Assalamualaikum wbkt..
Takda isu lain dah ini..gaza..palestine..gaza..palestine..takda selera nak masak masak..nak makan makan..nak seronok seronok bila mengenang sedara seislam kat sana terutama anak kecil dan wanita yang sememangnya menjadi sasaran laknatullah ni yang bertujuan untuk menghapuskan pengembang dan generasi pejuang palestine yang tegar..
Tahniah kepada Palestine, Mesir, Qatar dan Turki yang bersatu hati untuk menegakkan agama Allah. Tahniah juga kepada yang syahid kerana janji Allah adalah benar, kamu semua adalah insan yang terpilih, sesungguhnya kami tidak mampu menjadi seperti kamu tetapi kami tetap bersama kamu.
Semoga gencatan senjata yang kita tidak tahu selama mana ini akan dapat membentuk semula negara Palestine di bawah pemimpin islam yang berkalibar..
Janganlah kita gencatkan pula perjuangan kita ini di sini atau di mana mana. Selain derma wang ringgit, doa juga adalah senjata kita sebagai orang mukmin. Jadikan doa dan Al Fatihah untuk mereka sebagai amalan harian kita, semoga keadaan kembali aman..Insya Allah..aaminn..
Tiba tiba sentap bila terbaca artikel berkenaan kenyataan dari Dato Nazri Aziz yang tidak mengiktiraf Hamas yang telah mendapat restu rakyat Palestine sebab ikut dasar PBB..
Menurut Datuk Seri Nazri Abdul Aziz, Malaysia tidak mengiktiraf Hamas walaupun mendukung pembentukan negara berdaulat Palestin kerana akur dengan ketetapan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) yang tidak mengiktiraf parti itu sebagai kerajaan Palestin.
Sokong Palestin, tetapi tak iktiraf Hamas. Pelik bunyinya.
No comments:
Post a Comment