Friday, 17 August 2012

UCAPAN SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI 2012

Assalamualaikum wbkt..


Rupanya dah sebulan kita menjalani ibadah puasa..terasa macam baru sehari dua kita melaluinya.  Semoga ibadah kita diterima dan perlakuan berhemah sepanjang ramadan akan berterusan di bulan bulan seterusnya.  Terimakasih Allah kerana telah memanjangkan usia ini untuk melaluinya sekali lagi, semoga diberi lagi kesempatan di tahun tahun yang mendatang..semoga menjadi lebih baik dari sebelum sebelumnya..aamiinnn.

Esok dah raye.. huhu..  Dikesempatan ini ingin mama menyusun jari memohon ampun maaf jika ada terkasar kata hingga merobek jiwa..  Tiada dendam di hati dan saling memaafi adalah amalan terpuji.. semoga Allah memberkati..

Bagi yang nak berjalan jauh merentasi pelbagai lebuhraya dan tol, semoga berhati hati,  biar lambat asal selamat..  Bagi yang tak ingin balik ke kampung halaman setelah ayahbonda tiada, jadikan hari raya sebagai pentas untuk merapatkan siratulrahim sesama adik beradik, mak saudara, bapa saudara, sepupu sepapat dan jiran taulan.  Bertahun tidak menziarah pusara ayahbonda tercinta, kali ini mari pakat anak beranak turun ke pusara untuk menziarah dan menghulur doa dan al Fatihah, semoga doa kita diterima dan roh roh tercinta akan aman dan bahagia di sana..


No comments:

Post a Comment