Fresh cream yang bagus dan sesuai untuk deko mestilah kental, gebu dan bila dibalikkan bekasnya dia tak mengalir atau menitik ke bawah.
Terjumpa satu laman blog, terimakasih Aku.Zack.blogspot.com ..tips kamu sangat membantu.
Rupanya tips nak fresh cream kita mudah kembang diantaranya ;
- Lebih bagus jika dapat guna bekas stainless steel @ aluminium (plastik pun boleh)
- Simpan semua peralatan untuk mengembangkan fresh cream seperti bekas, pemutar dan fresh cream selama 10 minit supaya sejuk dan cream mudah kembang dengan suhu sejuk tersebut
- Jika fresh cream dari tempat beku, sila biar dia mencair sepenuhnya dan goncang supaya cream di dalamnya rata.
- Hanya putar jumlah yang diperlukan sahaja..sukar untuk putar sekali banyak
- Tak perlu tambah gula sebab dan readymade manis
- Sila guna kelajuan minima untuk minit pertama dan dinaikkan kelajuan berperingkat hingga maksima
- Krim akan menjadi kental pada minit ke 4 atau ke 5, seandainya terlebih pukul krim akan menjadi cair kembali, di sinilah kita perlu berhati hati
- Krim yang telah dipukul boleh diwarnakan dengan pewarna cecair tetapi dalam jumlah yang sedikit takut akan menganggu kekentalan krim. Warna akan menjadi cantik bila disimpan di dalam peti sejuk untuk beberapa jam.
- Krim yang telah kembang boleh disimpan di dalam peti ais bahagian bawah manakala krim yang berlebihan di dalam kotak yang telah dibuka hendaklah disimpan di dalam tupperware dan diletakkan di tempat beku.
Itu jer yang dapat mama kongsi buat masa ini..tk
No comments:
Post a Comment