Monday, 26 March 2012

IBU JUGA PENDAKWAH

Apabila lahir sahaja anak dari lorong rahim,  wanita itu sebenarnya telah diangkat menjadi seorang pendakwah di dalam keluarga.  Apa itu pendakwah..? Pendakwah sebenarnya bermaksud orang yang menyampaikan berita atau perkara yang betul berkaitan dengan agama yang dianuti.  Selain menyampai mereka juga bertanggungjawab menunjuk ajar dan menjadi contoh kepada orang orang yang mereka ingin dakwahkan.  Jangan kita salah faham,  sebenarnya nak jadi pendakwah di dalam keluarga ,  kita tidak memerlukan sijil sekolah atau ijazah dari mana mana institut pengajian tinggi.  

Apa yang penting adalah pengetahuan asas sebagai seorang islam seperti rukun islam, rukun iman, bab solat dan wuduk, puasa, sejarah islam paling tidak kisah Nabi Adam as dan 25 Rasul, bersuci dan sebagainya adalah ilmu asas yang kita dapat semasa di rumah (tanpa disedari ibu adalah pendakwah kita selama ini) dan selebihnya di alam persekolahan..jadi jangan ditinggal dan dilupakan kerana ilmu ilmu ini akan kita praktikkan sepanjang kita berdiri di muka bumi ini...dan satu hari nanti apabila kita menjadi seorang ibu..tugas kita pula untuk berdakwah kepada ahli keluarga di bawah jagaan kita.

Untuk melihat anak menjadi manusia yang patuh kepada Allah swt dan Rasulnya,  sebenarnya kita kena dahulu menjadi "manusia" itu.  Supaya tidak keluar perkataan "ibu tak buat pun, abah tak buat pun"  ini akan menjadi fitnah kepada kita dan dakwah akan menjadi sukar....

"Sepatutnya suami yang bertanggungjawab dalam hal mendidik dan membimbing." 

Tentu akan terloncat di dalam fikiran kita kan.  Benar sungguh akan perkataan itu,  cuma kita tidak boleh membiarkan semua beban dibahu mereka,  kita juga kena sama sama berganding bahu untuk membentuk keluarga muslim sejati...


No comments:

Post a Comment