Thursday, 5 April 2012

PERGI MENINGGALKAN PESAN

Assalamualaikum wbkt..


Pasti ramai yang dah tahu tentang seorang gadis yang  telah dijemput oleh Allah swt tanpa sempat membetulkan keadaan.  Ibu yang ditinggalkan didatangi arwah di dalam mimpi dan mengesankan perasaan ibu.  Si ibu meminta supaya akaun fb anaknya ditutup supaya tidak lagi tersiar gambar gambarnya yang mendedahkan aurat.  Kita yang masih hidup seharusnya tidak bongkak dan bersyukurlah kerana Allah swt masih memberi kesempatan untuk kita membetulkan apa yang tidak patut kita lakukan ketika masih hidup..

Janganlah kita keluar perkataan angkuh "laki aku tak heran pun..makbapak aku tak heran pun..kau orang kecoh kecoh pasal..?,  kubur lain lain..sendiri tanggung laa"  Ingatlah..tiada siapa yang dapat membantu kita kat sana,  kecuali 3 perkara..ilmu, amal dan anak yang soleh.

Fb bukan laman untuk kita mendedahkan aurat,  bukan juga laman untuk kita menipu, menunjuk nunjuk, menfitnah dan mengeluh dengan ketentuan dan ujian Allah swt..gunakan laman fb sebaik mungkin tanpa mengundang dosa...InsyaAllah..aaminnn

Al Fatihah untuk arwah,  semoga Allah mengampuni dosanya dan dosa kita dan semoga rohnya tenang di sana dan berada dikalangan roh mukmin yang sejati..aaminn..



p.s...

Jangan mendedah aurat di fb.
Jika berlaku kematian pada ahli keluarga tak payah guna hacker,  gunakan Facebook berikan bukti kematian dan mereka akan padamkan..sila terus ke alamat di bawah  

4 comments:

  1. salam, bolehkan kakak sahkan berita yang kakak sampaikan itu... mana tau.. itu pun fitnah jugak.

    mencampur aduk fitnah dan kebajikan.. seperti membina masjid di atas kayangan... seolah-olah indah tapi sepenarnya khayalan sahaja.

    dalam sibuk berdakwah, tapi dalam masa yang sama menyampaikan khabar angin...

    maaf kan saya kakak, saya menulis secara umum sahaja, tidak bermaksud menkritik kakak. saya sangat berbesar hati jika kakak menyampaikan pandangan peribadi kakak sendiri supaya kita boleh terus berbincang tanpa menyalahkan sesiapa dan tidak menggunakan bukti-bukti yang tidak disahihkan.

    akhir kata, salam hormat dari saya untuk kakak, semoga detik ini adalah yang bermakna kepada kita berdua.

    sekian.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terimakasih Blogjuga. Dah singgah blog awak..kenapa kosong jerr..macammana nak buka agaknya yer..

      Info di atas akak dapat melalui rakan rakan Facebook jerr. Mungkin cemas dan terpanggil untuk mengubah apa yang tak patut kita lakukan kat laman FB...tentang kesahihannya akak pun masih mencari kepastian..tetapi takda pula tampil memberi komen

      Delete
    2. Terimakasih Blogjuga. Dah singgah blog awak..kenapa kosong jerr..macammana nak buka agaknya yer..

      Info di atas akak dapat melalui rakan rakan Facebook jerr. Mungkin cemas dan terpanggil untuk mengubah apa yang tak patut kita lakukan kat laman FB...tentang kesahihannya akak pun masih mencari kepastian..tetapi takda pula tampil memberi komen

      Delete
    3. di dalam satu halaman blog ada yang menyiarkan wajah arwah dan halaman Facebook beliau. Di halaman tersebut pembaca diminta membantu menghantar message ke pihak facebook untuk menutup laman fb beliau..dahulu memang ada tetapi sekarang bila di klik..tiada respon bermakna laman fb itu telah didelete..

      untuk menghormati semua pihak, saya akan memadam beberapa maklumat di atas..

      Delete