Friday 19 September 2014

MUDAHNYA BERSEDEKAH

Assalamualaikum wbkt..

Perihal sedekah lagi.  Kadang kadang kita terkedekut untuk mengeluarkan wang ringgit untuk bersedekah kepada orang yang lagi susah daripada kita.  Terutama bila tengah bulan atau hujung bulan..yerr..takk..

Janganlah kita sempitkan fikiran kita dengan memikirkan takkala ada duit baru boleh bersedekah..sebenarnya sedekah ada pelbagai cara..senyum pun satu sedekah..tapi orang pompuan hati hati yerr..senyum kau orang boleh bawa dosa kepada yang memberi dan yang menerima jika tak kena cara dan niatnya..jadi lemparkanlah senyuman menawan tanpa sebab itu kepada ahli keluarga dan sesama wanita jerr..besar pahalanya..heheh..

Kalau jumpa sesuatu di jalanan yang boleh mencederakan atau menyusahkan perjalanan orang lain, ada usaha untuk membersih atau mengalihkannya juga adalah satu sedekah...gerenti dapat pahala juga..

Ehh..banyak lagi..seingat mama, mama ada juga mengingatkan dalam salah satu artikel mama, tapi lupa kat mana tah..tajuknya pun lupa..kalau kita selalu pergi sembahyang di surau awam seperti di pasaraya, di bas stand, di masjid atau di surau, atau di mana mana seumpamanya...jangan kedekut untuk sama sama menjaga kebersihan surau.  Susun susunlaa sejadah dan telekung yang bersepah, kutip kutiplah telekung yang kotor tu bawa balik dan cuci bersih, lepas tu jangan lupa pulangkan balik.  Lagi satu..masa nak angkut balik telekung itu, jangan lupa tinggalkan telekung gantinya yerr..sayang adik, kakak, ibu ibu yang tolong bersihkan telekung tu..selesa sikit saudara kita nak bersolat..takda laa bau bacin menyengat..

Selain dari itu..mama just share jerr..share is caring katenye...


KREATIF BERSEDEKAH :

1. Beli minyak wangi, tasbih, sejadah atau al-quran dan letakkan di masjid, surau atau musolla di pasaraya atau di R & R. Pasti akan ada orang yang akan menggunakannya.

2. Belilah beberapa buah kerusi lipat yang berkualiti, dan letakkan d dalam masjid. Supaya dapat digunakan orang yg memerlukannya.


3. Beli makanan khas untuk burung-burung ada dijual di kedat pets. Letakkan pada bekas yang khas dan gantung di pokok bunga. Anda akan seronok melihat burung warna-warni berkicau riang tanda bersyukur.

4. Setiap kali gaji keluar sediakan peruntukan khas untuk d sumbangkan sedikit kpd anak yatim atau fakir miskin. Atau simpan untuk dimasukkan ke dalam tabung masjid pada hari Jumaat nanti.

5. Maaf... sambil anda duduk mencangkung di tandas awam seperti di stesyen minyak, apa salahnya anda ambil hos getah pancutkan air bersihkan lantai tandas tersebut.

6. Lepas makan, basuh pinggan sendiri. Kalau ada pinggan mangkuk yang kotor dan tidak di basuh oleh room mate basuhkan sajalah tanpa banyak merungut.

7. Berhenti di simpang yang tiada lampu isyarat, berilah orang lain jalan dahulu. Jika kita memandu di sebelah lorong kanan dan ada kenderaan dari arah belakang memberi isyarat untuk memotong kita, beri sajalah sebab mungkin dia dalam keadaan kecemasan atau tergesa-gesa sakit perut nak terbuang air besar @ nak terkucil ke...

8. Sambil duduk-duduk di atas karpet masjid atau surau ketika mendengar kuliah atau tazkirah, carilah sampah-sampah kecil seperti benang stokin orang, batu-batu kecil dan seumpamanya masukkan dalam poket anda sementara. Kemudian buang dalam tong sampah bila kita keluar masjid atau surau tersebut.

9. Susun selipar atau kasut orang yang pergi ke masjid atau surau siap sedia menghala ke arah jalan. Supaya memudahkan orang untuk memakainya tanpa perlu memusingkan badannya seperti selalu.

10. Sebarkan seberapa banyak kedalam group dari pelbagai media sosial yang kita ada link padanya. Kerana usaha anda tersebut akan diteruskan pula oleh orang lain begitul ah seterusnya sehingga setiap kali orang membacanya anda akan juga dapat saham akhiratnya.

InsyaAllah.

No comments:

Post a Comment