Monday 16 December 2013

MEE REBUS AKUMAMA

Assalamualaikum wbkt..

Dalam banyak banyak resepi yang mama kongsi, terlupa pula mama nak syer satu resepi yang juga menjadi kegemaran keluarga mama.  Mama panggil Mee Rebus sebab rupa dan rasa pun ala ala Mee Rebus kat Jalan Masjid India..masa tahun 90 an,  kedai Pak Cik yang jual mee rebus tu terletak kat belakang Klinik Sachdev, Jalan Tuanku Abdul Rahman tetapi sekarang dah pindah kat belakang bangunan Haniffa Textille..tak salah mama laa..dah lama benar tak turun KL..nama kedai pun lupa..tapi sangat popular kat kawasan itu...jadi nak lepas rindu mama cuba cuba laa buat, menjadi la juga tetapi tak 100%..yang penting tetap sedap..nyum nyum nyum..


versi mee rebus pak cik tu..Pak Rosli Mee Rebus rupanya

VERSI RESEPI MEE REBUS AKUMAMA

Bahan Mee

Mee Kuning direbus dan cuci dengan air paip supaya terlerai cantik
Telor Rebus
Tauhu Goreng dipotong dadu
Timun dihiris halus
Tauge dicelur
Cili Hijau dihiris 
Daun Bawang dan Daun Sop dihiris
Bawang Goreng
Limau Kasturi untuk perahan terakhir masa nak makan (option)


Bahan Kuah Mee Rebus

Keledek kuning atau putih       1 kg rebus sampai empuk

buang urat dia jika ada, lepas tu blander dengan air hingga hancur

Bawang Merah       5 ulas @ bawang besar 1 biji
Bawang Putih        5 ulas
Cili Blander           1 senduk
Rempah Kari         1/2 senduk
Gula Merah           ikut manis yang kita mahu, gula biasa pun boleh
Taucu                  1 sudu besar...blander (tak masuk pun tak apa)

Blander bawang dan campur bawang, cili dan rempah kari.  Tumis hingga naik bau, masukkan keledek yang telah diblander tadi. Kalau pekat sangat, tambah air.  Masuk gula dan garam secukupnya...lagi manis lagi sedap....Taucu sebagai penambah rasa..kalau tak suka tak payah letak..

Dah mengelegak..masak dah lah tu..

Letak Mee kat dalam mangkuk, tabur semua bahan hiasan kat atas mee.  Letak kuah dan nikmatilaa mee rebus akumama yang tak terdapat di mana mana gerai kat Malaysia ni..heheh













No comments:

Post a Comment