inilaa masjid negeri yang menerima kehadiran tetamu istimewa malam tadi |
Assalamualaikum wbkt..
Ingatkan tak dapat pergi..sebab hubby busy sesangat. Tepat 6 petang hubby yang baru balik dari kenduri berkampung, menyuruh mama bersiap untuk pergi ke majlis ini.
Melompat mama pergi mandi dan bersiap secepat mungkin, maklum laa majlis tu bermula pada pukul 6 petang, maknanya kami terlambat..takpa..janji dapat pergi.
Diringi oleh jiran terdekat, kami berempat pergi ke destinasi yang ingin dituju. Alhamdulillah perjalanan berjalan lancar dan kami tiba di kawasan masjid lebih kurang pukul 6 45 petang. Alamak!, parking tersangat laa susah. Sekeliling kawasan masjid telah dipenuhi kereta kepada insan insan yang sampai awal, puas pusing keliling dan tiba di satu simpang. Anak sekolah yang jaga lalulintas "patutnya polis kena bertugas", pun tak dapat nak kata apa, belakang kami masih berduyun duyun lagi yang belum dapat parking.
Hubby minta parking kat satu kawasan kosong. Adik tu kata.."ini untuk VIP, ramai lagi VIP belum sampai"..mama pun mencelah.."aduhai dik..kat akhirat besok Allah tak kira VIP ke tidak". Tiba tiba adik tu kata.."depan sikit bang", hubby pun gerakkan kereta ke depan menghampiri belakang kereta di simpang tersebut. Lepas tu hubby dan Bang Din (suami Kak Tom) suruh mama dengan Kak Tom "jiran mama" pergi dulu. Bergegaslaa kami pergi dulu, maklumlaa dah dekat pukul 7, makna maghrib kejap lagi nak masuk.
Kira pertama kali laa mama jejakkan kaki ke sini. Seronok dan berbunga bunga rasa hati. Naik tingkat tiga, tempat jemaah wanita. "Alamak!..mana nak duduk..koridor dah dipenuhi jemaah wanita, tetapi kami terus jalan dan dua blog ke depan dan ada kawasan lapang. Tapi takda tikar, kami duduk jer kat situ. Bentang towel buat alas sejadah. Di kawasan dalam dah penuh, kelihatan jemaah wanita terintai intai ke bawah. Agaknya nak tengok rupa Al Habib laa tu, bisik hati mama. Untuk sedapkan hati mama kata.."tak dapat tengok rupa, dengar suarapun jadi laa. Bukannya senang nak lihat, nak mendengar suara dan rupa anak cucu cicit Rasulullah saw kan..kira dapat dengar dan alright laa tu..heheh.
Sambil menunggu waktu maghrib masuk, kedengaran seorang insan memberi ceramah. Mungkin ceramah itu dah bermula awal, cuma mama dapat dengar tang hujung hujung jer. Rasanya macam Syaikh Nuruddin Al Banjari, sebab ada sleng Indonesia. Diikuti dengan alunan bacaan al Quran, sebentar kemudian azan maghrib berkumandang. Selepas menunaikan solat maghrib "berimamkan Syaikh Nuruddin Al Banjari, solat diakhiri dengan zikir dan doa. Kemudian majlis diteruskan dengan Selawat dan Qasidah tetapi mama tidak tahu dari mana. Tersangatlah merdu dan meriah sekali.
Syaikh Nuruddin Al Banjari |
Ada seorang ibu (kesian kot tengok kita orang solat kat atas simen jerr..tapi kami tak kesahpun sebenarnya) bisik kat mama. "Kat dalam belah hujung ada kosong, pergi laa kat situ, muat untuk dua tiga orang lagi, makcik pakai kerusi.. tu solat kat luar ni haa". Mama mengangguk tanda terimakasih di atas info itu.
Akhirnya bergeraklaa mama ke sana dan Alhamdulillah, dekat sangat dengan bahagian mimbar, bermakna dapat laa tengok Hamba Allah itu dari dekat. Mama dan Kak Tom pun mengintai (dinding kayu yang berlubang lubang dan takat dada jer tingginya, jadi dapatlaa nak skodeng ke bawah). Pada mula mama nampak kelibat kumpulan marhaban tu..erk!, macam kenal sesetengah daripada mereka. Kumpulan Ruffage rupanya, bukan main lawa mereka berjubah dan berserban, dah macam budak budak tahfiz mama tengok.
cilok gambar dari Ustaz Nor Azman "Lobai Kampung", Habib Umar di Darussaadah, Rahang pertemuan tertutup bersama asatizah Negeri Sembilan |
Bila memandang ke arah mimbar terpandang kelibat insan yang ingin sangat mama lihat dari dekat. Haa...tu dia, Al Habib Umar bin Hafiz sedang duduk bersebelahan dengan Syaikh Nuruddin Al Banjari. Tengah dok sekodeng, Al Habib memandang ke arah kami, berderau darah mama, cepat cepat pergi duduk balik, takut pulak weih..Tapi tetap puas hati bila dapat tengok dari dekat, jarak tak sampai 2 biji rumah itu dapat mama amati orangnya yang memiliki janggut berinai, kulit tak gelap dan tidak pula cerah dan sedikit berisi...
Al Habib Umar bin Hafiz |
Setelah selesai selawat dan marhaban, bermulalah sesi ceramah dari beliau. Beliau mengunakan bahasa syurga tetapi diterjemahkan semula oleh Syaikh Nuruddin Al Banjari. Ceramahnya berkenaan umat islam di zaman Rasulullah saw. Usai ucapan beliau mengetuai selawat, sangat bersemangat.
Mama kecewa sedikit sebab terjemahan ucapan oleh Syaikh Nuruddin tidak jelas kerana sistem audionya tidak berapa jelas jadi messagenya tidak sampai ke telinga. Tetapi hati sedikit terubat apabila semasa solat isyak beliau telah mengimamkan kami dan mendoakan khusus buat kami dan kita amnya...aaminn di atas doa doanya dan terimakasih yang tidak terhingga dari kami semua.
Tahniah kepada pihak pengurusan Masjid kerana berjaya mengendalikan Majlis Malam Ihya' Mahabbah Rasulullah s.a.w di Masjid Negeri dengan jayanya. Alhamdulillah.
sebahagian dari jemaah..tersangat ramai, rasa mama lebih seribu orang. Mama mengintai kat patititon tingkat atas tapi belah kiri..tak kelihatan kat gambar ni (gambar ihsan blog Hakimi Hj. Md Said) baru update 24/4/12. |
Mama kecewa sedikit sebab terjemahan ucapan oleh Syaikh Nuruddin tidak jelas kerana sistem audionya tidak berapa jelas jadi messagenya tidak sampai ke telinga. Tetapi hati sedikit terubat apabila semasa solat isyak beliau telah mengimamkan kami dan mendoakan khusus buat kami dan kita amnya...aaminn di atas doa doanya dan terimakasih yang tidak terhingga dari kami semua.
Tahniah kepada pihak pengurusan Masjid kerana berjaya mengendalikan Majlis Malam Ihya' Mahabbah Rasulullah s.a.w di Masjid Negeri dengan jayanya. Alhamdulillah.
Selawat dan Salam atas Junjungan kita Nabi Muhammad saw dan pada Ahli Keluarga dan para Sahabatnya sekalian.
No comments:
Post a Comment