Thursday, 9 August 2012

BANG NGAH DAN CHIKEN PORK

Assalamualaikum wbkt..

Hari ini dah masuk 3 hari bang ngah "anak lelaki mama" diserang Chiken Pork.  Mentua pesan jangan mandikan dia,  selepas 3 hari baru boleh mandi.  Tetapi semalam mama dah mandikan dia dengan air mandian herba.  Tah apa nama daun yang jiran mama bagi,  kena ramas ramas dalam air mandian.  Seronok betul bang ngah dapat mandi sebab dah 2 hari tak dapat mandi.  Lebar senyumnya sebab badan terasa segar semula selepas kena air.


daun mambu sentiasa dicari jika ada yang menghidap demam Chiken Pork

Mentua kata buatkan bedak beras campur kunyit dengan daun mambu untuk disapu di badan bang ngah.  Tapi mama guna bedak sejuk biasa jer..sebab payah nak mengiling bagai bahan tersebut..kalau kat kampung bolehlaa diusahakan..Tetapi diusahakan juga mencari daun mambu buat alas tidur dan alat untuk menghilangkan gatal gatal badan..dikibas kibas pada tempat gatal..

Bukan nak melawan mentua tetapi dapat satu lagi petua.  Orang yang bagi petua itu bukan orang muda tetapi orang tua juga...apa salahnya mencuba.. Alhamdulillah takda apa apa pula yang pelik terjadi pada anak mama tu..selepas mandi mama sapukan badannya dengan bedak sejuk.  Nak tidur mama sapu kudisnya dengan Calamine Lotion pemberian Doktor Hospital Kerajaan...pastu bagi makan panadol dengan ubat tahan gatal..

Walaupun tak sehat,  mama kagum dengan anak jantan mama yang seorang ini.  Dia tidak merengek atau mengadu kesakitan atau ketidak selesaan yang dihidapinya.  Paling best dia tetap mempertahankan ibadah puasa dia..semoga berkekalan sifatnya itu..aamiinnn..


No comments:

Post a Comment