glamer juga rupanya sop ni... |
Al Kisahnya dah hampir 20 tahun lalu Kak Long beri resepi ni kat mama. Dia dapat resepi ni dari kawan dia yang berbangsa cina. Kak Long kata kat KL area Bukit Bintang ada stall cina jual sop ni, member dia selalu beli...ingatkan perut ba alif ba ya tu..rupanya tepung jerr.
Sop Tepung menjadi hidangan istimewa kami bila tiba cuti hujung minggu. Bukan apa, mudah, murah dan muai (banyak dan mengenyangkan), Makan ramai ramai dengan member kat rumah sewa, best sesangat. Sekuali besar habis dimakan.
Sekarang ni bila teringin mama buat juga tapi anak anak tak berapa suka. Walau macam manapun sop ni salah satu makanan kegemaran mama, mungkin sebab mama memang suka sop..apa saja janji sop..nak try..?
Bahan untuk mee tepung
Tepung Gandum 1 cawan
Air 1/2 cawan (jangan tuang semua..sesuaikan tpg dan air)
Garam sedikit..gaul dengan air dan rasa masin dia,. jangan masin sangat
Masukkan air sedikit sedikit ke dalam tepung hingga sesuai untuk menguli.
Bila dah jadi doh yang licin ketepikan dahulu
Bila dah jadi doh yang licin ketepikan dahulu
Bahan untuk sop
Bawang Kecil 3 biji (bawang besar pun boleh..tetapi sedikit jer guna)
Ikan Bilis segenggam
Air lebihkan sedikit untuk merebus mee tepung
Sawi ikut banyak mana kita suka
(resepi asal guna sayur pucuk manis)
(resepi asal guna sayur pucuk manis)
Perasa
Tumis bawang kecil yang telah dimayang atau ditumbuk bersama ikan bilis hingga wangi. Masuk air, garam dan perasa.
Semasa menunggu kuah nak mengelegak, ambil tepung tadi digunting gunting sebesar hujung jari dan masukkan ke dalam air biasa (direndam supaya mudah dalam proses menarik tepung)
Bila kuah dah mengelegak, ambil tepung tadi ditarik senipis yang boleh dan campakkan ke dalam sop panas tadi, kena buat dengan pantas. Kalau ada pembantu lagi bagus.
Bila dah selesai, kacau sop tadi supaya tiada tepung melekat di dasar kuali. Sambil itu masukkan sayur sawi, tunggu sawi layu tutup api.
Makan ketika masih panas. Sangat enak dimakan dengan sambal kicap dan taburan bawang goreng.
Sambal Kicap
sambal kicap |
Cili Padi
Kicap
Kisar cili padi dan gaul dengan kicap..banyak mana cili ikut suka kita nak pedas atau sederhana..
No comments:
Post a Comment