Sunday 5 October 2014

TERIMA KASIH BEN AFFLECK

Assalamualaikum wbkt..

Kita dipandang serong oleh orang bukan islam dari seluruh dunia, termasuklaa negara kita sendiri.  Ini terjadi kerana kurangnya kefahaman tentang agama Islam yang sebenar benarnya.  Mereka hanya menelan bulat bulat setiap kata kata negetif yang dijaja oleh puak puak pendengki agama Allah swt tanpa usul periksa... paling ketara puak kulit putih yang datang dari benua besar tu laa..meka kan sekutu yahudi..

Tetapi walau macam mana busuk cerita yang mereka jaja, Islam semakin berkembang di sana.. Subhanallah...  Sekurang kurangnya ramai yang telah membuka mata untuk mengenal apa itu islam yang sebenarnya..

Terharu apabila mendengar khabar Ben Affleck, pelakon yang terkenal dari Hollywood begitu bersungguh sungguh mempertahankan Islam, ketika sesi temubual tentang filem terbarunya bertajuk Gone Girl di sebuah stesen tv di negaranya. 



Temubual untuk promosi filem bertukar menjadi perbahasan panas antara panel.  Ia gara-gara kenyataan seorang tetamu rancangan yang dihoskan oleh Bill Maher. Tetamu tersebut ialah Sam Harris yang tiba-tiba mengkritik Islam dengan merujuk kepada cara Islam melayan kaum wanita, golongan homoseksual dan mereka yang tiada agama yang beliau sifatkan telah sebagai tidak dapat diterima akal.


Ben Affleck yang jelas kelihatan hilang sabar dan marah terhadap Harris yang juga seorang penulis pantas menangkis tanggapan tersebut. 


“(Pandangan) anda menjijikan, ia (bersifat) perkauman,

“Ia seperti berkata, ‘Oh, anda seorang Yahudi penipu,’” kata pelakon itu lagi.

Reaksi Affleck itu dibalas dengan dengan beberapa lagi ungkapan menghina Islam oleh Harris dan ditambah lagi dengan kenyataan ‘nasi tambah’ pengacara rancangan Bill Maher yang cuba menyamakan Islam dengan kumpulan samseng Mafia sambil disulami dengan perkataan-perkataan mencarut.


Mungkin tidak tahan dengan sikap angkuh kedua-dua mereka, Affleck melontar persoalan “Apa penyelesaiannya? Hanya salahkan (agama) Islam?” soal Affleck.

“Kita membunuh lebih ramai orang Islam daripada mereka (umat Islam) membunuh kita, dengan jumlah yang cukup banyak. Kita telah menceroboh lebih banyak negara Islam daripada mereka menceroboh kita, cukup banyak. Tetapi kita masih dikecualikan daripada perkara ini kerana mereka tidak menggambarkan apa yang kita percaya. (Dengan nada sinis) Kita lakukan secara tidak sengaja, kerana itu kita menceroboh Iraq.”

Dua lagi anggota panel rancangan itu dari anggota Parti Republikan Michael Steele dan wartawan Nicholas Kristof pada sepanjang masa tidak campur tangan.

Namun Kristof ada ketikanya menyokong Affleck dengan mempersoalkan pandangan Harris yang beliau sifatkan sebagai tidak sepatutnya.


Sumber : Astro Awani
            : Terbakor. Com















No comments:

Post a Comment