Tuesday 1 November 2011

PROJEK MAMA DIMUSIM CUTI SEKOLAH

Assalamualaikum kepada kaum ibu yang akan menghadapi musim cuti sekolah.  Siapa kata musim cuti sekolah tak bererti pada ibu ibu...tersangatlah berertinya terutama kepada ibu ibu yang tidak berkerja sudah tentu musim cuti sekolah adalah waktu yang tersangat sibuk dan terlebih sibuk dari hari hari anak ke sekolah.  

Celik jerr mata..mesti ingat nak buat sarapan apa.  Lepas tu kena kejutkan anak anak..kalau yang straigt bab agama..solat subuh berjemaah itu paling utama....belum bab merengek rengek tak mahu bangun pagi..atas alasan sebab cuti sekolah.  

Pung pang pung pang kat dapur,  sarapan dah siap.  Apa saja yang mudah,  paling senang nasi goreng, cokodok, lempeng, roti dengan marjerin.  Lepas sarapan, berkemas apa yang patut,  seperti kemas tempat tidur, menyapu, mengelap, membasuh baju, menyapu di dalam dan di luar rumah..time ni yang bestnya pula boleh kerah anak anak untuk buat sama sama.

Sedar sedar jam dah tunjuk pukul 11 pagi,  kena masak untuk makan tengahari.  Anak anak yang dah penat kembali lapar.  Ulang balik makan sarapan tadi dan dapur kembali bersepah.  Sambil menyediakan makanan tengahari kemas apa yang perlu.  Anak anak pi suruh mandi dan sekali lagi kena basuh baju.  Nasib baik guna mesin,  masuk air dan sabun..jalan.

Tup tap tup tap jam dah tunjuk pukul 1 30 petang,  terus hidang makanan.  Lari jap pi mandi dan sembahyang zohor.  Kalau hubby ada kat rumah; kami makan sama sama.  Kemas lagi dan time ni mama terlampau letih sangat.  Cik princess yang tua kena tolong cuci pinggan dan kemas kat dapur.

Duduk depan tv dengan anak anak.  Apa anak tengok mama tumpang sekaki.  Time ni remote control kat dia orang..mesti nangis nangis kalau tak bagi.  Habis satu cerita jam dah tunjuk pukul 3 30 petang,  kejap lagi dah pukul 4.  Errmm...nak  buat apa minum petang.  Nak beli kuih..?  tak berbaloi dengan kami yang ramai.  Kuih sekarang kecil kecil,  karipap 3 RM 1.00 tapi size dia besar 3 jari jer..anak mama yang lelaki tu kalau camni sekali ngup jerr.

Errmmm...turun juga ke dapur.  Kembang tepung buat donut, pizza, kuih bom, goreng pisang, cakoi, kuih udang, cokodok pisang, goreng keledek, mee goreng, meehon goreng, kuetiaw goreng, maggi goreng...mana satu resepi..?,  paling mudah biskut kering.  Hari hari biskut kering mana tahan,  kena juga masak apa saja kuih...dah tersenarai dalam kepala,  time shopping beli bahan awal awal dan simpan dalam peti ais,  bila nak buat semua ada dalam stok.

Lepas minum petang,  tender kemas cik cik princess tolong.  Kutip baju kering dan sambil sambil menonton tv,  melipat baju.  Lepas melipat solat asar laa pulak.  Lepas solat asar,  baru laa dapat berehat sebenar benarnya.  Jalan jalan sekejap kat luar rumah ambil angin petang,  borak borak dengan jiran tetangga tetapi aktiviti ni jarang mama buat sebab suka menghadap komputer dari bersembang..suka cari ilmu bukan chatting tau..pastu tambah entri dalam blog.

Maghrib dah masuk,  ajak anak jemaah maghrib sama sama.  Lepas maghrib makan malam sama sama.  Lepas kemas dapur duduk kejap menunggu isyak,  selepas solat isyak duduk bergurau dengan anak anak dan mata tersangatlah berat.  Tidur time....esok kena bangun awal juga walau cuti sekolah.  











No comments:

Post a Comment