Saturday, 17 March 2012

WAYANG PACAK..NOSTALGIA LAGI

suasana orang ramai melopong menonton wayang pacak kat padang..paling biasa kat padang sekolah atau padang awam
semakin selesa sebab kerusi telah disediakan..
 
Masa zaman retro dahulu kami memang takda tv,  cuma orang orang kaya jerr yang ada sebab tv adalah salah satu barang yang menunjukkan status bahawa dia banyak duit dan kaya..

Orang biasa kalau nak tengok filem kenalah pergi panggung wayang yang terletak jauh di bandar.  Macam mama kalau nak tengok wayang kena pergi Bandar Melaka, sebab hanya disitu jerr ada panggung wayang.  Teringat kakak mama bawa mama pergi tengok wayang,  masa tu filem arahan Jin Shamsudin.  Lakonan Noor Kumalasari tapi mama lupa tajuk dia,  maklum laa budak kecik seronok nak ikut jer tapi satu hapah tak faham..

Kemudian Kementerian Penerangan tayang filem pula kat padang awam Masjid Tanah.  Kami pakat ramai ramai jalan kaki pergi pekan,  lebih kurang sejam setelah melalui ladang getah dan sawah barulah kami sampai..Apa yang pasti bila sampai kat sana semua orang menjenjeng tikar mengkuang sebab mereka takda sediakan kerusi.  Kalau tak bawa tikar alamat duduk atas rumput atau tanah,  kalau basah habis punggung.

Apa yang mama ingat filem itu dilakunkan oleh Dato' S M Salim, ketika itu dia giat berlakon dan menjadi penyampai radio.  Hanya dia jerr yang mama kenal,  pelakon lain tak kenal,  tah sapa sapa.  Rupa rupanya cerita kerajaan,  bukan untuk komersil.  Kira cerita ada maklumat dan pengajaran untuk disalurkan kepada orang kampung supaya mereka sedar dan faham.  Masa tu mama masih kecil jadi mama tak faham,  tema pulak tema berat mana nak minat menontonnya,  agak agaknya mama tertidor masa tu..tak ingat

Selepas menonton filem itu,  mama dah tak minat nak pergi tengok wayang pacak.  Dalam kepala mama, filem tu untuk tontonan orang orang tua jerr.  Sehinggalah pada tahun 1985,  kita dikejutkan dengan Fenomena filem Azura.  Masa tu mama baru tingkatan 3,  remaja laa katakan.  Bila cikgu kat sekolah edar kupon RM 2.00 untuk pergi tengok wayang Azura,  merengek rengek laa mama dekat mak dengan abah minta duit nak tengok Azura..

Kawan kawan mama yang nak pergi tengok wayang Azura berkumpul di rumah mama.  Adalah 3 orang,  dengan semangatnya selepas maghrib kami berjalan kaki dari rumah mama sehingga ke pekan Masjid Tanah.  Bukan main seronok,  hebat sungguh rasanya lakonan Ogyy dengan Jamal Abdillah.  "sayang menyayang..cinta dikenang..perasaan menjadi rindu..ooooooooo"  keh keh keh..sampai laa ni teringat lirik tu jerr..

Sekarang dah payah nak jumpa wayang pacak ni maklumlaa rakyat Malaysia dah kaya kaya sebab satu rumah satu tv,  belum lagi cerita satu rumah satu Astro..tak payah nak cari,  terlampau banyak hiburan telah disogok di depan mata, duduk bersila diruang tamu, klik remote dan menonton dengan selesa..




























No comments:

Post a Comment