Thursday, 12 July 2012

LEMPENG CAIR

Assalamualaikum wkt..

Pagi pagi buta dah menepek tepung untuk buat roti tortilla..intikan dengan hotdog, timun dan tomato, perisakan dengan cili sos, mayonis dan cheese.  Suka betul anak anak, satu sarapan, satu lagi buat bekal pergi sekolah..

Terkenang kenang kepada bonda yang telah lama pergi..mak mama rajin buat lempeng cair dan dicicah dengan kuah gulai semalam, time tu manalaa kenal tortilla.  Sebenarnya tortilla adik beradik dengan lempeng gak, bezanya resepi dicipta dari benua yang berbeza, jadi adalah beberapa perbezaan yang tidak dapat dielakkan..

Selain tortilla, lempeng, pancake, saj dan pelbagai nama dan cara..ianya tetap dicipta dari tepung gandum..betul tak..?

Ish melalut pulak..tah hapa hapa..

Meh layan resepi Lempeng Cair versi mama..



Bahan dan Cara

Tepung Gandum          
Air secukupnya untuk mencairkan tepung                           
Garam secukup rasa
Minyak masak sedikit jer 

Gaul semua hingga sebati..adunan biar cair macam kita nak buat kuih ketayap tu..

Panaskan kuali, sapu sedikit minyak.  Bila kuali dah panas, tuang sesenduk tepung dan ratakan dengan mengunakan senduk atau kuali tu digoyang goyangkan supaya tepung merata dan melebar..

Balikkan bila bahagian bawah dah masak, hidangkan dengan kuah gulai, sambal, gula atau susu..suka hati tekak kita..


No comments:

Post a Comment