Sunday 20 November 2011

TAPAI...JOM TRY

Siapa siapa yang ada diabetis dinasihatkan supaya jangan makan tapai berlebihan..sebab kandungan gula di dalam tapai sangat tinggi..seketul cukup lerr..

Kalau suka nak buat sendiri..mai mama kongsi resepi mama ni haa...takda petua petua..just do it dan jangan lupa awali dengan Bismillah...dan selawat lerr bebanyak di dalam hati sambil doa doa semoga tapai kita tak buat perangai..

Bukan apa teringat semasa kecik kecik dulu mak mama mesti buat tapai time orang dah lena tidor...katanya nak buat tapai diri kena bersih, mulut kena jaga..tak boleh ada anasir anasir mulut jahat menegur atau menyebut perkara perkara yang tidak elok..takut menjejaskan tapai itu nanti...wallahualam

rendam pulut di dalam 1/2 hari...pastu kukus hingga  naik wap...angkat tutup kukusan kemudian kita
tabur air di dalam anggaran 1 cawan.  tutup balik dan kukus hingga masak
angkat dan sejukkan
ragi madu..kecil sebesar duit 20 sen..1 biji untuk 1 kg pulut
ragi size besar ni sesuai untuk 3 kg pulut...tetapi adalah dinasihatkan guna
ragi madu..InsyaAllah

fesyen moden..isi jerr di dalam bekas plastik..

Bahan

Pulut              1 kg
Ragi               1 ketul
Gula               1 sudu
Air                  1 mug

Cara
  1. Sejukkan pulut dahulu..taburkan air sedikit sedikit dan ratakan..habiskan air itu
  2. Hancurkan ragi sehingga halus dan gaul dengan gula
  3. Tabur atas pulut...gaul rata
  4. Isi di dalam bekas...simpan di dalam tupperware besar.  Tutup dan balut dengan kain batik..simpan di tempat hangat..contohnya di bawah katil.  Selepas 24 jam @ 40 jam...sila nikmati tapai buatan sendiri..


No comments:

Post a Comment