Omputeh yang panggil Omelette tapi kita Melayu biasanya panggil Dadar..apapun namanya tanpa telor tak jadi laa meka nii..
Selain beza nama, rupa rupanya cara makan pun tak sama, kita makan dengan nasi tapi omputeh makan gitu gitu jerr..sebagai sarapan atau late supper dia orang, kadang kadang dihidang bila kala tersangat lapar dan tiada masa nak masak. Itu sebabnya dadar atau omelette mereka agak tebal dan mewah..tak caya tengok gambar kat bawah ni..
hidangan yang sangat berkhasiat bila ditambah dengan sayur dan keju |
apa sahaja boleh disumbat asal sedap, kenyang dan berkhasiat |
sangat berwarna warni.. |
jangan tak tau..tauge pun boleh join omelette |
mama paling suka omelette yang dibungkus begini..misteri |
dadar yang dah biasa kita lihat sejak kecil..bawang ngan cili jerr |
Sebenarnya senang jerr nak buat Omelette, di sini mama beri resepi asas omelette Tiara Beach Resort ..simple dan sedap
Bahan
Telor 5 biji
Bawang 1/2 biji cincang
Bawang Puteh 1 ulas cincang
Cili Bengala Merah 1/2 potong kiub kecil kecil
Cili Bengala Hijau 1/2 potong kiub kecil kecil
Daun Bawang @ Sop Setangkai dihiris halus
Lada Sulah Sedikit jerr
Cara
- Pukul telor hingga kembang. Masukkan sedikit lada sulah.
- Masuk semua sayuran tadi kecuali daun bawang dan sop
- Kacau rata dan ambil senduk dan sukat satu senduk untuk satu omelette
- Goreng guna api perlahan, guna garfu untuk menganggu telor dibahagian tengah supaya berketul ketika proses memasak, akan menghasilkan bentuk bulat di tengah, kembang dan gebu
- Lipat guna kreativiti anda..hias atas dia dengan daun bawang dan daun sop
- Makan dengan cili sos, boleh tambah hirisan tomato, timun atau apa sahaja
No comments:
Post a Comment