Masih tak terlewat rasanya menceritakan tentang lagu Aku Anak Kampung yang dinyanyikan oleh Kumpulan Zero di dalam rancangan Raja Lawak 6 yang lalu. Anak muda Sabah ini telah memperkenalkan lagu ini kepada kita dan sedap pula ditelinga apabila diulang nyanyi oleh Johan dan Zizan.
kumpulan zero |
tengah nyanyi lagu aku anak kampung |
Anak anak mama juga asyik menyanyikan lagu ini walaupun lirik main taram jer..ingatkan Kumpulan Zero yang cipta, rupa rupanya lagu ini ada pemilik yang asal. Nama penyanyi dia Jimmy Palikat dan lirik asal ialah dari bahasa dusun..kat youtube ada video dia..
jimmy palikat |
Lirik di dalam versi Bahasa Malaysia
Memang aku ini anak orang miskin
Tiada apa-apa yang dapatku berikan
Engkau memang cantik memang tidak padan
Dan tidak sepadan
Aku anak kampung tiada pelajaran
Kuli kuli sahaja memang tidak padan
Cantik ba kau itu banyak yg tergoda
Lagi orang kaya
Chorus
Tiada keretaku bawa kau jalan-jalan
Rumahku pun tiada ada pun bapa punya
Apalagi belanja mahu bayar berian
Kahwin sama kamu
Bukannya ku tidak suka sama kamu
Tapi aku takut hidup kau kan sengsara
Kerna aku cinta
Aku lepaskan kau
sama orang lain
Engkau masih muda cantik lagi menawan
Janganlah kau cari lelaki macam saya
Engkau memang cantik
Nanti kau menyesal tiada guna
(ulang Chorus)
p/s..bang ngah lepas ni kena nyanyi ikut lirik ni..
best bah lagu ini!!!
ReplyDeletetiada keretaku bawa kau jln jln ..
tu laa pasal..penangan kumpulan Zero laa ni..anak anak akak suka betul dengan lagu ni tapi main taram jer lirik dia..
Delete