Saturday, 17 March 2012

JAMBU BOTOL @ SUSU

sapa sapa yang tak kenal jambu botol..cam ni laa rupa dia.  size  dia boleh membesar jika cukup bajanya,,paling berat pernah mama jumpa lebih kurang 150 - 200 grm

jika dia sebiji jerr kat dahan tu maknanya peluang untuk membesar  berganda ganda,  kalau banyak buah kebanyakannya akan gugur walaupun sizenya masih kecil
tengah rajin berbuah..rapat rapat
 
Hubby dah lama tanam pokok ni,  sejak tahun 2001 sampai 2009 tak pernah berbuah.  Tahun 2010 ada laa sekali dia berbuah tetapi buahnya tak banyak..boleh kira ngan jari. Sehinggalah pada awal tahun 2012 tiba tiba dia tunjuk rajin berbuah sakan,  satu dahan tu sampai 5 ke 6 biji.  Tak terlarat dahan tu nak menanggung buah yang banyak,  berguguran laa buah tu satu persatu.  Mama kutip gak sebab dah masak,  kalau buah ni masak warnanya akan bertukar dari putih kehijauan kepada warna putih.  Selain daripada itu kalau dia betul betul masak buahnya sangat lembut, gebu dan berjus,  sungguh sedap dicicah garam atau dibuat kuah kicap.  Rasanya masam, sedikit manis dan sangat sesuai dimakan ketika hari tersangat panas.  Kalau hari hujan..makkaaiiii tak lalu..masam.  Tetapi ada juga yang jenis manis..jambu milik kami ni masam tapi layannn..

Masa kat kampung dahulu mak mama tak tanam pun pokok ni.  Mama dapat merasa sebab kawan mama jual kat sekolah.  Satu biji 20 sen sebab besar sangat,  tak tergengam dek tangan mama yang kecil.  Basuh pastu ipong (gigit gitu jer tak potong) sebab lembut jer isi dia.  Masa tu nikmatnya bukan main, maklum laa rumah awak takda pokoknya.

kalau pandai buat jeruk..satu keuntungan sebab sedap.  mama tak pandai buat tapi pernah beli dan rasa..memang sedap
 









7 comments:

  1. Salam..akak, sekarang nie ada musim dia lagi x? Saya teringin sangat2..skrng tgh preggy 7bln lebih tp still xdpt2 lagi jambu susu..kalau ada inform pd saya ya 010-6313877..maaf ganggu & susahkn akak..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam Siti Aal Shah..tinggal kat mana..? baru lepas habis..tak tahu bila lagi pokok tu nak berbuah..memang susah nak cari pokok ngan buah dia sekarang ni kan..

      Delete
    2. opps lupa..kalau nak contact boleh pi FB akak Asnah Md Idris (seremban) @ asnahidris70@yahoo.com

      Delete
  2. Salam..kak asnah. skrg ni musim buah jambu susu x? sy dh lama cari jambu susu ni, mengidam dh 4 bln. kalo ada sy nk beli, nk minta tlg pos. ni no hp sy 012-340 7073

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum kak, jambu susu ni dgn jambu bol sama ke?

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum kak, jambu susu ni dgn jambu bol sama ke?

    ReplyDelete