Assalamualaikum wbkt..
Mama tak sempat nak tengok siaran langsung Anugerah Skrin beberapa hari yang lalu sebab sibuk kejar "reduce price party" kat Tesco, Seremban Jaya..bila sampai rumah hanya sempat lihat Piere Andre terima anugerah khas dan lembaga seorang perempuan bersuara seperti lelaki tetapi berperawakan seperti arwah Jasmin Ahmad..tu jerr..lepas tu sibuk menyimpan barang barang yang telah dibeli..
Masa itu takda laa sangat ambil pot apa yang diucapkan oleh Piere Andre, bila bersusun pujian kat laman FB mama tentang ucapan beliau dan kutukan kepada Rosyam Nor, barulaa mama tersangat perasan dengan ucapannya yang sangat menyentuh kalbu ini..
"Ini yang paling penting, tujuan saya hari ini, saya datang ini, apa yang saya ingin katakan, anugerah yang paling hebat adalah kalimah La Ilaha Ilallah yang Allah berikan kepada kita, letak dalam hati kita, jagalah kalimah ini, carilah ia, kerana itulah kemenangan yang sebenar. AllahuAkbar, Assalamualaikum, peace, Love Allah, Love Muhammad."
Ucapan terbaik yang mama pernah dengar dari mulut seorang artis yang menerima anugerah..
No comments:
Post a Comment