian panas balik dan rasa seram sejuk satu badan.  Mama makan lagi panadol..begitulah seterusnya..kejap jer elok lepastu demam balik..

Petang tu selepas En Hubby balik kerja dia terus bawa mama pergi ke klinik swasta. Selepas dua hari demam mama makin teruk malah tidak larat nak bangun sebab badan lemah dan kepala sakit berdenyut denyut. Lebih lebih lagi batuk yang kuat hingga menyakitkan perut mama..

Dua hari selepas itu pun mama masih tidak sihat, cakap pun dah merapu rapu sampai minta maaf dengan En Hubby..kot kot mama nak mati..memang tak larat sangat..

En Hubby hantar mama pergi ke klinik kerajaan. Doktor cek suhu badan mama dah lebih 40 darjah..doktor tu terus buat ujian darah dan jantung.. masuk air 2 botol kat klinik tu juga..tapi suhu tak mahu juga turun..rentak jantung tak setabil dan dalam darah ada kuman katanya..

Doktor arahkan mama pergi hospital besar untuk ambil x ray. Pergilah mama ke hospital dan dapatkan x ray. Bukan x ray jer..doktor terus tahan mama masuk wad..dia kata paru paru mama berkabus..

En Hubby resah melihat mama yang dililit macam macam tiup dan wayar. Kat hidung ada bantuan pernafasan..kat tangan ada wayar masuk air..kat mulut ditekup dengan oksigen berubat..tah apa mesin lagi untuk lihat denyutan jantung mama..huu..mama pon resah dan seram..

Mama disorong masuk ke dalam wad ditemani En Hubby dan anak saudara yang sedari tadi sudi menemani. Ketika itu anak anak mama yang dua orang lagi tengah bersekolah..

Dalam wad mama diletakkan dibarisan pesakit pesakit tua. Wad hari itu memang penuh sangat..yang kelakarnya dah laa mama ni berbadan besar..dia letakkan mama dekat katil yang paling tinggi..nak naik kena guna tangga tiga anak mata.. jadi pesakit lain yang baring kat katil masing masing pandang mama mendongak ke atas..adeh..

Selepas seketika seorang doktor lelaki menghampiri mama dan meminta izin untuk ambil darah. Mama hulurkan lengan kiri mama dan sekejap itu...AllahuAkhbarrrr...saakitnyaaa...mama terjerit sebab memang sakit gila..rasa macam kena kat tulang...doktor tu pun terkejut dan meminta maaf..lengan mama yang kena cucuk jarum tadi terus bengkak dan lebam on the spot...rasa nak menangis..dahlaa kita sakit lepas tu tangan sakit..whuaa...menitik air mata mak nak.. lepas tu doktor tu minta izin buat kat tangan kanan dan Alhamdulillah tak sakit macam tadi dan doktor tu dapat ambil satu tiup kecil darah mama..untuk cek kat makmal katanya.. dan bermulalah hari mama didatangi cik ponti cantik datang mengambil darah pagi, tengahari, petang dan malam..sakit weii...lebam lebam tangan ni..

Lepas masuk ubat melalui jarum di tangan dan ubat batuk warna hitam pekat..mama rasa demam mama makin teruk..batuk mama makin teruk dan dada terasa sangat gatal..bukan kerongkong dah tapi dada..dalam dada..macam mana nak garu weii.. anak buah tolong sapukan minyak angin tapi masih tidak melegakan.. terima kasihlah kembar sebab jaga mak usu dan mak usu keliru siapa yang jaga moksu entah adik ke kakak..huhu..dialah menjaga mama sepanjang malam hari pertama.. En Hubby kena balik sebab dia kena kerja dan anak anak kat rumah takda sapa nak uruskan..

Sepanjang malam pertama di hospital tidak ada seminit pun dapat melelapkan mata. Bukan tak mengantuk tapi bila nak lelap jer..batuk mama akan menyerang..kung kung kung sepanjang malam hingga sepanjang siang... apa yang menyentuh hati mama ada seorang wanita cina yang menjaga ibunya sakit turut datang membantu mama. Dia urut urut belakang mama dan sapukan minyak angin di belakang mama..begitu juga ada seorang remaja melayu yang menjaga neneknya turut membantu mengurut ngurut mama..sangat tersentuh..rasa macam nak peluk dan cium jer mereka ni..baik sangat..

Lepas ujian darah, doktor sahkan mama kena jangkitan kuman kat paru paru. Ubat yang mereka beri untuk merangsang mama batuk dan keluarkan kahak yang banyak di paru paru. Mereka berikan satu botol kecil dan tiap kali berkahak mama akan isi kat dalam botol tu. Rupa kahak mama bukan macam kahak biasa tapi macam sarang telor katak..berbuih buih putih..bersarak..tapi malu sebab semua perhatikan mama batuk dan berkahak..nampak sangat..nak buat macam mana..tebalkan muka jerlah..yer kita sakitkan..

Ubat bertukar ganti masuk ke mulut dan ke tangan mama. Bantuan oksigen berubat juga diberi sebab katanya mama kena asma juga..azabnya Allah jua yang tahu..Allahu

Selepas 8 hari di dalam wad doktor izinkan mama balik tapi mama sebenarnya belum sembuh betul. Siapa yang tak seronok dapat balik dan tidur kat rumah..dah seminggu mama tak dapat tidur dan harapan mama moga balik ni dapatlah tidur..

Jalan pun masih bertatih dan mama hanya mampu tidur di kerusi malas, Kalau tidur di katil, mama tak boleh baring nanti batuk mama menganggu keamanan dada dan jiwa.. 

Sepanjang berada di rumah, mama amalkan rawatan alternatif, makan ubat kampung dan petua petua orang tua untuk melegakan batuk yang tidak mahu pergi.. selepas dua minggu mama dah boleh masak dan berkemas rumah. Cuma tak boleh lasak sangat..nanti dada sakit dan badan jadi seram sejuk..batuk semakin kurang tapi tetap menganggu tidur mama..

Sebulan kemudian mama diminta untuk mendapat rawatan lanjut kat hospital besar. Buat x ray dan berjumpa doktor. Alhamdulillah paru paru mama kembali bersih dan mama dibekalkan dengan bantuan ubat untuk orang asma tu..tah apa namanya dan dah buang pun sebab mama memang tak menggunakannya.. mama cuma makan ubat untuk asma bila mama rasa dada mama sukar menarik nafas.. ia berlanjutan hampir 1/2 tahun dan mama rasa sihat sepenuhnya..

Apabila mama kembali sihat, ingatkan nak blogging balik tapi blog mama tak boleh bukak.  Mama pon tak tahu kenapa... sesekali cuba lagi..pun macam itu juga..tak boleh log in..akhirnya mama putus asa.. lagipun mama dah guna smartphone kan... asyik berfb jer kadang kadang buka blog orang lain untuk membaca...sampai lupa dengan blog akumama ni..

Hari ini..pada tarikh ini anak mama buka laptop dan guna wifi untuk buka internet..dia kata..mama .. laptop kita dah boleh ditect wifi..(sebelum ini kami guna broadband) boleh buka fb kat sini ..walhal sebelum ini tak boleh pun.. apalagi mama cuba lagi buka blog akumama dan log in .. eh eh.. boleh pulak..lepas itu gian jer tangan ni nak mengetuk kekunci....













SUBHANALLAH..LAMANYA TAK BUKA BLOG NI

Assalamualaikum wbkt semua sayang sayang mama

fuhh.. lama gila tak buka blog ni..macam macam cerita nak kongsi tapi tak dapat nak sign in kat dalam blog akumama ni.  Lebih setahun dah. 

Segalanya bermula bila mama kena serangan paru paru berkuman. Mama tak sihat hampir dua bulan. Duduk kat hospital lebih seminggu...Alhamdulillah .. Allah swt masih panjangkan usia mama..ingatkan nak kena jemput dah.. Allahu

ok.. banyak cerita nak share.. satu satu nanti mama uploadkan okey.. selamat membaca..

Sunday 12 April 2015

KHASIAT HALIA

Assalamualaikum wbkt..

Mama sebenarnya memang suka mengulam..apa sahaja yang dipanggil ulam, pasti mama ulam ulamkan..

Sedari kecil mama dah terbiasa ikut gaya makan mak yang membesarkan mama dengan segala macam sayur kampung...Kalau cerita petai, jering, kerdas bukanlaa sesuatu yang busuk tetapi sesuatu yang enak untuk dihidang kepada keluarga dan tetamu.  Kalau tak ada ulam..macam tak best jerr masa makan..

Bila luar dari ulam bermusim itu, mak mama ada alternative lain, dia dah standby petai jeruk dan jering tanam yang keras kehijauan.  Jadi walau bukan musim petai atau jering..bekalan sentiasa ada.  Huhu..petai jeruk pun marvelous tau...hahaha..., jering tanam pula kena rendam dulu kasi kembang dan lembut balik isi dia..haa ulam laa petai rendam tu dan tanggunglaa baunya yangg...huhu...tapi kat kampung time tu biasa jerr kalau bau bauan ini..cuma semenjak duduk pekan dah jarang nak makan sebab awak sendiri pun dah tak suka bau bauan itu..heheh..

Kalau takda sangat benda nak diulam, barulaa terhegeh hegeh mengulam mangga muda, pucuk ubi rebus, pisang muda, pucuk gajus, pucuk mangga, pucuk betik, pengaga kampung, bawang mentah, uiiiii...cukuplaa tu...kang bertambah pelik pula orang orang pekan kat sini membacanya..hahahaha...

Eh lupalaa pulak tajuk utama kat atas tu kan...khasiat halia.  Disebabkan angin banyak dalam badan, nak buang angin terlebih, mama bergasak mengulam halia..orang kata ulam halia muda..haa lantak..mama ulam halia tua...pedas..ranggup dan sedap...entah apa apalaa selera mama nikan...segalanya sedap...badan tak sihat tapi selera masih mantap woo...tu sebab badan mengebu gebu..hahahaha...gelakkan diri sendiri..

Copy paste jerr..harap memberi manfaat kepada semua...tadaaa....

---------------------------------------------------------------

10 Kelebihan Halia yang Mungkin Kita Tidak Tahu



Halia banyak digunakan dalam masakan melayu. Tak lengkap rasanya kalau bahan ini tiada di dapur kerana kebanyakan masakan berasaskan herba menggunakan Halia.

Tahukah anda Halia juga bermanfaat dari segi kesihatan. Ada 10 kelebihan halia yang mungkin kita sendiri tidak tahu:


ginger

1. Halia Mengekalkan Peredaran Darah Normal. 
Halia mengandungi kromium, magnesium dan zink yang boleh membantu untukmemperbaiki aliran darah, serta membantu mengelakkan kesejukan, demam dan peluh berlebihan.

Lelaki di dalam video di bawah pernah terbaring 2 kali tak boleh bangun sebabTEKANAN DARAH TINGGI. Ikuti pengalaman beliau mengatasi masalah ini.






2. Memulihkan Mabuk dalam Perjalanan
Halia adalah penawar yang diketahui berkesan untuk loya yang dikaitkan dengan mabuk. Sebab yang tepat tidak diketahui, tetapi dalam kajian kadet tentera laut, mabuk laut akan berkurangan apabila diberi serbuk halia.

[Bacaan Lanjut: Peppermint Ginger Shaklee Boleh Bantu Hilang Mabuk]

3. Meningkatkan penyerapan nutrien dalam usus.
Ginger meningkatkan penyerapan dan merangsang nutrien penting dalam badan. Ia terjadi kerana halia meransang rembesan enzim gastrik dan enzimHal ini dengan merangsang perut dan rembesan enzim pankreas yang membantu penyerapan nutrien.

4. Pencegahan Demam dan Selesema. 
Halia telah digunakan beribu-ribu tahun sebagai rawatan semula jadi untuk demam dan selesema di seluruh Asia. Kajian di University of Maryland Medical Center mendapati, untuk merawat demam dan selesema di kalangan orang dewasa, rendam 2 sudu besar halia segar yang dicincang dalam air panas dan diminum dua hingga tiga kali sehari


5. Mengurangkan Ketidakselesaan Perut.
Halia sesuai dalam membantu pencernaan, seterusnya meningkatkan penyerapan makanan dan mengelakkan sakit perut. Halia dapat mengurangkan keradangan seperti juga aspirin dan ibuprofen

6. Mencegah Barah Usus. 
Satu kajian di University of Minnesota mendapati, halia boleh melambatkan pertumbuhan sel-sel kanser kolorektal/ Usus.

7. Mengurangkan kesakitan dan keradangan. 
Halia mengandungi beberapa bahan-bahan anti-radang yang paling mujarab dan merupakan ubat penahan sakit semulajadi yang kuat.

8. Melawan Masalah Pernafasan yang biasa. 
Jika anda mengalami penyakit pernafasan biasa seperti batuk, halia membantu dalam mengembangkan paru-paru anda dan melonggarkan kahak kerana ia adalah ekspektoran semulajadi yang mencairkan dan membuang kahak. Dengan cara ini anda boleh dengan cepat pulih daripada kesukaran bernafas.

Lelaki dalam video di bawah tak perlu membawa inhaler dia ke mana-mana lagi. Asma dan masalah pernafasan beliau dah tak datang lagi. Apa rahsia beliau sehingga nampak begitu sihat dan cergas?


Rawatan Asma Kronik? Inhaler Bukan Kawan Baik Dia Lagi from iReach HD on Vimeo.


9. Rawatan Kanser ovari. 
Serbuk halia mendorong mematikan sel dalam sel-sel kanser ovari.


10. Menguatkan imuniti. 
Halia membantu meningkatkan sistem imun. Pengambilan sedikit halia sedikit sehari boleh membantu mengurangkan risiko strok dengan menghalang lemak melekat pada arteri.

Ia juga mengurangkan jangkitan bakteria dalam perut, dan membantu melegakan batuk dan kegatalan tekak.


11. Mengurangkan Morning Sickness. 
Halia berjaya mengatasi kes morning sickness dan ketidakselesaan perut sebanyak 75 peratus.

http://tipsihatselalu.blogspot.com