Assalamualaikum semua. Salam awal Muharam mama ucapkan...dan syukur alhamdulillah sebab Allah masih panjangkan umur kita; bermakna ada masa lagi untuk kita berubah menjadi lebih baik...dan kumpul saham akhirat banyak banyak.
Esok 10 Muharram..elok berpuasa sunat.
Rasulullah saw menganjurkan agar berpuasa di hari-hari diluar bulan Ramadhan, diantaranya adalah hari asy Syura, sebagaimana diriwayatkan dari Muawiyah bin Abu Sofyan berkata,”Aku mendengar Rasulullah saw bersabda,’Sesungguhnya ini adalah hari asy Syura dan tidaklah diwajibkan terhadap kalian untuk berpuasa (di hari ini). Dan aku saat ini berpuasa maka barangsiapa yang ingin berpuasa (maka berpuasalah) dan barangsiapa yang ingin berbuka (tidak berpuasa) maka berbukalah.” (Muttafaq Alaihi)
Berpuasanya Rasulullah saw pada hari asy Syura adalah disebabkan bahwa Musa as telah berpuasa pada hari itu. Dan hari itu adalah hari diselamatkannya Musa dari Fir’aun. Diriwayatkan dari Ibnu Abbas berkata,”Ketika Nabi saw memasuki kota Madinah beliau saw menyaksikan orang-orang Yahudi berpuasa pada hari asy Syura. Beliau berkata,”Ada apa ini?” mereka menjawab,”Hari baik, di hari ini Allah telah menyelamatkan Musa dan Bani Israil dari musuh-musuh mereka dan Musa berpuasa (di hari ini).” Lalu Nabi saw bersabda,”Aku lebih berhak terhadap Musa daripada kalian.” Maka beliau saw pun berpuasa dan memerintahkan untuk berpuasa.” (Muttafaq Alaihi)
Dari Abu Musa al Asy’ariy berkata,”Hari asy Syura’ diagungkan oleh orang-orang Yahudi dan mereka pun menjadikannya sebagai hari raya. Dan Rasulullah saw bersabda,’Berpuasalah kalian (di hari ini).” (Muttafaq Alahi). (Markaz al Fatwa no. 32561)
Selain petikan di atas..mama nak syer lagi satu info....
Sejarah Hari 'Asyura
10 Muharam – Dinamakan juga hari ‘Asyura’. Merupakan salah satu hari yang sangat bersejarah dalam perkembangan agama Allah.Banyak hal istimewa yang terjadi. Sebab itulah Nabi Muhammad S.A.W menganjurkan umatnya untuk berpuasa pada hari ini.
((Maksud Asyura?))
Asyura berasal drpd perkataan Arab asyara yg bermaksud sepuluh. Ini disebabkan Asyara adalah hari yg ke-1o dlm kalendar Islam iaitu 10 Muharam.
((Peristiwa Besar Yang Berlaku Pada Hari Asyura))
Berikut ini adalah beberapa peristiwa besar yang berlaku pada hari 'Asyura. Sama-sama la kita mengingatinya dan jadikan ia satu iktibar dan pengajaran bahawa Allah Maha Esa dan Maha Agung.
1. Hari pertama Allah menciptakan alam.
2. Hari Pertama Allah menurunkan rahmat.
3. Hari pertama Allah menurunkan hujan.
4. Allah menjadikan 'Arasy.
5. Allah menjadikan Luh Mahfuz.
6. Allah menjadikan Malaikat Jibril.
7. Nabi Adam a.s. dicipta.
8. Diampunkan dosa Nabi Adam a.s. setelah bertahun-tahun memohon keampunan kerana melanggar larangan Allah.
9. Nabi Idris a.s. diangkat darjatnya oleh Allah dan Malaikat Izrail membawanya ke langit.
10. Diselamatkan Nabi Nuh a.s. dan pengikutnya dari banjir besar selama enam bulan dan bahtera baginda selamat berlabuh di puncak pergunungan.
11. Nabi Ibrahim a.s. dilahirkan di kawasan pedalaman dan terselamat dari buruan Raja Namrud.
12. Nabi Ibrahim a.s. diselamatkan Allah dari api Raja Namrud.
13. Nabi Yusuf a.s. dibebaskan dari penjara setelah meringkuk di dalamnya selama tujuh tahun.
14. Nabi Yaakub a.s. telah sembuh buta matanya ketika kepulangan anaknya Yusuf di hari tersebut.
15. Nabi Ayub a.s. disembuhkan dari penyakitnya.
16. Nabi Musa a.s. telah diselamatkan daripada tentera Firaun dan berlakunya kejadian terbelahnya Laut Merah.
17. Allah menurunkan kitab Taurat kepada Nabi Musa a.s..
18. Nabi Yunus a.s. selamat keluar dari perut ikan paus setelah berada di dalamnya selama 40 hari 40 malam.
19. Kesalahan Nabi Daud a.s. diampuni Allah.
20. Nabi Sulaiman a.s. dikurniakan Allah kerajaan yang besar.
21. Nabi Isa a.s. diangkat ke syurga ketika diburu oleh tentera Rom untuk menyalib baginda.
22. Saidina Hussein ibni Ali telah syahid akibat dibunuh dengan kejam di Karbala oleh tentera khalifah Bani Umaiyyah iaitu Khalifah Yazid.
((Perkara sunat dilakukan pada Hari Asyura))
1. Melapangkan masa / belanja anak dan isteri
2. Memuliakan fakir miskin
3. Menahan marah
4. Menunjukkan jalan yang lurus/membetuli orang sesat/orang yang salah(terpesong aqidah(tauhid) dan akhlaknya)
5. Menyapu / mengusap kepala anak yatim(menghormati dan memuliakan mereka)
6. Bersedekah
7. Memelihara kehormatan diri
8. Mandi Sunat dengan lafaz niatnya: "Sahaja aku mandi sunat hari Asyura kerana Allah Taala."
9. Bercelak
10. Membaca Qulhuwallah(Surah Al-Ikhlas) hingga akhir seribu kali
11. Sembahyang sunat empat rakaat dengan lafaz niat: "Sahaja aku sembahyang sunat hari Asyuraempat rakaat kerana Allah Taala. Pada rakaat pertama dan kedua selepas al-Fatihah di bacaQulhuwallah sebelas kali.
12. Menjamu orang berbuka puasa
13. Puasa Sunat Asyura dengan niatnya dibaca Sahaja aku berpuasa esok hari sunat hari Asyura kerana Allah Taala.
Begitulah istimewanya hari Asyura’.
Selamat menyambut Hari 'Asyura dan selamat berpuasa.

Begitulah ceritanya 10 Muharram..tentu hari ini ramai yang pakat pakat buat bubur lambuk atau bubur asy Syura sempena mengingati peristiwa 10 Muharram. Mama baru lepas lelah tolong orang kampung buat bubur lambuk....10 kg beras dapat laa satu periuk besar..seronok juga buat ramai ramai..
bubur satu periuk besar..kena kacau selalu kalau tidak nanti berkerak di bawahnya |
dah siap packing...diagih kepada kariah surau |
ermm...sedapnya. nak resepi..? jom |
Bahan
Beras 3 cawan
Air 7 cawan
Daging 200 grm
Santan 3 cawan dari sebiji kelapa
Perencah sop siam adabi 2 pkt
Bawang Besar 1 biji
Bawang Putih 3 ulas
Halia 2 cm
Daun Bawang, Daun Sop dan Bawang Goreng untuk hiasan
Cara
- Rebus beras dan daging, tunggu hingga beras kembang
- Tumis bawang besar, bawang putih dan halia yang dikisar...masuk ke dalam bubur tadi
- Di ikuti masukkan perencah sop siam..kacau supaya tidak berkerak di dasar periuk
- Setelah cukup kembang, masukkan santan dan garam secukup rasa..tunggu hingga mengelegak
- Hidang dengan daun bawang, daun sop dan bawang goreng..
No comments:
Post a Comment