Assalamualaikum wbkt..
Usai sudah ibadah korban untuk tahun 2013 ini..kepada yang telah melakukannya dengan ikhlas..alhamdulillah..beruntung sesangat sebab banyak imbuhan dari Nya sedang menanti..
Tahun ini mama tak balik kampung seperti selalu. Mama hanya beraya di rumah mama jerr..maklumlaa cuti sehari jerr..esoknya anak anak kena sekolah sebab peperiksaan akhir tahun masih belum selesai, tetapi Encik Hubby kena balik juga sebab dia AJK surau, jadi banyak tugas sedang menanti dan perlu diselesaikan sepanjang majlis korban di adakan.. Usai majlis tersebut, Encik Hubby bergegas balik semula ke rumah kami sebab dia pun dapat cuti hanya sehari jerr..penat sungguh nampaknya..
Anak anak mama kata.."tak best laa raya haji ni..best lagi raya puasa." Bukan mungkin lagi tetapi sebabnya ialah tak dapat berziarah ke rumah saudara mara seperti hari raya puasa, tak dapat colect duit raya, tak dapat makan biskut raya pelbagai jenis, tak dapat bertemu kawan kawan terdiri dari sepupu sepapat yang jauh dan yang dekat..dan banyak lagi perkara "tak dapat"..ianya telah membudaya di dalam masyarakat kita..dan mama tidak terkecuali..bukan lupa tetapi terikut rentak semasa masyarakat sekeliling..
Terkenang kenang semasa arwah mak dan abah mama masih ada, walaupun raya haji..kami tetap menyambutnya seperti hari raya puasa.. Bezanya disambut meriah hanya pada hari raya pertama dan kedua sahaja. Kami tetap berkumpul adik beradik, bersalaman dan bermaaf maafan. Selepas sembahyang raya, kami akan menziarah saudara mara. Ianya menjadi kewajipan yang sukar untuk ditinggalkan..Sepanjang hari menikmati pelbagai hidangan hari raya di rumah saudara mara dan opss..anak anak kecil tetap dapat duit raya walau hari raya haji..masa itu takda laa si pemberi berkira kira ni raya haji..takda duit raya seperti pendapat sekarang..
Ziarah kami dibalas pula oleh saudara mara. Datang bersilih ganti pada petang harinya sampai ke malam..maklumlaa..cuti sehari dua jerr..masing masing mengejar masa yang ada ketika berada di kampung..
Lemang dan rendang satu kemestian disamping tapai sebagai desert yang amat digilai oleh kami sekeluarga. Kuih muih jangan cerita, semuanya ada tetapi terdiri dari jenis kuih lama seperti kuih denderam, dodol, wajik, kuih kering, kuih karas, kerepek dan bahulu dan beberapa jenis lagi yang mama lupa namanya..bukan kat rumah mama jerr..nak dikatakan sekampung begitu adatnya..
No comments:
Post a Comment