"Sorong papan tarik papan, Buah Keranji atas peti, Suruh makan dia makan, Suruh Mengaji dia lariii..."
Camtu laa lirik dia..hehehe..
Time tu tak tahu pulak macam mana rupa Buah Keranji, dah tua ni baru kenal sebab ada seorang sahabat dari Kelantan yang baru balik telah memberi buah tangan berupa buah yang pernah mama makan masa kecil kecil dahulu tetapi mama panggil buah asam jawa sebab rasanya macam rasa buah asam jawa madu. Dia kata nilaa buah keranji..oooo..baru tahu...
buahnya sebesar hujung jari kelingking dewasa, kulit dia nipis jer, nak makan kena pecah kulit untuk menikmati isinya yang nipis dan lembut macam kapas, biji kena buang lepas kicap kicap isinya yang masam dan manis itu.. |
No comments:
Post a Comment