Thursday 14 November 2013

ANAK TAK CEMERLANG UPSR

Assalamualaikum wbkt..

Huhu..lepas seksa rasanya selepas mendapat keputusan peperiksaan UPSR tadikan.. Macam laa dia yang ambil periksa.. yang berhempas pulas belajar dan menjawab kertas periksa si anak kecil yang masih tercari cari di mana bumi nak di pijak..di mana langit hendak di junjung..

Harapan si ibu bapa setinggi gunung..macam laa anak tu hancur lebur hidupnya kalau tak dapat straight A kann.. Alahai..ibu..alahai bapa... masih jauh lagi langkah anak itu nak berjalan dan mendaki... masih banyak lagi pintu pintu kejayaan menanti di hadapan..menanti untuk dibuka.. 

Usah dilukai hati anak yang tidak dapat memenuhi naluri bangga diri yang ada di dalam hati.. Pupuk anak ini supaya tidak jatuh saham motivasi yang ada di dalam diri.  Berikan keyakinan walau tidak cemerlang mana..berikan imbuhan walau sekadar satu saja abjad A di dalam slip keputusan peperiksaannya.. doakan supaya anak ini diberi peluang untuk berjaya.. paling tidak menjadi manusia yang hebat di sisi tuhannya...




No comments:

Post a Comment