Saturday 24 November 2012

AS SYAHID AL QAID AHMAD AL JAABARI







Tahukah anda ?

Siapakah As Syahid Al Qa'id Ahmad Al Jaabari ?

Kesyahidan beliaulah yang menjadi titik mula pertempuran 8 hari Gaza-Israel yang menghasilkan perjanjian gencatan senjata yang berpihak pada rakyat Gaza.

Mari membaca sedikit tulisan tentang susur galur beliau yang diterjemah dari web Ikhwan wiki oleh unit terjemahan Aman Palestin Mesir


Kemunculan terakhir Ahmad Al Jaabari (komander umum briged al qassam)di khalayak awam, ketika penyerahan tentera zionis Gilad Shalit sebagai pertukaran rakyat palestin di penjara Israel bukanlah kemunculan yang sia-sia.Selepas kejayaan pertukaran itu, beliau menjadi yang pertama di dalam senarai yang dikehendaki pihak penjajah Israel.

Kemunculan beliau menyampaikan mesej penting kepada tahanan palestin di penjara Israel bahawa beliau tetap dengan janjinya untuk membebaskan semua tahanan palestin di penjara Israel.Beliau yang dibebaskan Israel pada tahun 1995 menepati janjinya dengan kejayaan penyerahan tentera zionis Gilad Shalit kepada perisikan mesir pada 18 Disember 2011.

Beliau yang muncul berbaju biru langit tidak berkacamata mengiringi Gilad Shalit pada hari penyerahannya kepada pihak perisikan Mesir memberi kesan mendalam kepada tahanan palestin yang begitu mengenalinya dengan kacamata yang tebal kerana masalah penglihatan yang dialami beliau(tidak lagi berkacamata selepas menjalani pembedahan mata di Mesir).Beliau dan tahanan lain menjalani hukuman 13 tahun di penjara Israel.

As Syahid Ahmad Al Jaabari menyifatkan janjinya walaupun sukar untuk dilaksanankan tetapi ianya tidak mustahil.Beliau bersama Briged Al Qassam bekerjasam dengan dua kumpulan ketenteraan yang lain bagi merealisasikan pembebasan tawanan Palestin.Pada musim panas 2006 mereka berjaya menawan Gilad Shalit melalui operasi komando yang dijalankan di salah satu markaz ketenteran zionis selatan Gaza.

Beliau 51 tahun yang gugur syahid ketika serangan zionis 14 Nov 2012, dilahirkan di Hayy Shuja'iyya timur Gaza.Keluarganya berasal dari bandar Al Khalil tebing barat yang kini dijajah zionis.Mereka berpindah di kawasan kelahiran As Syahid pada awal kurun ini.

Pada usia 18 tahun, beliau ditangkap atas tuduhan penglibatan di dalam sel bersenjata gerakan Fatah dan penentangan penjajah.

Beliau dijatuhkan hukuman penjara 13 tahun oleh mahkamah zionis.Ketika penahanannya beliau begitu terkesan dengan peribadi dan pemikiran Syeikh Salah Syahadah(dibunuh pada musim panas 2002) walaupun berbeza organisasi.

Beliau mengetuai 6 orang ahli selnya yang juga ahli gerakan Fatah untuk keluar dari gerakan dan bergabung dengan gerakan Islam Hamas yang baru di peringkat penubuhannya walaupun terdapat larangan terhadap tahanan untuk bertukar dari organasi ke organisasi yang lain.Pimpinan gerakan Fatah di luar pada awalnya menolak permohonan beliau untuk keluar dari organisasi gerakan Fatah akan tetapi akur dengan desakan beliau pada akhirnya.


Langkah Bermula | Aman Palestin Mesir




Maka bermulalah pembentukan peribadi muslim dengan penggabungan beliau dalam gerakan Islam Hamas di dalam penjara.Beliau berpeluang bertemu beberapa pimpinan utama gerakan Hamas.

Melalui temubual antara AlqudsPress bersama individu yang pernah bersama As Syahid menyatakan bahawa beliau seorang peribadi yang teguh dan memiliki pemikiran Islam serta thaqafah Islam yang menyeluruh dan luas, juga mendalami isu Palestin.Beliau menguasai bahasa arab dengan baik.Beliau mempunyai hubungan yang kuat dengan beberapa pimpinan organisasi-organisasi yang wujud di Palestin.

Semasa penahanannya, beliau mengumpul maklumat dan memberi khidmat kebajikan kepada rakan tahanannya.Beliau mengetuai beberapa siri mogok dalam penjara.Beliau juga seringkali mewakili tahanan-tahanan di dalam penjara untuk berurusan dengan pihak pengurusan penjara.Beliau mendapat penghormatan dari pihak Israel yang juga menggeruni beliau kerana keteguhan prinsipnya.


Penyediaan Tahanan | Aman Palestin Mesir



Pemindahan As Syahid ke penjara Al Naqab(yang terletak di padang pasir 180 km dari selatan Al Quds)pada tahun 1991 memberi kesan besar dalam hidup beliau.Di sana, beliau bertemu secara harian dengan beratus-ratus tahanan Palestin.Beliau menjadi wakil bagi tahanan Palestin berdepan pengurusan penjara Israel.

Berkata individu yang pernah bertemu beliau di penjara kepada AlQudsPress bahawa beliau ditemani beberapa pimpinan gerakan Hamas(antaranya Dr Ibrahim Al Maqadimah(dibunuh 2003) bekerja gigih menyediakan anasir-anasir yang akan diserap di dalam pelbagai cabang di dalam gerakan Islam Hamas selepas mereka dibebaskan kelak termasuk cabang ketenteraan Hamas, Briged Al Qassam.Semua itu berlaku dengan beberapa sesi taklimat keselamatan,ketenteraan,keagamaan yang giat dijalankan bertujuan melayakkan pemuda untuk menyertai amal organisasi sejurus keluar dari tahanan.




Perjanjian Oslo | Aman Palestin Mesir


Pada awal tahun 1994, pihak penjajah memutuskan pembebasan beberapa tahanan Palestin bagi mempamer sikap Israel terhadap Organisasi Pembebasan Warga Palestin(PLO) selepas tandatangan kedua belah pihak perjanjian Oslo dengan syarat tahanan menandatangani perjanjian sebelum dibebaskan bahawa tidak akan terlibat dengan keganasan dan penentangan dan juga memberi komitmen terhadap perjanjian.Akan tetapi As Syahid menolak untuk menandatangani perjanjian tersebut sebagai ganti pembebasannya.Beliau menegaskan : "Aku telah menjalani hukuman penjara selama 11 tahun, dan aku akan terus menjalaninya sehingga selesai baki 2 tahun supaya tidak akan dikatakan kepada aku kelak bahawa kamu telah menandatangani perjanjian yang membebaskan kamu dari penjara dan kamu telah berjanji untuk tidak terlibat dengan penentangan.Jadi untuk apa kami diciptakan dan ditangkap!?"

Peristiwa tersebut menunjukkan cara beliau bekerja dan keyakinannnya bahawa beliau akan dibebaskan lambat laun.Walaupun beliau menghadapi tekanan dari pimpinan Hamas untuk menandatangani perjanjian tersebut akan tetapi beliau terus teguh dengan pendiriannya dan memilih kekal di dalam penjara.Beliau akhirnya dibebaskan pada awal tahun 1995.

Sebaik pembebasannya, sebahagian besar pimpinan Hamas ditangkap.Beberapa institusi milik gerakan juga ditutup.Beliau ketika itu berusaha gigih mengembalikan gerakan dengan menubuhkan biro informasi pertama gerakan yang dikenali biro mina' kerana berpengkalan berdekatan pelabuhan Gaza lama.Turut ditubuhkan institusi Al Nur bagi menjaga kebajikan tahanan Palestin.Ketika itu beliau terlibat secara langsung menguruskan fail-fail tahanan dan berinteraksi dengan keluarga tahanan.

Selepas penat lelah memberi khidmat kebajikan kepada tahanan dan penglibatan beliau bersama biro informasi,beliau kembali ditangkap penguasa Israel pada 1998(sebelum berlakunya intifadhah Al Aqsa, akhir 2000) dengan tuduhan merancang sesuatu di antara pimpinan politik dan pimpinan ketenteraan gerakan Hamas.Fail-fail tahanan diserahkan kepada pengganti beliau Riyadh Abu Zaid(dibunuh 2003)




Sayap Ketenteraan | Aman Palestin Mesir

Beliau aktif dalam menguruskan fail-fail tahanan sebelum beralih ke sayap ketenteraan gerakan Hamas.Pembebasan Syeikh Salah Syahadah(tahun 2000) menguat ikatan beliau dengan peribadi Syeikh yang akhirnya bertukar kepada ikatan keluaga.

Al Jaabari memainkan peranan besar dalam mengetuai sayap ketenteraan dalam intifadhah Al Aqsa.Beliau berperanan besar dalam lapangan logistik lebih-lebih lagi selepas syahidnya Syeikh Salah Syahadah yang merupakan komander umum briged Al Qassam serta kecederaan yang menimpa salah seorang pimpinan komander Al Qassam, Muhammad Al Dhaif, yang terselamat daripada beberapa cubaan bunuh dari pihak Israel.Beliaulah yang bertanggungjawab menambah latihan ketenteraan juga membekalkan senjata kepada briged Al Qassam sekaligus menukarkan kumpulan bersenjata kepada organisai tentera tersusun yang mempunyai beberapa unit dan briged.

Beliau cedera ringan tetapi terselamat dari cubaan bunuh pada Ogos 2004, yang meragut nyawa anaknya Muhammad 23 tahun, adik lelakinya Fathi 38 tahun, menantunya serta beberapa ahli keluarganya dan pengawalnya Alaa' Assyarif 27 tahun, dalam serangan udara terhadap rumahnya di Hayy Shuja'iyya timur Gaza.Selepas peristiwa tersebut beliau mengasingkan diri dari khalayak awam untuk tempoh 1 tahun lamanya dan hanya muncul beberapa kali termasuk bantahan yang disertainya bersama keluarga tahanan di pejabat pertubuhan palang merah Gaza akan tetapi jauh dari liputan media.


Beliau terus menghilangkan diri dari pandangan awam dan muncul dalam salah satu rancangan dokumentari menceritakan dirinya dan keterlibatannya dengan cabang ketenteraan Hamas.Selepas itu beliau tidak kelihatan lagi.




Gilad Shalit ditawan | Aman Palestin Mesir


Selepas penawanan tentera zionis Gilad Shalit Jun 2006, Al Jaabari kembali disebut-sebut.Pihak Zionis menyatakan beliau bertanggungjawab kerana menawan tentera mereka.Walau bagaimanapun tidak dinyatakan tempat Gilad Shalit disembunyikan dan tidak ada pula sebarang kenyataan yang dikeluarkan oleh Al Jaabari.

Pihak Israel menyatakan kegagalan mereka dalam perang Gaza, 2 tahun sebelum Al Jaabari mengeluarkan kenyataan.Mereka mendakwa mengawasi pergerakan Al Jaabari dan meyakini bahawa beliau satu-satunya lelaki yang mengetahui tempat penyembunyian Gilad Shalit.

Tambah teman rapat Al Jaabari, beliaulah yang mengetuai rundingan pertukaran tahanan Palestin secara tidak langsung bersama tiga lagi pimpinan Hamas.Beliau tidak sedikit terkesan dengan tekanan luar dan begitu tegas dalam rundingan.Beliau mengetahui seluruh senarai tahanan secara terperinci mengikut prioriti untuk dibebaskan.

Mengikut para pemerhati, Hamas telah berjaya ketika rundingan tidak langsungnya memaksa zionis menurut syarat-syarat yang dinyatakan.Al Jaabari seorang yang berkaliber dalam rundingan juga sabar dan mengetahui apa yang ingin dicapai.Pihak Israel gagal mengembalikan tawanan mereka secara ketenteraan dan tidak mudah bagi rundingan untuk dijayakan.




Pakar Rundingan | Aman Palestin Mesir

Pihak Israel mengetahui betapa sukarnya rundingan berdepan Al Jaabari yang begitu serius untuk tidak mengugurkan hak-hak tahanan Palestin dan menolak membincangkan syarat-syarat yang telah ditetapkan.Beliau ketika di dalam penjara berkeras untuk mendapatkan garfu untuk kegunaan tahanan Palestin.Apakah pihak zionis menjangka Al Jaabari akan menggugurkan tuntutannya terhadap tahanan Palestin sedang beliau bebas dari tahanan dan mempunyai beribu-ribu pejuang terlatih siap sedia menerima arahan dari beliau?

Sejak penangkapan Gilad Shalit, sebagaimana yang dikhabarkan oleh teman rapat Al Jaabari, beliau mempunyai gambaran jelas bagaimana cara menguruskan pertukaran Gilad Shalit dan tahanan Palestin.Beliau mengetahui senarai tahanan yang perlu dibebaskan segera kerana sebarang penangguhan hanya membawa maut kepada tahanan berkenaan.Beliau bertegas dengan senarai tersebut demi mengotakan janjinya 13 tahun lalu terhadap tahanan Palestin untuk membebaskan mereka dari penjara penjajah.

Sebelum berlakunya pertukaran, Al Jaabari telah menyampaikan mesejnya kepada tahanan Palestin :

"Tenanglah, rundingan pembebasan anda diuruskan oleh tangan yang amanah, tegas dan tidak terkesan sedikitpun dengan apa-apa tekanan"


Pergi sebagai Syahid | Aman Palestin Mesir


Akhirnya, beliau mencapai syahadah yang diidamkan 14 NOV 2012 lalu ketika serangan udara yang dilancarkan di Gaza setelah bertahun-tahun menjejak penjajah dan berada dalam pencarian mereka.

Beliau berjaya melancarkan perang yang menghantui penjajah dan seluruh pasukan keselamatan dalam dan luar negara dengan kemampuan menyembunyikan Gilad Shalit selama 4 tahun tanpa sebarang kesan untuk dijejaki.”



Unit Penterjemah | Aman Palestin Mesir

Sumber Terjemahan | Ikhwan Wiki

No comments:

Post a Comment