Saturday 13 September 2014

BUAH CERI DAN KHASIATNYA

Assalamualaikum wbkt..

Kenal tak buah ceri... bukan ceri yang selalu letak atas kek tu tapi buah ceri hutan yang terdapat kat Malaysia nii.. masih tak kenal..haa ini gambar dia..


Rupanya seakan buah ceri yang biasa kita lihat, tapi lain sangat dari segi rasa dan isi.  Isi dia penuh dengan biji halus tetapi manis gila. Hijau menandakan masih muda, bila merah baru boleh makan, lagi merah lagi manis rasanya.


Buah ini kurang popular dikalangan manusia sebab selalunya dimakan oleh burung dan kelawar jerr...alasan tak nak makan sebab tak nak jadi burung ngan kelawar..heheh..

Tapi mama tak peduli, nak jadi burung kerr..kelawar kerr..selagi boleh makan..cuba laa..sedap makan banyak..tak sedap makan sikit.. makan laa kau burung.. 

Tapi sedap gak..jadi dekat segenggam ku baham...kuang kuang kuang.. al maklumlaa pokoknya kat depan rumah jerr.. tak tanam, tapi Allah swt bagi jerr..jangan tolak rezeki..jadi share ngan burung..bolehkan burung burung..

Pokok dia tak payah tanam tanam.  Tak payah nak jaga, nak siram atau nak baja.  Dek suburnya bumi Allah swt ini, bila burung burung yang makan ceri mengeluarkan najis, biji halus ceri tadi tak terhadam dek perut burung, jadi buah tu membenih dengan sihat bila jatuh ke tanah.  Pokok itu akan hidup di mana mana sahaja selagi tiada siapa yang memusnahkan pokoknya.

Ini pulak rupa pokok dia.. Sangat besar, tinggi, rendang dan meneduhkan sesuatu kawasan tempat dia hidup. Dahannya kecil , panjang dan berdaun kecil. Setiap dahan melentuk ke arah bumi.  Berbuah sepanjang tahun dan tersuruk di balik daun.. 


Jangan kata takda khasiat.  Rupanya banyak khasiat yang terdapat pada buah ceri ini..antaranya..

Pada setiap 100 grm buah ceri terdapat;

Air (77,8 g)
Protein (0,324 g)
Lemak (1,56 g)
Serat (4,6 g)
Kalsium (124,6 mg)
Fosfor (84,0 mg)
Zat besi (1,18 mg)
Karotin (0,019 mg)
Vitamin B1 (Tiamin) (0,065 mg)
Riboflavin (0,037 mg)
Niacin (0,554 mg)
Vitamin C (Ascorbic Acid atau antioksidan) (80,5 mg)

Selain dari itu bertindak sebagai antiseptik atau antibakteria. 

Antispasmodik (kejang pada saluran cerna yang mungkin disebabkan diare, gastritis)

Meringankan sakit kepala


Meringankan gejala awal flu dan pilek

Anti diabetes

Anti inflamasi (anti peradangan)


Ada jiran mama mengatakan daun ceri juga sangat bagus untuk pengidap diabetes. Caranya dengan merebus daun ceri sebanyak tujuh helai dengan air biasa, dan minum seminggu sekali..boleh turunkan paras gula dalam darah.. mama tak cuba lagi sebab mama takda penyakit tu..

Di perbagai negara buah ceri dikenali dengan pelbagai nama, di Indonesia dikenali sebagai buah kersen, capolin, palman, puan (Mexico), capulin blanco (Guatemala dan Costa Rica), capulin de comer (El Salvador), takop farang atau ta kob farang (Thailand), kakhop (Kamboja), cay trung ca (Vietnam), Jamaican cherry, Panama berry, Singapore cherry (Inggris), Chinese cherry atau Japanese cherry (India).

Semoga memberi manfaat..daa






8 comments:

  1. buahnya sedap...pokok senang hidup
    khasiat byk....dan byk org x tau,haha
    anugerah Allah....alhamdulillah

    ReplyDelete
  2. baik untuk pesakit cancer darah

    ReplyDelete
  3. Terbaik untuk penyakit diabetis, penyakit kulit.

    ReplyDelete
  4. Tak laqat nak sapu daun luquh

    ReplyDelete
  5. Uii..ni buah yg selalu duk makan lepas habis waktu sekolah,masa sekolah rendah,ada sepokok pokok ceri ni depan pagar sekolah,sedapp😍😍😋,rindunya amsa dulu2..

    ReplyDelete
  6. Assalamualaikum salam sejahtera warga group📢
    💐 Sy nk mintak tolong viralkan berita baik ni ye📢😉

    1) Ni berkenaan kisah hidup pesakit lutut kronik dan masalah saraf sendi2 dan juga kisah hidup pesakit kanser stage 1 sampai stage 4, pesakit gout kronik dan juga produk yg berpatutan harga nya tapi kesannya setanding ubat harga mahal ribuan ringgit.

    2)Dah ramai yg sembuh dengan penawar herba beliau. Kanser yg sudah merebak ke organ-organ lain pun boleh diubati insya Allah.☺👍🏻

    3)Pengamal perubatan herba ni dah banyak pengalaman berdepan dengan pesakit2 kanser,sakit saraf,sakit lutut dan gout. Ramai yg dh pulih.

    4)Mcm2 kanser blh rawat termasuk leukimia,paru2,limfoma dll.

    5) Puan Rasmani Binti Md Noh psakit lutut kronik yg terpaksa jalan mengesot esot atas lantai dan klau cuba berjalan secara berdiri boleh dengar lutut berbunyi bunyi tulang yg sangat sakit. Hendak masak terpaksa gunakan kerusi sebab xmampu berdiri lama2 dan lepas 6 hari minum dah mampu berjalan lancar dan saraf kaki dah tak tegang dah. Mampu masak berdiri semula. Kesan sangat cepat baru 6 hari minum.

    6) Sepanjang sy kenal ramai pesakit, antara dikalangan kawan-kawan sy juga, pesakit gout pun boleh sembuh dgn cepat , abang sy sendiri minum untuk gout, kalau dlu die bergantung kepada ubat klinik ,sekarang dh sembuh dn gout susah nak dtg dah walau kadang kala ada makan seafood.

    Sy share melalui pengalaman sy sendiri yg mengikuti perkembangan pejuang2 kanser ni....sy sendiri pun guna produk die (jus herba) dah 5tahun setia walaupun sembuh terus juga minum sebagai supplement.

    Jadi skg ni sy rsa perlu share berita ni buat semua supaya masih ade harapan bg mereka yg tercari2 penawar kanser yg tepat .💪🏼

    ▪Adik Luqman -kanser GIST-Anoerectal Tumor
    Skg sudah sembuh dari kanser.
    ..........................................................................
    ▪️Pn. Hayati Abd Hamid- Pensyarah Kanan UITM, kanser payudara stage 4.
    Skg dh sembuh dn shat walau pon pernah diberitahu oleh doktor yang beliau hanya mampu bertahan 1 tahun saja untuk hidup. Beliau setia dengan jus herba ini selama lebih 6tahun.
    Beliau mengarang sebuah naskah/buku yg mengisahkn pengalaman beliau sepanjang perjuangannya melawan kanser dengan mengambil jus herba ini sebagai salah satu rawatan alternatif (nk buku nti blh order)
    Terkini (2020): Beliau pernah ditemuramah dlm rancangan Selamat Pagi Malaysia di Tv1 menceritakan tentang perjuangan beliau menempuh kanser dari tahap 4 hinggalah sembuh.
    ………………………………………………………………………....
    ▪Adik Izzat b.muhd Ariffin ,kanser Burkit Lymphoma stage 4 sekarang dh sembuh
    Guru nya memberitahu beliau x pernah nampak seperti pengidap kanser tahap 4, kerana sentiasa nampak cergas dengan pengambilan jus yang memberi tenaga dan merawat.Beliau mengambil jus herba ini dr kanser tahap 4 sehingga sembuh.
    ..........................................................................
    ▪Puan Musriharni pesakit asma kronik sejak kecil yang terpaksa menggunakan healer setiap hari. Beliau juga pesakit (GERD) yang menyebabkan berangin satu badan sehingga terasa ke pinggang. Perut membuncit dan mengeras kerana terlampau banyak angin sampai sesak nafas dan anxiety akibat nya menggigil dan seram sejuk.
    Sekarang kesihatan Alhamdulilah semakin baik, gastrik dan anxiety dah takde dan asma pun tak perlu guna healer lagi. Paru2 dah elok semula.
    ..........................................................................
    ▪Puan Rohana Binti Ismail seorang yang cergas dan aktif dalam mendaki gunung termasuk gunung Kinabalu dan lain2 gunung di Malaysia tapi sejak sakit bengkak lutut, segala aktiviti lasak terpaksa dilupakan sehingga nk turun tangga di ofis pun terpaksa turun bagaikan ketam turun tangga sebab lutut bengkak. Setelah minum jus ini, dalam masa 1 minggu saja kaki beliau dah semakin sembuh semula. Bengkak dah surut dan dlm msa 2 mingu saja mampu berjoging kembali, naik bukit dlm 8km jauh nya dah tak sakit2 dah lutut.
    ..........................................................................

    Call order wasap@call- En Mohd Zuhairi 017-4687570

    ReplyDelete