mashmallow |
Tanpa kita sedari tah berapa banyak lemak tot tot dah kita telan..Mashmallow salah satu daripadanya yang mengandungi lemak haiwan yang tidak halal kita makan. Kalau halal pun jenis haiwan tersebut yang kita boleh makan tetapi haiwan tersebut tidak disembelih dengan cara islam. Menjadikannya tidak halal kepada kita sebagai orang islam.
Mashmallow sangat popular dikalangan omputeh ketika berkamping di mana mereka gemar menyalai atau melayur sekejap Mashmallow dan menikmatinya ketika masih panas. Tekturnya akan berubah menjadi lembut dan melekit, rasanya juga menjadi semakin enak bila dimakan semasa masih panas.
Terliurkan..nak beli takut dan ragu ragu..so apa kata kita buat sendiri..mungkin tak sesempurna dan secantik Mashmallow yang dijual tetapi sekurangnya ia halal dan rasanya lebih kurang sama..paling best kita buat sendiri dan tahu mana dan apa sumber yang kita guna..jom try..
Bahan
1/3 cawan confectioner sugar@gula icing **
21gm gelatin (cari yang jenis halal..)
1/3 cawan air
2/3 cawan gula
1/2 cawan corn syrup (boleh juga ganti dengan glucose syrup)
secubit garam
1 sudu kecil esen vanilla
pewarna (optional)
Cara-cara
Ayak tepung jagung bersama confectioner sugar, ketepikan buat sementara.
Satukan gelatin bersama air, biarkan terendam selama 5 minit. Kemudian masukkan gula, panaskan dengan api kecil sehingga gula larut.
Dalam bekas lain, satukan bancuhan gelatin tadi, corn syrup, vanilla, garam dan pewarna. Pukul dengan speed paling laju selama 15 minit.
Sediakan loyang 8x8 inci. Sapukan sedikit minyak, kemudian taburkan tepung jagung & confectioner sugat tadi. taburkan pada dasar & bahagian teping loyang.
Tuang bancuhan ke dalam loyang, kemudian biarkan mengeras sehingga 2 jam.
Bila dah ready, potong dengan pisau basah ataupun terap dengan acuan yang telah dibasahkan dengan air.
Salutkan dengan lebihan tepung jagung & sugar tadi. Biarkan betul2 kering baru simpan dalam botol kedap udara.
product halal..ada kat KL jerr..kat seremban tak jumpa lagi |
copy to sharing
dari blog Aku.Zack.Blogspot.com
No comments:
Post a Comment