Sunday, 22 July 2012

KENALKAN ANAK DENGAN NIKMAT BERBUKA

Assalamualaikum wbkt..

Setelah seharian berpuasa, waktu berbuka adalah waktu yang sangat nikmat.  Hanya orang yang berpuasa sahaja tahu akan rupa nikmat itu..selain rasa syukur kerana dapat menyelesaikan puasa seharian dengan penuh dugaan, sebiji kurma mengundang manis di lidah yang pahit dan seteguk air yang menghilangkan kehausan...dan sudah tentu pelbagai makanan telah mengisi perut yang kelaparan..Alhamdulillah..syukur kita kepadaNya kerana telah melimpahkan rezeki yang melimpah ruah walau amalan kita tidak setanding dengan kurniaanNya.

Kita juga akan menghargai nikmat ini takkala memikirkan saudara seislam kita yang kurang bernasib baik di luar sana..tak kiralaa yang di dalam negara atau di luar negara seperti Palestine, Syria dan beberapa negara islam di benua Afrika.  Mereka berdepan dengan tiada tempat tinggal, kesakitan, maut, kekurangan makanan dan air dan tiada makanan untuk dijamah.. Terangkan kepada anak anak tentang nasib saudara seislam mereka di luar sana...InsyaAllah mereka faham.

Subhanallah..sungguh banyak yang kita nikmati di sini..Alhamdulillah..

Bulan puasa adalah bulan tarbiah diri.  Mensyukuri nikmat dan memperbaiki sifat buruk yang sering kita lakukan selama kita melayari hidup di luar bulan Ramadan...sebenarnya bukan diri kita jer nak kena tarbiah..kita kena tarbiah anak anak yang masih kecil juga supaya mereka menghargai nikmat yang mereka terima...sukar nak dijelaskan dengan kata kata tetapi tidak sukar dengan perbuatan..semoga bila menginjak dewasa..segalanya akan menjadi pengajaran dan panduan yang berguna di dalam hidup mereka.  

Diharapkan juga semoga mereka bukan dikalangan makhluk Allah yang tidak berpuasa ketika melewati Ramadan yang mulia.  Dedahkan mereka dengan keseronokan berpuasa..puasa bukanlah satu penyeksaan tetapi adalah satu nikmat kurniaan Allah swt tanpa kita sedari..

Umpamanya ketika waktu berbuka...masa inilah kita nak didik anak anak yang masih kecil akan nikmat berbuka puasa...Seharusnya anak anak yang tidak berpuasa jangan dibenarkan menikmati sebarang makanan yang kita hidangkan untuk berbuka nanti.  Bukan kejam atau menghukum..adalah lebih baik kita ajak mereka sama sama meraikan waktu berbuka..hanya boleh makan ketika waktu berbuka tiba.  

Selain melatih anak ini menghormati keluarga yang sedang berpuasa, timbul rasa adil dan saksama di jiwa adik beradik yang lain..InsyaAllah anak yang tidak berpuasa akan merasa seronok apabila mereka dapat menikmati hidangan berbuka bersama keluarga..  Penghargaan sebegini akan menarik minat mereka untuk sama sama berpuasa di hari hari yang mendatang...









No comments:

Post a Comment